Bersempena dengan bulan Kemerdekaan iaitu bulan Ogos, Restoran Kluang Station Heritage telah memperkenalkan dua hidangan yang cukup istimewa dan betul dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. Mengambil inspirasi daripada masakan autentik kegemaran masyarakat Malaysia seperti nasi lemak dan laksa, kedua menu ini telah diolah kepada hidangan fusion iaitu burger nasi lemak dan juga Kluang Laksa Goreng (Fried Kluang Laksa).
Apa yang menarik hidangan ini bukan sahaja ditawarkan secara ala-carte bahkan ianya juga didatangkan dalam set kombo.Â
Kluang Laksa Goreng (Fried Kluang Laksa) - Pertama kali saya merasainya sudah mula rasa jatuh cinta. Jika biasanya kita merasai hidangan laksa secara berkuah tetapi kali ini ianya didatangkan secara kering. Namun begitu rasa kuah "laksa" itu tetap ada.
Apa yang menarik kuahnya agak pekat, rasanya seakan kuah laksa masak lemak dan paling best keharuman hirisan daun pudina dan bunga kantan menjadikan hidangan ini tampil lebih unik dan begitu menyelerakan.
Hagra ala- carte : RM12.90
Harga combo : RM14.90
Burger Nasi Lemak - Kelainan yang dipertonjolkan adalah hidangan nasi lemak dijadikan berger. Ianya ditawarkan seperti dalam set berger yang biasa kita order iaitu berger bersama kentang goreng. Cuma untuk hidangan Burger Nasi Lemak dari Kluang Station Heritage, ianya juga didatangkan bersama sayuran salad. Menjadikan ianya satu hidangan yang lengkap, ada karbohidrat, protein, zat galian dan sayuran.
Secara ringkas ini adalah ramuan (yang biasanya didatangkan dalam satu pinggan nasi lemak) yang digabungkan menjadikan ianya satu Berger Nasi Lemak yang ohsem!
Hagra ala- carte : RM13.90
Harga combo : RM15.90
Dalam set kombo ini juga ditawarkan dua jenis minuman sejuk iaitu jus ambra bersama assam boi ataupun 3 layer sirap bandung. Kita boleh pilih salah satu. Untuk merek ayang sukakan rasa masam-masam manis bolehlah mencuba jus ambra bersama assam boi.
Harga untuk setiap minuman adalah RM7.90
Menarikkan set istimewa Merdeka yang ditawarkan :-)
**********************************
Saya juga ada merasai beberapa hidangan lain yang tidak kurang hebatnya dan ianya sentiasa mendapat permintaan pelanggan yang datang ke Restoran Kluang Station Heritage. Antaranya seperti:-
Kluang Mee Siam bersama Rendang AyamÂ

Kari LaksaÂ
Roti Bakar
Sago Gula MelakaÂ
 Durian Crepe
Minuman Cham yang menggabungkan rasa kopi, teh dan susu. Memang sedap!

Sebenarnya banyak lagi menu-menu yang hebat ditawarkan di sini, Dan pastinya semua hidangan memberi jaminan rasa yang enak dan berbaloi pada harga yang ditawarkan. Setiap hidangan akan diberi sentuhan terbaik oleh chef terlatih dari dapur Restoran Kluang Station Heritage.
Dan saya sendiri begitu teruja dengan menu istimewa bersempena merdeka iaitu Burger Nasi Lemak dan juga Kluang Laksa Goreng. Sedap hoi! Dah cuba pasti puas hati, gerenti repeat order bila kembali makan ke sini. Perlu diingatkan ianya adalah menu esklusif untuk masa yang terhad!Â
