Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Kenalkan Baby Sun Bear, Ahli Baru Di Sunway Lagoon Wildlife Park!

$
0
0
"World Animal Day" merupakan hari peringatan peringkat antarabangsa yang disambut setiap tahun pada 4 Oktober 2018. Hari yang penuh bermakna sebagai peringatan terhadap hak dan kebajikan haiwan agar terus terpelihara mengikut piawaian yang ditetapkan. Untuk pengetahuan semua sambutan ini sebenarnya telah mula diperkenalkan sejak tahun 1925,  dengan harapan dunia ini boleh juga dihuni oleh haiwan dengan selamat dan selesa. 

Sunway Lagoon Wildlife Park sendiri sudah menempatkan lebih daripada 150 spesis daripada haiwan exotik, variasi spesis burung, ikan, reptilia dan haiwan mamalia dari seluruh pelusuk dunia. Saya dan anak-anak sendiri apabila mengunjungi Sunway Lagoon Wildlife Park memang kitaorang akan 'over-excited'. Ini kerana bukan hanya kami boleh belajar dan mengenali begitu banyak spesis haiwan menarik di sini, bahkan ada sesetengah haiwan kita boleh mendekati secara personal dan memahami tentang habitat mereka.

Lebih bermakna pada sambutan "World Animal Day" pada tahun ini, Sunway Lagoon Malaysia Wildlife Park telah memperkenalkan ahli baru keluarga mereka. Iaitu baby sun bear yang sangat comel.

Beruang sun bear juga dikenali sebagai honey bear (kerana sangat menggemari madu) ini merupakan antara spesis beruang yang terkecil di dunia. Anak beruang sun bear ini masih belum diberi nama dan ianya dillahirkan pada 3 Julai 2018.

Anak beruang sun bear sangat aktif dan manja. Seperti kanak-kanak kecil yang suka bereksplorasi dan beliau akan diberi susu setiap 3-4 jam sekali dalam masa satu hari.

Kami juga sempat beraku janji - berikrar untuk sama-sama melindungi hak haiwan di dunia dengan menyatakan sokongan melalui tandatangan di papapn pledge yang disediakan di sini.

Di majlis pengenalan baby sun bear turut dihadiri para pengamal media, blogger bersama anak-anak mereka. Lebi hmengujakan Mr Sean Choo Pengurus Besar Sunway Lagoon turut hadir mengalukan kedatangan kami dan sempat menyampaikan ucapan ringkas, padat dan cukup bermakna.

Menurut beliau;

“With Sunway Lagoon being Asia’s premier theme park, we realize that our operations and undertakings leave a significant impact in the community. We therefore see it as our responsibility to make this impact a positive one. Especially with an attraction like the Wildlife Park, which is one of our most famous, it is essential to conduct our efforts and initiatives in a responsible and sustainable manner,”

“This is why we have pledged to support the two Sustainable Development Goals, which are highly pertinent to our operations. This, we hope, will further cement our commitment towards acting in an environmentally friendly and sustainable manner, even as we celebrate World Animal Day,”


Pelbagai aktiviti disediakan untuk kami, antaranya ialah WAD-A-Quest (Scavenger Hunt). Ianya adalah aktiviti treasure hunt yang menggunakan sepenuhnya teknologi telefon (paperless). Kami perlu scan barkod (perlu mencari di sekitar taman wildlife) bagi mendapatkan klu dan jawapan. Ada 10 kod yang perlu dirungkaikan. Memang seronok dan banyak informasi yang saya serta anak dapat belajar melalui aktiviti ini. Antaranya seperti  apa beza burung hornbill jantan dan betina, berapa spesis harimau dan sebagainya.

Selesai aktiviti hunt, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti"Enrichment items". Sebenarnya ianya adalah aktiviti penyediaan makanan kepada haiwan liar yang terpilih. Antaranya seperti harimau putih, marmoset (monyet paling kecil di dunia), sun bear dan banyak lagi.

Lihat sahaja Afiq dan Ameer yang gigih memasukkan isi daging kambing didalam tumpurung kelapa. Ini adalah salah satu proses bagaimana penyediaan hidangan makana kepada harimau putih di sini.



Menariknya, kami dapat belajar bagaimana menyediakan makanan kepada haiwan liar. Ianya tidak seperti kita menyediakan makanan kepada haiwan jinak dengan meletakkan di atas pinggan dan sebagainya. 

Seterusnya kami telah diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana haiwan liar ini mencari makanan di kawasan habitatnya.

 Contoh bagaimana penyediaan hidangan makanan kepada harimau putih.

Saya dan anak-anak juga dapat belajar bagaimana haiwan liar ini keluar mencari dan memburu makanan melalui penggunaan deria bau dan penglihatan. Kecekapan mereka menangkap rangsangan bau bahawa "adanya makanan"  tidak dapat dinafikan. Memang hebat!


Keletah dua ekor beruang sun bear yang cukup mencuit hati ketika  menikmati madu dan buah-buahan yang telah disediakan.

Program ini cukup bermakna buat anak-anak saya. Mereka bukan sahaja boleh mendekati haiwan ini dengan lebih dekat lagi, bahkan dapat belajar menyediakan makanan buat haiwan-haiwan liar yang unik dan ada antara spesis ini juga agak rare serta hampir pupus.

Pendekatan yang sangat hebat dari Sunway Lagoon dalam mendidik generasi akan datang terutamanya untuk anak-anak ini lebih mengenali dan menghormati haiwan liar terutamanya yang ada terdapat di dunia.

Terima kasih atas jemputan Sunway Lagoon Wildlife Park, salam kenal baby sun bear yang comel, moga ke temu lagi di lain kali. Dan buat pembaca entri ini, selamat menyambut "World Animal Day" pada semua!

Psst:
Students also had the opportunity to participate in the contest to name the Wildlife Park’s new sun bear, and sign the Pledge Wall, which was also set up in the school compound. Students also received discount vouchers, which were redeemable towards Sunway Lagoon’s entrance fee.

For more information, call 603 5639 0000, visit www.sunwaylagoon.com or connect to www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936