Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Surat Terbuka Kepada Masyarakat Malaysia Mengenai Kehebatan Susu Fernleaf Yang Lebih 100%Mmmmm Kebaikan

$
0
0
Kehadapan seluruh masyarakat Malaysia yang disayangi,

Salam perkenalan buat semua. Nama saya Ayu, seorang ibu kepada 7 anak yang comel di matanya sendiri dan juga suri-rumah sepenuh masa (buat masa ini, heheh). Sepertimana yang korang sedia maklum, peranan dan tanggungjawab seorang ibu sememangnya besar. 

Goodness feeds Greatness, yeahh!

Selain mendidik dan menjaga, memberikan yang terbaik juga adalah antara perkara yang sentiasa dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Ini terutama dalam menyediakan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang buat anak. Dan setiap hari saya pasti akan membekalkan susu UHT sebagai keperluan kalsium yang diperlukan dalam tumbesaran mereka.


Kenalkan anak saya dari kiri - Ameer, Akid, Yara, Anaqi, Amani, Afiq dan Amani

Kenapa saya suka bekalkan anak dengan susu UHT (Ultra High Temperature) ? Antara sebabnya kerana susu UHT adalah pilihan terbaik sebagai penggantian kepada susu ibu khas buat anak yang berumur 2 tahun ke atas. Lagipun UHT ini telah dihasilkan melalui kaedah teknologi pemprosesan makanan dengan cara pensterilan bagi mematikan bakteria serta kuman patogen tanpa merosakkan mahupun mengurangkan kandungan gizi di dalam susu. Proses ini menjadikan kenapa susu UHT dapat disimpan selama 6 bulan tanpa memberi kesan  terhadap rasa dan aroma susu tersebut.

Peminat No. 1 susu Fernleaf!

Dan untuk pengetahuan korang, susu UHT Fernleaf sentiasa menjadi pilihan saya untuk keluarga. Tiada alasan yang paling terbaik selain daripada rasa susu Fernleaf itu secara hakikinya memang sedap sekali....

Wahai masyarakat Malaysia sekalian,



Tahukah Anda?| Seekor lembu 🐄 boleh mengeluarkan susu untuk tempoh kira-kira 10 tahun daripada hayatnya.

Adakah korang menyedari bahawa susu  Fernleaf ini adalah hasil perahan 100% susu dari lembu-lembu di New Zealand.  Dan New Zealand merupakan negara pengeluar hasil tenusu terkemuka di dunia malah pengeksportan hasil tenusunya sudah bermula sejak tahun 1846. Menariknya tentang lembu di New Zealand ini ialah mereka dibiarkan hidup bebas di ladang yang mempunyai padang rumput segar yang cukup luas. Lembu-lembu ini akan diberikan kebebasan untuk meragut rumput segar bila-bila masa sahaja. Tanpa rasa tekanan jika dibandingkan lembu yang terkurung dalam kandang (hokeh, mak macam emo pulak, hahahah).

Gambar sumber dari Google

Saya sendiri akan berasa begitu tenang jika dapat berada di padang rumput menghijau seperti gambar di atas. Ianya begitu indah, apatah lagi dunia kehijauan itu sendiri mampu me­nyajikan kepuasan, terapi diri dan begitu memberi ketenangan. Nah! Tidak hairanlah lembu juga akan berperasaan begitu - dapat meragut rumput segar dengan tenang sekali.
Tahukah Anda?| Seekor lembu🐄 mampu menyumbang 200 000 gelas susu sepanjang hayat mereka


Rentetan dengan faktor cuaca di New Zealand yang tidak begitu ekstrem sekaligus tidak hairanlah mengapa padang ragut disini cukup terbaik terutama dalam pembiakan lembu-lembu berkualiti. Perlu diingatkan juga susu lembu adalah dihasilkan secara semulajadi dan tiada penggalak susu (suntikan dsbnya) digunakan ya! Ouchhh gitewww. 


Gambar sumber dari Google

Menurut informasi mengenai bumi New Zealand yang saya perolehi dari carian internet. Pada waktu musim sejuk,suhu adalah didalam sekitar 12 darjah Celsius. Manakala pada musim panas pula merekodkan suhu sekitar 24 darjah Celsius. Sememangnya tidak dinafikan kesegaran rumput itu sangat bergantung kepada suhu tanah. Suhu paling sesuai untuk menghasilkan rumput yang baik seharusnya melebihi 10 darjah Celsius. Manakala suhu paling rendah untuk pertumbuhan rumput yang sesuai sekitar 10 hingga 15 darjah Celsius.* sumber informasi dari wikipedia 

Tetap unggul menjuarai carta peminat no.1 susu Fernleaf didalam keluarga

Secara ringkasnya, semua sedia maklum bahawa susu Fernleaf adalah hasil keluaran daripada jenama Fonterra, Dan jenama Fonterra merupakan pengeksport tenusu terkemuka di dunia dengan produk dan bahan tenusunya berada di lebih 140 negara. Ianya juga melibatkan  lebih kurang 10500 keluarga penternak di New Zealand sejak lebih 100 tahun lalu.* sumber informasi dari catatan New Zealand di internet.



Dengan pengalaman lebih 140 tahun susu Fernleaf UHT dari Fonterra ini sentiasa unggul memberikan kualiti yang terbaik. Saya juga difahamkan di setiap peringkat proses  pengeluaran susu iaitu dari peringkat awal sehingga kepada pengedaran pengguna (masyarakat) kualitinya sentiasa dipantau mengikut SOP yang digariskan.
Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga dan jadikan 100% Mmmmm kebaikan tenusu dari New Zealand sebagai pilihan susu keluarga korang juga tau. Sampai di sini sahaja coretan saya, moga apa yang saya kongsikan akan dapat memberi input dan manfaat pada korang semua.
Fonterra menjanjikan "Manfaat Terjamin"
Akhir kata,
Pen merah pen biru, 
Susu Fernleaf sentiasa dihatiku :-)

Sekian, terima kasih.

Sentiasa memberikan terbaik buat keluarga;

(AYU RAFIKAH MOHD AMIN)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933