Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2974
↧

Biskut PinPin dari Upin Ipin Yang Comel dan Sedap!

$
0
0
Peminat cilik siri animasi Upin Ipin pasti teruja bila dapat menikmati biskut PinPin. Apatah lagi dengan kehadiran 5 variasi varian biskut pelbagai rasa yang begitu memikat selera si cilik. Ameer anak saya bila melihat sahaja kotak biskut PinPin terus sahaja menjerit "Mummy biskut Upin Ipin, nak nak nak please" . Teruja betul dia :-)

Ramuan yang digunakan semuanya sesuai dan selamat untuk anak-anak kita. Dan paling penting ianya HALAL!

Untuk pengetahuan semua, terdapat 5 varian biskut yang ditawarkan. Jadi kita boleh pilih mengikut kegemaran anak-anak. Bagi saya sendiri semua varian adalah sedap. Kudapan ringan yang comel dan memenuhi citarasa si manja.

Kotak berwarna kuning jingga ini adalah biskut berperisa mentega. Tidak terlalu manis memang sesuai untuk kanak-kanak.

Bagi yang menggemari rasa coklat, bolehlah mencuba biskut ini. Biskut ini menjadi feveret my Ameer.

Ini pula adalah snek jagung (wafer) dengan isian vanilla. Bagi saya daripada kita memberi jajan yang tidak sihat adalah lebih baik kita memberi snek jagung ini.

 Snek jagung (wafer) dengan isian strawberi. Ini pula menjadi snek kegemaran my Yara. Makan 2 kotak hanya untuk dia sorang, hokeh :p

Anak-anak biasanya suka rasa coklat. Jadi bolehlah mencuba snek jagung (wafer) dengan isian coklat didalamnya. Setiap gigita terasa keranggupan dan isian coklat tu akan terus cair (melting) didalam mulut. Memang terbaik!

Bila tengok anak-anak teruja menikmatinya, kita pun turut rasa bahagia... chewahhh..Makan penuh nikmat :-)

Saiz biskut yang sangat comel. Sesuai untuk sekali ngap buat si cilik. Kita tidak perlu risau jika tercekik atau sebagainya. Dan biskut ni masuk dalam mulut memang cepat terus 'melting (lembut). 

Di belakang kotak juga ada disediakan aktiviti untuk anak-anak. Contohnya seperti mencari perkataan sembunyi. Jadi sambil anak menikmati biskut mereka juga boleh membuat aktivti secara santai.

Ini pula aktiviti mencari perbezaan berdasarkan 2 gambar yang diberikan. 

Oh ya! Didalam setiap kotak permainan biskut PinPin ini juga didatangkan dengan permainan lego.

Permainan lego ini boleh menguji daya kreatif anak-anak dalam membina sesuatu. 

Didatangkan juga dengan kertas rujukan yang menunjukkan arahan bagaimana untuk membina lego yang disertakan.

Tadaaaaaaaaa!!! Comelkan Mr. Snowman. Berjaya juga Ameer membuatnya sendiri (psst dengan bantuan mummy juga ya, hehe)

Alololo comelnya 2 permainan lego yang dihasilkan. Dan tidak nafikan lego ini memang berkualiti juga tau. Puas hati! Kita boleh dapatkannya melalui pembelian biksut PinPin sahaja.

Biskut PinPin ini telah berada di pasaran sejak tahun 2018 lagi tau. Dan kita boleh dapatkan di beberapa pasaraya terpilih seperti Mydin, BHP Petrol, KK Mart, 7 Eleven dan sebagainya.

Pesanan Ameer!!

Hai aunty, uncle dan kawan-kawan sekalian...

Biskut PinPin ada..
Pelbagai pilihan rasa memikat hati si manja,
Mainan percuma diberikan juga,
Membentuk kreativiti menguji minda,
Dapatkan Biskut PinPin hari ini ya!

↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2974

Latest Images

Trending Articles