
Orang kata kalau datang Singapura, harus mencuba Sup Tulang Merah yang cukup popular di sana. Biarpun kedengarannya agak pelik, tapi ramai yang kata rasanya agak unik dan tidak sama dengan sup tulang yang biasa kita nikmati.
Dan antara restoran makanan di sini yang cukup pupular kerana penangan sup tulang merah ialah Restoran M.A. Deen Biasa yang terletak di Jalan Sultan. Dan saya ke sini bersama Dedet dengan hanya berjalan kaki dari hotel dan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.
M- [M]Mohd Ismail (atuk)
A - [A]bdul Jabbar (ayah)
DEEN - nama beliau
BIASA - yang ini agak unik, perkataan biasa adalah perkataan yang cukup sinonim pelanggannya gunakan setiap kali membuat tempahan makanan. Contoh nasi lemak biasa Encik Deen. Teh ais macam biasa! Memang agak kelakar tapi keadaan itu menjadikan beliau meletakkan perkataan BIASA sebagai salah satu nama restorannya.
Dan pada masa akan datang restoran ini akan disambung pengurusannya oleh anak lelaki beliau iaitu Din.
Ada 3 saiz untuk hidangan Sup Tulang Merah ini. Iaity L, M dan S, kalau tak silaplah. Memandangkan saya datang berdua so kitaorang amik saiz S yang ada 8 ketul tulang. Untuk saiz S ini harganya SGD20.

Muka excited sebab dapat makan Sup Tulang Merah, hahaha. Rasa sup tulang manis-manis pedas. Sedap makan dengan roti dan haruslah dalam keadaan panas-panas. Roti untuk satu bakul tu SGD2. Tapi untuk sup tu saya tak boleh hirup selamba sebab pedas, Isi daging dia walaupun tak banyak tapi tetap ada dan sangat lembut.
Teh ais dia pun sedap hokeh SGD2 segelas.
See licin walaupun makan berdua.
Kedai ni juga popular dengan rojak Singapura selain daripada masakan goreng (panas2) seperti mee goreng mamak dan sebagainya.
Kedai M.A Deen ini terletak di Jalan Sultan Singapura, berhadapan jalan besar dan bersebelahan dengan hotel (tak ingat dah nama hotel tersebut). Kawasan dekat belakang restoran ini, kalau kita jalan-jalan (jauh sedikit) terdapat kedai yang menjual cenderamata Singapura.
Rekomen. Kalau nak makan Sup Tulang Merah bolehlah datang ke Restoran M.A Deen.
