Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Agrobazaar di KLIA2 Pusat Sehenti Penjualan Produk Tempatan

$
0
0
Agrobazaar adalah platform yang mana usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia boleh mempromosi dan memasarkan produk keluaran mereka. Produk-produk dari Agrobazaar adalah dari pengusaha yang terlibat samada dalam sektor pertanian, perladangan, ternakan dan perikanan.

Untuk pengetahuan semua, outlet Agrobazaar telahpun dibuka di KLIA2 Sepang sejak dari Januari 2017. Lokasinya begitu hampir dengan kawasan balai Perlepasan Dalam Negara, sekaligus menjadikan lokasi outlet ini begitu strategik terutama bagi pengunjung KLIA2 atau penduduk sekitar seperti Sepang dan Banting bagi mendapatkan produk-produk keluaran pengusaha tempatan di sini.

Secara peribadi saya sangat suka pada susun atur produk di Agrobazaar KLIA2 ini. Semuanya tersusun kemas dan teratur mengikut jenis produk yang ditawarkan. Paling menarik kita boleh dapatkan lebih daripada 700 produk-produk pengusaha tempatan yang cukup terkenal/viral di sini.

Seperti biasa kudapan ringkas memang sentiasa menjadi pilihan setiap kali saya memasuki kedai serbaneka. Seperti yang kita maklum, keropok ikan, kerepek ubi kayu, kerepek gunting (setengah orang memanggil kuih gunting) dan pelbagai lagi merupakan produk yang dihasilkan dari sumber pertanian dan perikanan juga boleh didapatkan di sini. Didatangkan dengan pembungkusan yang sangat praktikal memudahkan saya untuk membawa ke mana sahaja samada untuk dinikmati sendiri ataupun dijadikan ole-ole/buah tangan.

Paling mengujakan Agrobazaar memang akan sentiasa adakan promosi untuk produk-produk yang terpilih. Di mana kita boleh dapatkan pada harga yang cukup murah dan berbaloi.

Produk seperti pes masakan memang menjadi kegemaran saya. Ini kerana kebanyakan pes yang ditawarkan adalah jenis masakan tradisi popular di Malaysia. Antaranya seperti kari, asam pedas dan banyak lagi.

Produk dalam tin dan botol juga ada  ya! Contohnya seperti sardin, sambal, kicap dan pelbagai lagi produk yanmg menarik hati.

Begitu juga dengan pek minuman segera seperti 3 dalam 1 (3in1). Antara jenama yang cukup popular dalam menghasilkan kopi pra-campur adalah jenama Agromas. Bagi saya sendiri yang pernah mencuba kopi Agromas, tidak dinafikan dari segi rasa dan aromanya adalah setanding dengan jenama gah yang sudah berada lama di pasaran.

Kalau nak bercerita tentang produk tempatan memang banyak! Bayangkan ada lebih 700 produk tempatan yang korang boeh dapatkan di sini. Dari produk masakan sehinggalah yang siap sedia untuk dinikmati semuanya ada. Ibarat satu pusat sehenti yang memudahkan untuk kita dapatkan barangan yang diinginkan.

Oh ya! Bila menyentuh tentang produk tempatan, perkara yang tidak perlu dirisaukan adalah status produk itu sendiri. Ia semestinya HALAL dan selamat dinikmati seisi famili.

Sambil menunggu waktu penerbangan tiba ataupun korang ingin merasai sendiri sajian enak masakan tradisi masyarakat Malaysia, saya sangat syorkan untuk korang mencubanya sendiri di Kedai Kopiesatu Agrobazaar. Di sini bukan hanya ada menyediakan pelbagai jenis makanan pagi dan tengahari yang enak, bahkan korang juga boleh manfaatkan masa dengan melayari internet. Yerppp! Ada wifi diberikan secara percuma untuk semua pelanggan Kedai Kopiesatu. Bestkan, hehehe

Setiap bulan ada promosi makanan mengikut negeri. Contohnya ada kalanya ditawarkan Nasi Dagang Terengganu, Nasi Ulam, Laksa Johor dan pelbagai lagi makanan yang menarik. Kalau nak merasai kehebatan hidangan tersebut kenalah datang ke Kedai Kopiesatu Agrobazaar KLIA2.


Bukan sahaja kuih-muih tempatan bahkan pencuci mulut seperti kek ada juga ditawarkan. Pendek kata terdapat banyak pilihan makanan samada untuk dinikmati ketika waktu sarapan mahupun tengahari.

Ruang lepak santai yang begitu luas dan selesa.

Ok korang! Ada berita baik tau. Kalau datang sini, sila selfie atau wefie, tunjuk gambar korang pada mana-mana staf Kedai Kopiesatu yang sememangnya sangat peramah, baik dan sempoi. Dan sebagai ganjarannya korang akan diberikan teh tarik secara percuma. Sedap hoii teh tarik Kedai Kopiesatu, harus cuba tau bila ke sini.



Kalau korang tidak berkesempatan datang Agrobazaar KLIA 2, jangan risau atau kecewa. Korang boleh juga dapatkan produk Agro melalui aplikasi Google Play atau Apple Store dengan memuat turun terus dari pautan ini https://play.google.com/store/apps/details?id=com.agrobazaar.app
Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:-

1) Muat turun aplikasi AgroBazaar Online di Google Play atau Apple Store
2) Buka App Agrobazaar Online
3) Log in sosial media – first time user
4) Carian “agrobazaar klia2”
5) Buat pilihan mengikut menuyang disediakan
6) Bayar atas talian atau COD

Ada banyak diskaun diberikan. Memang berbaloi dan mudah. Zaman semuanya di hujung jari ini tidak pernah mengecewakan, hehehe.

Biskut kesukaan famili yang saya dapatkan dari Agrobazaar!


Produk Malaysia kebanggaan kita. Menerusi penjualan setempat (pusat sehenti) sebegini sebenarnya memudahkan dan juga membantu para pengusaha sederhana dan kecil memasarkan produk mereka. Dan kita sebagai pembeli berpeluang untuk melihat sendiri dan seterusnya dapat membuat pilihan  dari variasi produk tempatan yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh layari :


Jom pakat ramai-ramai singgah di Agrobazaar KLIA2,
Sokong produk tempatan keluaran terbaik pengusaha Malaysia!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932