Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2983

Taman Fantasi Buat Kanak-Kanak di Aino Living

$
0
0
Penyelidikan telah membuktikan bahawa dengan bermain sambil berimaginatif adalah penting sebagai salah satu komponen untuk perkembangan sihat buat kanak-kanak. Sebagai ibu-bapa kita harus menyokong perkembangan anak-anak kita dengan mendapatkan peralatan terbaik buat anak-anak untuk bermain.

Antara kedai yang boleh diterjah oleh ibu bapa adalah kedai rangkaian Aino Living, yang sememangnya terkenal dengan rangkaian produk "livingware" berkualiti dan sentiasa mempertengahkan rekaan terbaru; antaranya seperti perabot kecil, hiasan dan peralatan dapur.

Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih 100 item baru dan lama disediakan bagi tujuan untuk memberi insprasi kepada ibu bapa untuk menyelami dunia bermain anak-anak mereka..


Antara peralatan buat si kecil yang boleh kita dapati di Aino Living seperti:-

Bekas air, mangkuk comel, acuan membuat ais krim dalam kepelbagaian bentuk. Contoh di sini bekas kanak-kanak ini berbentuk rupa haiwan. Kanak-kanak boleh belajar dan mengenali dunia haiwan melalui bekas minuman yang digunakan setiap hari.

Tidak dinafikan, kanak-kanak suka meniru apa orang dewasa lakukan. Contohnya, bila kita berada di dapur. Anak-anak akan melihat bagaimana kita mengendalikan dapur masak serta perkakasan masak yang lain.

Diperbuat daripada kualiti kayu terbaik dapur untuk si comel ini ditawarkan pada harga RM499 :)

Selain daripada itu terdapat juga "folding table and chair" untuk kanak-kanak. Yang mana ibubapa boleh menggunakan set meja tulis ini samada ketika berada di dalam atau luar rumah.

Kanak-kanak akan lebih terserlah kreativtii mereka apabila kita membuka peluang untuk anak mendeko sendiri makanan di dalam bekas "Bento Sihat Mealbox". Pelbagai peralatan yang comel untuk menghias dan menyimpan makanan dalam bekas bento dengan gaya yang sangat praktikal.

Bangku kanak-kanak yang warna-warni begitu menceriakan turut ditawarkan disini!

Mari belajar bersama cikgu handsome Ameer. Papan hitam ini sangat bagus sebagai salah satu alat bantuanmengajar di rumah.

Pelbagai thermos mug dan cawan yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Bagi mereka yang sukakan mencipta dunia fantasi, berimaginasi menjadi putera kacak serta puteri cantik. Bermain di dalam khemas yang menyerupai bentuk istana memang mengujakan. Khemah menarik jenama HAPE buatan Jerman di Aino Living ini menawarkan dua jenis rekaan istana iaitu "Knight" dan "Princess". Dan ianya ditawarkan pada harga promosi iaitu RM219.90 setiap satu (harga biasa pada RM279.90).

My Ameer yang berimaginasi menjadi salah seorang pahlawan dengan menaiki seekor kuda plastik :p

Terus-terang saya katakan..
Berada di sini bukan anak-anak sahaja yang akan teruja dengan kepelbagaian tawaran peralatan permainan imaginasi mereka, bahkan ibubapa pun turut sama rasa "excited" bila shopping di Aino Living.

Ini hanya sebahagian sahaja peralatan dapur dan rumah yang cantik dan menarik yang mampu mencuri perhatian ibubapa bila berada di sini :)
Bestkan!!!!

Bersempena dengan pelancaran rangkaian baru kanak-kanak,pada hari Sabtu yang lepas Aino Living menganjurkan kelas "Roll Sushi dengan Aino ". Kelas ini terbuka untuk kanak-kanak berumur antara 3-10 di outlet Desa Park City. Acara bermula pada pukul 11 ​​pagi, dan dipecahkan kepada beberapa sesi sehingga pukul 3 petang. Ibu bapa telah membawa anak-anak mereka beraktiviti di sini dengan bayaran pendaftaran hanya RM50 setiap kanak-kanak dan anak-anak ini akan dihadiah dengan goodies bag dari Aino Living yang bernilai lebih daripada RM100 setiap satu.

Untuk kelas belajar menyediakan hidangan, smy Afig dan Amani telah menyertainya.

Mereka telah diajar untuk mejaga perkara asas sebelum memasak iaitu membasuh tangan (sebahagian daripada amalam menjaga kebersihan diri).

Penerangan ringkas tentang cara menyediakan sushi oleh chef yang dijemput oleh pihak Aino Living.

Setiap kanak-kanak diberikan bahan untuk menyediakan sushi.

Menguji kanak-kanak untuk lebih berdikari dan berani menghasilkan hidangan seperti yang diarahkan.


Yup ibubapa semua ya, peralatan kanak-kanak baru ini boleh didapati di semua cawangan Aino Living di One Utama, Desa Park City dan Miri bermula dari 18 September hingga awal November 2015. Dan percayalah di  Aino Living dunia anak-anak ini boleh menjadi lebih kreatif dan mampu berimaginasi tanpa had!

Untuk maklumat lanjut mengenai Aino Living, sila layari 


atau



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2983