Dalam banyak pasaraya di Malaysia, Lulu Hypermarket & Department Store antara menjadi kegemaran saya untuk membeli-belah terutama barangan dapur. Pasaraya yang terletak di pusat bandar ini bersebelahan dengan Jakel Mall dan Galeri Ariani turut menyediakan kemudahan parking kereta yang banyak.
Bersempena dengan perayaan Deepavali tidak lama lagi, Lulu Hypermarket & Department Store telah mengadakan Jualan Murah bermula daripada 19 Oktober seingga 6 November 2018. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan potongan sehingga 70%. Ini termasuklah barangan dapur, pakaian, elekrtik dan pelbagai lagi.
Selain itu, pada 2 sehingga 4 November 2018, promosi Flat 50% untuk semua produk fesyen termasuklah kasut dan beg tangan. Dan kalua korang memang mencari kain Saree, Punjabi, Kurta dan pelbagai lagi, boleh dating ke Lulu dan lihat sendiri harga yang ditawarkan dan paling penting banyak betul pilihan yang boleh dibuat.
Alan-alang hari itu, saya mencari kain Saree singgah juga melihat barangan dapur di tingkat bawah. Serious! Sangat berbaloi terutama pada 'hot' item yang diberikan promosi sepeti minyak masak, milo dan banyak lagi.
Banyak juga koleksi kasut dan beg tangan yang boleh dipilih di sini. Memang rambang mata memilihnya.
Saya juga memang teruja nak membeli barangan dapur di sini. Selain daripada faktor kesegaran terutama sayuran, ikan dan daging. Barangan rumah seperti sabun pencuci pakaian, produk anak seperti sabun mandi bayi dan pampers, makanan sejuk beku dan pelbagai lagi juga ada ditawarkan pada harga cukup berbaloi.
Oh ya! Bercerita tentang shopping di Lulu, seperti yang kita ketahui pasaraya ini telah mengadakan Peraduan Cabutan Bertuah bersempena dengan Ulangtahunnya yang-2 baru-baru ini. Ianya adalah bertujuan bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang telah datang berbelanja di sini. Dan satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi meraikan pemenang bertuah pada 20hb Oktober 2018 bertempat di Lulu Hypermarket & Department Store.
Pemenang Hadiah Utama iaitu kereta Myvi.
Pemenang Hadiah Motor Yamaha Lagenda 115z
Pemenang telefon pintar Huawei P10

