Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2935 articles
Browse latest View live

Setouchi Japan Fair di AEON!

$
0
0

AEON CO. (M) BHD. telah menjadi tuan rumah buat sekian kalinya bersempena dengan Setouchi Fair. Karnival ini akan diadakan di AEON Bandar Utama, AEON Tebrau City dan AEON Queensbay. Untuk pengetahuan semua antara daerah Jepun yang bersama-sama menyokong dengan menyertai dengan menawarkan pelbagai produk terbaik mereka termasuklah Okayama, Hiroshima, Matsuyama dan Takamatsu,

Pada majlis pelancaran Setouchi Fair di AEON One Utama baru-baru ini, antara tetamu kehormat yang hadir adalah seperti Encik Masao Omori, Datuk Bandar Okayama, Encik Kazumi Matsui Datuk Bandar Hiroshima, Encik Akio Nishiizumi Timbalan Datuk Bandar Matsuyama, Encik Yusuke Matsushita Timbalan Datuk Bandar Takamatsu, Encik Masaaki Okazawa Pengurus AEON RETAIL Sdn Bhd dan Encik Hiroyuki Kotera  Pengurus Besar KAnan Perniagaan Runcit AEON CO. (M) BHD.

"Permintaan terhadap makanan Jepun di Malaysia telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Dan antara banyak-banyak produk, buah-buahan Jepun antara yang terbaik dari segi kemanisan dan kualiti. Untuk lebih adil terdapat lebih 120 produk dari kawasan Setouchi, termasuk buah pic dari Okayama, tiram beku dari Hiroshima, mi Sanuki-udon dari Takamatsu dan jeli yang mengandungi buah-buahan dari Matsuyama. Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah sepanjang pameran ini  dan AEON berbesar hati untuk terus mempromosikan produk dari Jepun "
 Encik Hiroyuki Kotera

Selain itu terdapat juga booth yang akan memberi informasi tentang pelancongan di Jepun, terutamanya melalui laman web yang menarik yang menggambarkan daerah Setouchi. Tarikan utama di Setouchi, termasuk kawasan-kawasan yang dirizabkan sebagai taman negara, laut pedalaman yang tenang dan pulau-pulau yang indah dan terkenal seperti a- yang bom kubah di Hiroshima (Warisan Dunia) dan Taman Okayama Korakuen. Setouchi juga  terkenal dengan bangunan bersejarah dan sebagai pusat seni.

Untuk setiap pembelian minimum RM10, pelanggan akan mendapat peluang secara percuma untuk mencuba "Superball Sukui "permainan tradisional yang digemari oleh kanak-kanak Jepun terutama semasa perayaan. 
Beberapa resipi hidangan Jepun turut dierkenalkan, antaranya seperti:-

Antara empat daerah Jepun yang akan menampilkan hidangan mereka di pameran seperti;

 Okayama - Hakuto (pic) dan Kibidango (ladu)

 Hiroshima - demonstrasi memasak Okonomiyaki dan Tiram (Sejuk Beku)

 Matsuyama - demonstrasi memasak jelly Crushed dengan oren Beni-madonna 

 Takamatsu - demonstrasi memasak  mi udon dan Inaka miso

Antara produk Jepun yang ada sepanjang Setouchi Fair seperti:-

Jom ke AEON terpilih untuk melihat sendiri Setouchi Japan Fair!

Jalinan Raya Bersama Fisherman's Friend dan Zul Ariffin

$
0
0
 
Sabtu 23 Julai 2016 bertempat di Holiday Villa Subang Jaya berlangsungnya sesi Jalinan Raya bersama selebriti terkenal Malaysia iaitu Zul Ariffin yang dibawakan khas oleh Fiseherman's Friend. Ini merupakan tahun kedua majlis hari raya bersama peminat Zul Ariffin yang mana setiap kali ianya diadakan memang mendapat sambutan yang hangat terutama peminat-peminat tegar selebriti ini.

Produk Fisherman's Friend adalah berasal dari England dan sehingga kini terdapat 9 perisa yang ditawarkan. Yang terkini Fisherman's Friend memperkenalkan 2 perisa terbaru iaitu 'blackcurrant'dan 'çitrus'. Apa yang menarik dengan pelbagai perisa dari Fisherman's Friend di pasaran memberi peluang lebih banyak pilihan kepada pengguna terutama di saat kerongkang mereka memerlukan kelegaan. 

Dan di majlis Jalinan Kasih ini turut ditayangkan TVC Fisherman's Man terbaru (dibintangi oleh duta Fisherman's Friend iaitu Zul Ariffin) yang turut memperkenalkan 2 perisa terbaru mereka dengan membawa tagline ~KUAT.MENYEGARKAN

Wakil dari syarikat GBA memberikan kata aluan dan seterusnya menyampaikan rasa terima kasih diatas sokongan padu terutama peminat-peminat produk Fiseherman's Friend dan Zul Ariffin.

MC yang sentiasa ceria mewarnai suasana acara :=)

Duta Fisherman's Friend, selebriti Zul Ariffin bersama VIP dan pihak pengurusan GBA.

Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur kepada tetamu yang menghadiri majlis ini. Antaranya seperti jawab kuiz secara spontan, teka dan jawab dan juga pemilihan 6 kad raya terbaik 
(yang mana peserta pertandingan seterusnya perlu menambat hati juri Zul Ariffin untuk memilih mereka sebagai antara 3 pemenang utama). Dan ke semua acara ada hadiahnya yang diberikan sebagai ganjaran kepada pemenang.

Memandangkan ini majlis tertutup, jadi semua tetamu yang menghadiri berpeluang bergambar selfie dengan sakannya bersama selebriti yang mereka minati iatu Zul Ariffin. Pelbagai props yang disediakan oleh pihak Fisherman's Friend bagi memeriahkan majlis sesi bergambar ini!

Dan pastinya selain daripada beraktiviti dan bertemu selebiiri, agenda makan-makan antara yang tidak mungkin dilepaskan peluang oleh semua tetamu yang hadir. Pelbagai juadah yang disediakan oleh pihak Hotel Holiday Villa dan semuanya enak-enak belaka. Antara juadah yang sempat dirasai oleh saya seperti:-

Segala beraneka manisan kuih  moden tradisional, termasukla bubur cha-cha dan puding roti yang benar-benar enak!

Rojak penang!!

Mee sup, soto, kuah odeh semuanya ada...

Masih di dalam mood raya, maka juadah seperti lemang dan ketupat wajib ada!

Rendang ayam dilupa jangan :p

Antara menu yang tersedap semalam--Nasi tomato :)

Dinikmati pula dengan kuah dalca...

Dan ayam merah...memang ohsem sesangatnya!!!

Mereka yang bertuah dan memeriahkan suasana Majlis Jalinan Raya Bersama Fisherman's Friend dan Zul Ariffin

Abang sado memang sempoi ajer. Apapun terima kasih kerana sudi melayan tetamu-tetamu anda. kihkih. Buat team Fisherman's Friend terima kasih atas jemputan moga ke temu lagi di lain-lain acara!

chewahhh....

KUAT.MENYEGARKAN.
Salam Lebaran!!!

Pemenang Giveaway Menang Transformers Bersama Ayuarjuna

$
0
0
Hello uollls....

Masih ingatkah anda dengan entri ini???


Ok, setelah cabutan (hanya sekali dibuat)....

Yang bertuah adalah...

**********************************
****************************
**************************
************************
**********************
********************
******************
***************
************
*********
*******
****
***




NIK NOR ATY!!!!!!!

Pemenang bakal menerima hadiah TRANSFORMERS Robots-in-Disguise Hyperchange Hero (contoh gambar dibawah) yang berharga RM119.90 ....


Yeay, email makluman pemenang akan dihantar kepada anda. Dan jangan lupa untuk membuat penebusan hadiah ya :=)

RANIAKU: KISAH DUGAAN DAN CINTA ABADI

$
0
0
Sebuah Pelancaran Muzik Video SAFI & Aizat Amdan
Bersama Kelahiran Baharu Teknologi DUO EMAS 24K


Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati.  Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.

Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa, SAFI jenama Halal no.1 Malaysia berbangga untuk melancarkan Muzik Video Raniaku, dengan kerjasama penyanyi terkenal Aizat Amdan dan pengarah muzik video En Nan Salleh. Menurut Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy,   “Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”


Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.         

Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.

Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman,“Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”

Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFIturut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu:-


Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml

Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml

Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml 

    Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.” Jelas Pn Mahsuri.

Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI. “Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Goldsentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!”
P

Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFIwww.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia



Sharnaaz Ahmad! DUTA TERBARU PEMBERSIH MUKA MEN’S BIORE DOUBLE SCRUB

$
0
0
Yuhuuuu!!! Sememangnya lelaki zaman kini didapati semakin hari semakin prihatin terhadap penjagaan peribadi, kebersihan dan penampilan diri. Dengan gaya hidup yang sibuk dan 'hectic' serta terdedah kepada habuk dan pencemaran secara berterusan, kaum lelaki hari ini sememangnya pasti mengalami stres dan menghadapi cabaran besar untuk sentiasa tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah. Permukaan kulit yang terkumpul dengan kotoran, minyak yang berlebihan, serta bakteria yang terperangkap didalam liang-liang pori akan menggalakkan timbulnya masalah kulit seperti kulit kusam dan berjeragat. Permasalahan kulit ini akan menyebabkan raut wajah kelihatan kurang menarik, lantas menjejaskan keyakinan dan penampilan diri.

Sebagai jenama skrub muka lelaki No. 1 di Malaysia dan peneraju dari aspek inovasi, Men’s Bioré sentiasa mendahului dalam kategori pembersih muka lelaki dan kini telah memperkenalkan Teknologi Terkini Berjuta Skrub Mikro dari Jepun. Dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal penyelidikan, rangkaian pembersih muka ini mengandungi Kuasa Pembersihan Detox dan agen penyerap minyak untuk menghapuskan pelbagai masalah kulit dari akar umbi. Ia bertindak dengan berkesan untuk memberikan kulit yang sihat, cerah, bersih tanpa berminyak serta menyegarkan dari dalam ke luar!

“Men’s Bioré sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi
keperluan pelanggan kami. Dengan teknologi canggih yang sedia ada, kami memperkenalkan
pembersih muka lelaki yang memberikan Kuasa Pembersihan Detox. Kami yakin bahawa
pelanggan kami akan dapat melihat perubahan pada keadaan kulit mereka selepas setiap
penggunaan. "kata Encik Masaki Fujiwara , Presiden Kao Malaysia.

Seluruh rangkaian pembersih muka Men’s Bioré Double Scrub didatangkan dalam wajah yang baru dengan reka bentuk lebih menyegarkan dan kontemporari. Ia direka khas untuk memenuhi citarasa golongan lelaki yang muda , aktif, dan lasak di Malaysia. Rangkaian produk ini terdapat dalam 5 variasi termasuklah Deep Clean , Deep Clean Extra Cool , Oil Clear, Acne Solution dan Bright Clean , yang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit lelaki yang berbeza.


MENGENAI PEMBERSIH MUKA MEN’S BIORE DOUBLE SCRUB FACIAL FOAM BAHARU
YANG DIPERTINGKATKAN

Diformulasi dengan Teknologi Terkini Berjuta Skrub Mikro dari Jepun yang mana skrub ini mampu menjadi berjuta mikro skrub yang dapat mengoptimumkan Keupayaan Pembersihan Detox jauh di dalam liang pori.


Antara jrnis skrub yang ditawarkan:-


  • Skrub “Oil Absorbing” - Menyerap minyak berlebihan di permukaan kulit serta menghilangkanbintik hitam dan kulit kusam.
  • Skrub “Deep Detox” - Membersih segala kotoran secara mendalam dengan menghantar ejen me-nyah minyak dan anti bakteria terus ke dalam liang pori.
Setiap satu daripada 5 variasi menawarkan fungsi dan kelebihan berbeza untuk disesuaikan
dengan masalah kulit lelaki berdasarkan pilihan mereka.

 Double Scrub Deep Clean mengandungi Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Ia dapat membersihkan segala kotoran, menanggalkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam dengan berkesan. Memberikan kawalan minyak berterusan and kulit yang bersih sepenuhnya dalam satu-langkah.

 Double Scrub Deep Clean Extra Cool mempunyai fungsi yang hampir sama dengan variasi Deep Clean tetapi menawarkan sensasi amat dingin yang menyegarkan. Alamilah kesegaran ekstra ini terutama penggunaan selepas beriadah atau menjalani aktiviti bersukan.

 Double Scrub Oil Clear diformulasi dengan “Black Tea”, Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Ia mengandungi bahan kawalan minyak dan antioksida yang dapat menanggalkan minyak berlebihan dan juga rasa melekit pada kulit muka secara efektif. Kulit menjadi bebas-minyak dan tidak berkilat. Ia juga meninggalkan sensasi dingin yang menyegarkan ketika mencuci muka.

 Double Scrub Acne Solution adalah penyelesaian terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Ia diformulasi dengan Ekstrak Tea Tree, Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Yang amat berkesan dalam mengawal jerawat yang disebabkan oleh bakteria-bakteria dan liang-liang pori tersumbat akibat minyak berlebihan. Kulit akan menjadi lebih sihat kerana kemunculan jerawat berkurangan serta kesan jerawat dan jeragat kurang kelihatan.

 Double Scrub Bright Clean mengandungi Charcoal sebagai bahan ejen aktif, Skrub
“Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Rumusan ini amat efektif untuk membersih
dan menanggalkan kulit kusam. Miliki kulit yang lebih cerah dan tona kulit sekata.

DUTA PRODUK TERBARU

Bersempena dengan pelancaran produk terbaru Men’s Bioré ini, Kao Malaysia telah melantik pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai duta terbarunya. Perlantikan beliau sebagai duta terbaru Men’s Bioré Double Scrub adalah amat bertepatan dengan imej Sharnaaz yang berani dan berkeyakinan. Sekaligus menjadikan beliau model berperanan besar di mata masyarakat Malaysia dan mencerminkan status Men’s Bioré.


Sharnaaz berpendapat bahawa cara untuk mengekalkan kulit yang sihat adalah dengan membersih secara mendalam. “Bagi saya, untuk mengekalkan kulit yang bebas minyak dan sentiasa kelihatan sihat adalah sesuatu yang mencabar kerana jadual kerja yang amat padat dan sentiasa sibuk. Sebagai seorang pelakon, penjagaan kulit amatlah penting kerana wajah saya perlu sentiasa kelihatan bersih dan tidak berminyak. Men’s Bioré dengan Kuasa Pembersihan Detox ini sangat efektif untuk membersihkan kulit berminyak serta kotoran jauh di dalam liang-liang pori, menjadikan kulit saya lebih segar dan bersih sekarang”, kata Sharnaaz.
Tengok pada penampilan memang ada gaya dan maskulin. Bila kenali secara dekat kelakar juga rupanya selebriti Shaarnaz ini. Berfikiran terbuka dan suka berkongsi dan berkata apa yang rasa :=) Inilah personaliti terbaru Men’s Bioré!!!

Pembukaan Kaunter Mamonde Pertama di AEON One Utama!

$
0
0
Berukuran dalam 315 kaki persegi, kaunter Mamonde ini menawarkan 140 produk dari 32 pelbagai kategori produk yang bermula dari penjagaan kulit, alat solek dan produk penjagaan rambut. Selain daripada jualan produk, pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat tentang kulit dan produk kecantikan secara percuma.

Mamonde yang dihasillkan dari esen terapeutik bunga, yang mana  setiap pelanggannya akan mengalami  dan belajar tentang kehidupan sains bunga di kaunter Mamonde . Di kaunter ini juga seakan memberikan aromaterapi bunga di mana setiap pelanggan pasti akan 'berhenti dan merasai bau-bau bunga' yang segar. Yang kita sedia maklum sememangnya ianya baik untuk merehatkan serta menenangkan minda.


Menurut Celine Diong, Pengurus Besar Penjenamaan Mamonde Malaysia, jenama baru ini yang diilhamkan dari bunga dijangka mampu merangsang pasaran kosmetik dengan yang konsep unik dan harga yang berpatutan. Produk yang ditawarkan dari harga RM6 sehingga RM169 sememangnya mampu dimiliki untuk kaum  wanita dari semua lapisan masyarakat.

"Mamonde adalah jenama penjagaan kulit yang pertama seumpamanya yang menggunakan hanya bunga sebagai bahan utamanya ditambah pula dengan bahan-bahan semula jadi yang lain dalam perumusannya. AmorePacific telah melabur agak tinggi dalam R &D -nya untuk memastikan keberkesanan produk Mamonde terutama lembut pada kulit seperti ciri-ciri sekuntum bunga, "kata
Diong lagi.
Mamonde telah mensasarkan untuk membuka 3 kaunter lagi menjelang akhir tahun ini, yang mana untuk kaunter kedua akan dibuka di AEON Mid Valley Megamall pada September 2016.

Pada majlis itu, Mamonde Malaysia turut memperkenalkan duta jenamanya, iaitu Park Shin Hye - pelakon Korea popular yang cukup popular memainkan peranan utama di kebanyakan drama-drama hit Korea seperti The Heirs, Pinochio dan juga hit terkini - Doktor. Biarpun selebriti ini tidak hadir, namun Mamonde telah membawa penampilan khas beliau dalam video istimewa di majlis perasmian ini.

Peminat Park Shin Hye juga boleh mendapatkan tanda tangan esklusif khas di kotak terhad melalui pembelian Mamonde Moisture Ceramide Krim Light dan Krim Intense serta Cover Powder Cushion. Ianya esklusif sebanyak 150 unit sahaja.

Peminat Park Shin Hye boleh memenangi pass sesi 'Bertemu Peminat' pada bulan Oktober ini, hanya melalui cabutan bertuah setelah membuat pembelian barangan Momande.

Pelbagai tawaran menarik disediakan bersempena dengan pembukaan pertama kaunter mamonde di Malaysia.

Jangan lupa dapatkan produk Mamonde uolls!!!

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 di Mydin USJ

$
0
0
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 bertempat di Mydin 2016 sememangnya dianjurkan hampir saban setiap tahun bagi berkongsi kegirangan syawal bersama komuniti setempat khususnya kepada para pelanggan setiap Mydin.

Majlis seperti ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim, memupuk semangat kekitaan dan menzahirkan rasa muafakat dalam kalangan masyarakat multinasional. Rumah terbuka ini turut diserikan dengan kehadiran 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong Selangor.

Majlis yang dihoskan oleh Nor Azzura dan Riena Hasim (pengacara program Wanita Hari Ini) sememangnya meriah. Apatah lagi dengan kehadiran beberapa selebriti undangan seperti Tia Jimbara, Jimmy Screen, Nadia AF, Wani Mentor dan Lan Kristal.

Penampilan maskot-maskot penajada dan juga badut, serta dj-dj dari radio  Suria.fm, im4u dan banyak lagi.

Bagi pelanggan yang berbelanja RM80 dan ke atas, boleh juga menyertai acara cabutan bertuah yang berlangsung sepanjang acara. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuklah televisyen Sharp LED 50', peti ais jenama Sharp,  Sharp LED 50', mesin basuh Sharp 7kg dan pelbagai lagi hadiah hebat lain.

Terdapat 20 gerai yang dibuka menawarkan makanan dan minuman secara percuma kepada para pengunjung bersempena dengan Majlis Terbuka yang diadakan. Daripada menu hidangan raya sehinggalah kepada juadah sejuk beku yang istimewa khas buat semua pengunjung yang bersama-sama mengimarahkan majlis anjuran Mydin ini.

Antara pengunjung yang bertuah--Cik Zarina Ismail dengan hadiah hamper dari Karangkraf :-)

Ternyata sambutan yang diadakan oleh pihak Mydin mampu mengeratkan ukhwah sesama masyarakat Malaysia dan sama-sama berkongsi keseronokannya meraikan perayaan Hari Raya!

Scott's Memperkenalkan DHA Gummies Untuk "Peneroka Kecil Bijak"

$
0
0
Haluuuuu!!!

Dunia kanak-kanak hari ini, sangat mencabar. Biarpun usia mereka masih kecil lagi, tapi keinginan mereka ingin mengetahu sesuatu yang baru amat tinggi. Mereka adalah generasi yang penuh 'ínquiry', suka bereksprementasi dan juga bijak mengeksplorasi.

Seperti my Ameer yang baru berusia 2 tahun...

Beliau adalah kanak-kanak  yang suka memerhati dan mempelajari perkara-perkara baru melalui pengamatan dan pengalaman. Contohnya melihat ikan besar seolah berada di dasar lautan adalah antara momen pengalaman manis dan pengajaran baru buat si kecil ini.

Melihat bagaimana haiwan ini berada dalam habitatnya serta rutinnya setiap hari. Mungkin juga kita boleh mempelajari bagaimana haiwan ini berehat seperti tidur...

Begitu juga kecantikan si obor-obor yang lutsinar...

Dan juga pelbagai kehidupan lautan yang lain yang begitu indah di pandangan mata kita...

Antara aksi teruja yang klimaks.. hahaha

Mengenali organ dan abdomen dalaman yang lain dari spesis ikan. Seperti juga kehidupan manusia, mereka juga mempunyai hati, pankreas dan sebagainya...

Ternyata di dalam setiap diri si kecil ini benar-benar dilahirkan untuk menjadi seorang peneroka yang bijak yang sering mahu mencari jawapan melalui pengalaman dan pengamatannya...

Atas keprihatinan dan keperluan si kecil itu, Scott's telah memperkenalkan satu produk inovatif yang berkhasiat buat kanak-kanak yang dikenal sebagai Scott's DHA Gummies!

Gummies yang kaya dengan DHA (asid docosahexaenoic), sejenis lemak asid Omega-3 yang penting dalam pembentukan otak dan mata, serta mempunyai vitamin D yang sangat penting untuk pertumbuhan dan pembesaran yang sihat. 

Untuk pengetahuan semua. Scott's DHA Gummies diperkenalkan sebagai tambahan kepada produk warisan Scott's Emulsion Cod Liver Oil dan ianya sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas,



Boleh didapati dalam 2 perisa iaitu strawberi dan oren dalam bentuk gummies 3 hidupan yang berbeza, dan juga didatangkan khas dengan 2 jenis pembungkusan iaitu samada dalam bentuk botol yang lebih praktikal mahupun dalam paket (untuk lebih penjimatan)


Apa yang penting gummies yang berbentuk mikro kapsul ini tidak ada rasa hanyir tetapi masih lagi mengekalkan kebaikan minyak ikan. Sekaligus dapat membantu ibu-ibu seperti saya yang sentiasa mahukan setiap anak mendapat keperluan nutrien yang secukupnya sekaligus dapat membantu dan menyokong tumbesaran mereka dengan cemerlang.

Scott's DHA Gummies kini boleh didapati di semua kedai dan pasaraya utama di seluruh Malaysia ya!

Terdapat pelbagai aktiviti menarik + peraduan serta info berguna yang telah dikongsikan di laman web:

www.scottskids.com/my
www.facebook.com/ScottsMalaysia

Nyum Nyum....

Raya Merdeka Cook With Chef 2016 & PENSONIC MALAYSIA!

$
0
0
Saya memang teruja giler! Apatah lagi ini merupakan tahun kedua saya menyertai Raya Merdeka Cook With Chef anjuran Pensonic. Untuk pengetahuan semua kelas memasak anjuran Pensonic merupakan tahun 3 berturut-turut dianjurkan. Setiap tahun jumlah penyertaan semakin meningkat dan mendapat sambutan yang hangat.
Untuk tahun ini, saya membawa Anaqi sebagai partner dalam memasak sambil ditemani my Ameer yang ketot itu, hahahah. Haruslah si Ameer dibawa juga memandangkan si kenit ini hanya mahu berkepit dengan ibunya ke mana sahaja.

Lama dah tak jumpa dengan Chef Ismail :)
Rasanya last jumpa masa bulan puasa. Ada majlis di Restoran Rebung ketika itu.

Di sini juga disediakan pelbagai props menarik yang boleh kita bergambar sakan. Pelbagai aksi dan keletah peserta kelas masakan dapat kita dilihat. Masing-masing memang teruja betul!

See my Anaqi tak nak kalah sama. Hahahah. Cuma dier ni kan jenis malu-malu kucing parsi. So bergambar seadanya sahaja.

Berbeza dengan mak dier yang overdoss vitamin. So, bila bergambar memang rupa paras teruja tu tak boleh nak sorok dah. Hahahaha. Dan TQ Ameer sebab tolong jadi props untuk mummy kat depan tu :p

Antara selebiti yang hadir memeriahkan majlis. nampak pelakon-pelakon Ola Bola di situ!



Segmen paling meriah, masa sebelum aktiviti memasak semua peserta kena bersenam ikut gaya Chef Ismail. Memang yang hadir rata-rata sporting abis, ekekekeke.

Cooking session kitaorang. Meja no 23. Semua dah tersedia dengan peralatan memasak dan juga bahan untuk masak pun adoooo...


Bahan-bahan mentah terutama ayam memang kami bersihkan terlebih dahulu. Biarpun memang sudah kelihatan bersih tapi bagi memastikan kualiti kebersihan dua kali ganda. Kami membersihkannya berkali-kali.

Anaqi in action,chewahhh!!!
Anaqi ni bab-bab memasak memang dier minat. Sejak kecik lagi sebab dier ni jenis suka makan. Tapi sejak dah meningkat dewasa ni, nampak dier prihatin sikit dengan penjagaan badan. Kiranya suka bersenam dan mengambil makanan pada waktu yang perlu sahaja. mak dier pulak yang stress, huhuhu.

Antara selebriti yang mendapat perhatian ramai. Berebut chik-acik ni nak bergambar. Al-maklumla bukan senang nak jumpa Tengku Ismail 'live' kat luar kan...

Memang ramai giler ajak berselpie, heheheheheheh

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang acara memasak berlangsung. Selain demonstrasi masakan, terdapat juga cabutan bertuah dan juga peraduan gambar di instagram paling menarik.

Dan saya cukup bertuah, kerana gambar saya dan Ameer telah dipilih menjadi salah saeorang pemenang untu peraduan di instagram. Dan ini adalah ke semua 10 pemenang instagram. Masing-masing muka excited dan sempoi jer (memang kaki bergambor ni, hahahaha)

Apapun, terima kasih Pensonic atas jemputan. Acara yang padat dengan pelbagai aktiviti dan paling penting saya dapat lagi belajar tentang menu baru yang mudah dan sedap dari chef selebiriti kesayangan 1Malaysia iaitu Chef Ismail. Semoga bertemu lagi tahun depan!!!

Happy Birthday Althea!!

$
0
0
Sudah setahun rupanya usia Althea. Pejam celik pejam celik cepatnya masa setahun. Tapi melihat kepada kemasyuran Althea sebagai sebuah portal membeli-belah produk kecantikan di Malaysia memang saya tidak jangkakan ianya baru berusia setahun. Ianya seakaan Althea sudah bertahun-tahun lama dikenali. Ini memang pencapaian yang hebat.
 
Muka ada gembira kannn...bila Althea bagi hadiah produk yang digemari bernilai RM150 secara percuma :p

Sebenarnya kannnnnnnnnnnn....Siyes tak tipu. Bila saya buat carian produk di laman web Althea memang ambil mas aberjam-jam. Sebabnya terlalu banyak sangaaaaaaaaaaaaaaaat barang yang menarik dan best memang hati ni melonjak nak memiliki. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan uolls. Ada produk yang dijual dengan harga yang begitu istimewa dan memang murah kalau dibandingkan dengan harga di pasaran.

Cikedaut barangan apa yang belanjakannya ya..hiks..
Meh meh kepochi semua kesayangans....


Saya memang hantu losyen. Apatah lagi losyen tangan dan badan yang menawarkan bau-bauan yang best dan menyegarkan.

Pilihan saya:
Perfume Hand Cream (White Musk)  Kod NPTHC001 RM10

Berbentuk tiub sederhana tidak terlalu kecil dan besar. Sangat praktikal untuk saya yang suka membawa losyen ini ke mana sahaja. Saiznya kompak sememangnya muat dalam tas tangan saya yang sederhana saiznya. Paling penting, bau white musk memang sinonim dengan bauan yang saya minati dan ianya mampu merangsangkan tenaga ketika saya letih dan perlu sesuatu untuk cetusan yang lebih segar.


Selain itu, saya juga telah mencuba Perfume Hand Cream (Lavender Floral). Seorang yang suka memakai wangi-wangian setiap kali keluar rumah, memang saya akan pastikan losyen tangan dibawa juga mempunyai wangian yang say aberkenan.

Bau Lavender sangat lembut dan tenang. Hanya letak sedikit sahaja ianya kekal wangi pada waktu agak lama. Kod NPTHC003 RM10

Yang ni botolnya agak cute dan simple. Saya tertarik dengan ayat dekat tube hand cream ini ---> It;s my hand cream, hehehe...

Bau natural, terasa lembut sahaja tangan setelah disapu dengan losyen ini. Kod produk ISMPC004, harga RM6 sahaja.

Velvet two way cake. Sapuan bedak muka menjadikan oles wajah kita lebih flawless. Harga RM46 sahaja. Saya sangat sukakan casing produk ini, elegan!

It's my lip crayon color!! Pilihan warna Nudie Rose. Senang dah pakai uollls, tak perlu touch up bibir banyak kali, heheheh. Harga yang ditawarkan hanyalah RM20. Murah ajor!!!

Saya jenis suka juga tengok mereka yang oandai menatarias mata. Untuk mencuba yang jenis ekstrem tidaklah berani. So, say ahanya mencuba sesuatu yang sangat basic iaitu Jewel Light Waterproof Eyeliner Color. Harga di Althea RM18 :)

Kalau kita keluar rumah ataupun berjemur di tempat yang agak panas. Kita perlu membawa krim pelindung matahari. Pilihan say atentulah Sunprise Mus Daily SPF 50+ PA +++. Harga yang ditawarkan hanyalah RM25 sahaja.

Yang ini sesuai bukan untuk saya sahaja. bahkan say aboleh berkongsi bersama ahli keluarga yang lain. Produk aloe vera ini bertiindak sebagai soothing gek, yang mampu memberi keselesaan atas kerengsaan atas kulit dan sebagainya. Seperti baru-baru ini, my Ameer mengalami melecet di bahagian punggungnya. Dengan meletakkan sedikit gel ini dapat mengurangkan kesakitan dan juga mampu mempercepatkan kesembuhan luka. Harga dari Althea RM14 sahaja.


Murahkan semua produk ini berharga RM149 sahaja. Memang pembelian yang sangat berbaloi-baloi!

Oh ya sempena dengan hari jadi Althea terdapat promosi yang menarik boleh uollls dapatkan. antaranaya seperti promosi yang terdapat di poster di atas!!


Pelbagai hadiah menarik menanti anda untuk contest selfie di instagram Althea. memang semua hadiah yang ditawarkan menarik. Untuk syarat dan keterangan lanjut boleh rujuk pada ionstagram Althea ya!!

"#AltheaTurns1 Instagram Contest
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

Nak dapatkan goodie bag edisi khas, jangan lupa gunakan kod dia atas. Dan ianya hanyalah untuk 1500 pembeli pertama sahaja ya!!

So, uooolll jangan lupa untuk jengah www.althea.kr  !!

Mini Mini Cafe di Mid Valley

$
0
0

Lama dah gambar-gambar ni terperap dalam folder draft dalam blog. Tiba-tiba pagi ni baru perasan :=) Heheheh Sebenarnya memang saya ada sedikit teruja nak kongsikan café yang sangat comel dan menarik ini. Apa yang lagi best harga hidangan yang ditawarkan di sini agak murah dan berpatutan.  


Selain daripada itu, antara tarikan utama cafe ini adalah dekorasinya yang sangat unik. Bukan sahaja buat kanak-kanak bahkan warga dewasa saya juga begitu teruja melihat keindahan dekorasi yang ditatarias di sini. Antara yang menarik...




Seriusly!!! Memang superb deko di sini. Biarpun keluasan café agak terhad. Namun bila kena dengan cara perhiasan dan susunan ianya memberi kesan yang maksimum cantek. Dan karektor hiasan di cafe ini mempertengahkan siri buku kanak-kana iaitu The Tale of Peter Rabbit, yang cukup popular. Tidak hairanlah terdapat juga perlatan dan perkakasan di café didatang dalam saiz mini yang comel.


Antara hidangan yang sempat saya mencubanya bersama Amani seperti;-

Chocolate Brownies with Ice Cream, harga RM9.90 (percuma Konyaku Jelly)
harga berlainan untuk hari cuti umum ya..

Saya rasa makan hidangan ni saja sudah mengenyangkan. Tapi saya sangat suka akan rasa kemewahan coklat brownies dari cafe ini. Sedap!

Hawaian Chicke Pizza. harga RM9.90 (percuma Konyaku Jelly)
harga berlainan untuk hari cuti umum ya..

Yang ini memang sedap giler. Siyes, sebab keju dier banyak so memang puas hati makan hehehehe.

Set Grilled Beef Burger + dapat air pepsi percuma.
Harga RM13.90

Ni pun sedap jugak. Sebab patties dier tebal. Ada keju dan mayonis dan sayuran. Simple tapi rasa tetap ada.

Marmite Chicken Rice Set, harga 12.90. Dapat percuma "soup of the day"

et bento lengkap dengan semua keperluan ruji pemakanan harian. Ada ayam (yang masak ala kicap pedas masam manis), sayur dan pencuci mulut.

Cofee Milkshake RM11.90.
Air mountain dew tu percuma sebab beli set berger kat atas.

Close up menu. Banyak pilihan lagi sebenarnya. Seua sedap-sedap belaka :p



Wajah tuan puteri yang seronok dimewahkan dengan pelbagai hidangan kegemaran....
Sekali sekala outing berdua memang best. Macam-macam kami bercerita sebab my Amani boleh tahan juga keletahnya. Apa yang penting saya pasti akan datang kembali ke Cafe ini dan kali ini membawa seluruh ahli keluarga saya untuk menikmati juadah hidangan yang best di sini.


Nom nom nom

TQ MV for the food voucher :)

Muzium Lukut di Port Dickson :=)

$
0
0
Peminat sejarah, memang akan suka ke tempat-tempat seperti ini. Banyak peninggalan orang lama yang boleh kenali dan pelajari. Saya sendiri sebenarnta sangat meminati subjek sejarah tetapi saya jenis bukan suka sangat melawati tempat bersejarah. Kahkah

Bila dah laki sendiri suka dengan tempat-tempat sebegini selain dari kawasan yang mempunyai alam semulajadi yang menarik. jadi, saya hanya menyokong sahaja kegemaran beliau dan juga anak-anak yang sama-sama teruja untuk mengenali sejarah tanah air yang dikasihi.

Gitewwww..senapas korunk baca ayat diatas bukan.

Paham...

Achik is so skema, :p

Kelibat Muzium Lukut ni memang tak ada orang perasan sangat. apatah lagi kedudukannya agak ke dalam dari jalan besar. Biarpun ada beberapa papan tanda yang mewar-warkan kewujudan muzium ini namun masih belum mampu menarik ramai pengunjung untuk berkunjung ke sini.

So, memandangkan masa berada di sini, terlalu banyak giler gambar yang diambil. So, saya kongsikan di sini gambar-gambar kenangan ketika berada di sana terutama bagi tatapan mereka-mereka yang biasa pergi ke Port Dickson tapi belum berkesempatan singgah di sini.


































Perigi beracun



Banyak artifak seperti tembikar lama, barang peralatan bercucuk tanam tradisional, peralatan perlombongan batu arang, pakaian pengantin dan macam-macam lagi peninggalan budaya dan perkakasan zaman dulu-dulu ada dipamerkan.

Di bahagian luar muzium, terdapat juga beberapa buah meriam dan juga perigi buta yang dikatakan beracun satu masa masih lagi berkeadaan baik dan terjaga.

Banyak cerita dan peristiwa sejarah yang boleh kita belajar dari sini. Betapa Tanah Melayu satu masa dulu memiliki masyarakat berbilang budaya dengan cara hidup yang unik :)

Yang Terbaru dan Istimewa Dari Golden Churn Butter

$
0
0



Sebagai seorang ibu saya sentiasa mencari yang terbaik buat keluarga. Saya sering mengikuti segala produk di pasaran terutama dari jenama yang sememangnya menjadi kegemaran keluarga saya. Dan antara produk kegemaran kami tentulah lepa mentega dari jenama Golden Churn. Paling menarik, rangkaian terbaru Golden Churn Spreadable telah memperkenalkan varian terbaru mereka iaitu lepa mentega dengan Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil) serta lepa mentega dengan minyak Avokado. Pengenalan produk inovatif ini sekaigus memperlihatkan betapa idea bernas daripada Golden Churn ini  sememangnya telah menjadi satu penanda aras penting dalam kategori kulinari hari ini.
 
Tidak hairanlah dengan pengalaman selama lebih 70 tahun, Golden Churn Butter telah menjadi jenama antarabangsa yang terkemuka dengan menghasilkan produk premium yang berkualiti serta berdiri teguh dengan slogan Goodness Guaranteed”. Rasa mentega enak dan lembut ini sememangnya dipercayai dan terkenal dalam kalangan pembuat roti, tukang masak, kaum ibu serta hampir semua pengguna yang telah menikmati saat kenikmatan mentega bersama Golden Churn.
Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil

Melengkapi kualiti premium dan rasa Golden Churn Butter, rasa unik Mediterranean terhasil daripada tekanan sejuk pada minyak Zaitun dari Australia yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, mentega ini memberikan manfaat kesihatan dari minyak Zaitun yang diperkaya dengan antioksida serta lemak mono-tidak tepu. Ia sememangnya amat sesuai digunakan sebagai bahan masakan, atau sapuan di atas roti.
Golden Churn Spreadable with Avocado Oil
Gabungan citarasa ikonik Golden Churn Butter dengan tekanansejuk minyak Avokado dari Australia memberikan rasa lemak dan kekacang yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, minyak Avokado bertaraf premium ini memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Lemak mono-tidak tepu membantu memperbaiki tona kulit, potassium yang terkandung baik untuk melancarkan peredaran darah, serta serat makanan juga membantu mengawal paras gula dalam badan. Berikan kepuasan pengembaraan deria rasa anda dengan mencuba pada hidangan sandwich. 

**Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil dan Golden Churn Spreadable with Avocado Oil amat mudah untuk dikenal pasti melalui reka bentuk bekas berwarna perak ‘metallic’, menyerlahkan keaggunan serta rasa & aroma premium dengan kebaikan yang terjamin.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pelancaran produk inovatif ini telah diadakan di The Talent Lounge, Empire Damansara pada 11 Ogos 2016. Saya benar-benar teruja apabila berada di sini, dengan melihat sentuhan dekorasi majlis yang selesa dan santai, sekaligus mampu menaikkan mood tetamu yang hadir seperti saya  dengan suasana seperti berada di dalamkediaman sendiri.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Jonathan Sekhon- Pengurus Jualan  yang mana beliau begitu teruja untuk memperkenalkan produk terbaru; Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil dan Golden Churn Spreadable with Avocado Oil.  

Menurut beliau,
“Dengan pengenalan 2 produk baharu ini, Golden Churn ternyata bertambah baik. Kumpulan pakar inovasi kami telah berjaya menggabungkan mentega yang berkualiti dengan minyak yang penuh dengan kebaikan, akhirnya menghasilkan produk yang lazat”.

 

Majlis kemudiannya dihangatkan dengan demonstrasi daripada Chef Wan. Datuk Redzuan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan telah mencipta 2 resepi diinspirasi daripada 2 produk mentega baharu ini.
Pelbagai tips dan perkongsian dari Chef Wan sepanjang beliau menunjukkan demonstrasi masakannya. Kami juga terhibur dengan gelagatnya yang begitu bersahaja dan paling menarik kami dapat belajar resepi baru yang boleh dihasilkan dari produk Golden Churn Butter. 

Golden Churn butter telah berada di pasaran Malaysia berabad lamanya dan tidak diragui lagi sebagai pilihan utama mentega premium dalam komuniti Malaysia.

Promosi Merdeka Hi-Tea di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

$
0
0
"Marilah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai bangsa dalam satu negara "
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama Malaysia

Sertai dalam keriangan sebagai Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) meraikan tahun ke-59 Malaysia merdeka dengan hidangan minum petang istimewa di restoran Royal Songket. 

Dengan pembuka selera yang menggiurkan, pelbagai variasi salad segar, sayur-sayuran gril, salmon, dada ayam panggang, pelbagai pilihan sandwic, Sotong Kangkung Berbijan dan banyak lagi.  Lebih istimewa dengan adanya Soup Green Pea dan Szechuan Sup dihidangkan dengan pelbagai jenis roti.


Hidangan tradisi dan moden seperti Laksa Johor, Puyuh Goreng Berempah, Udang Goreng Mentega, Assam Pedas ekor lembu, Daging Masak Hitam Pulau Pinang dan banyak lagi pasti memenuhi citarasa seisi keluarga.


Fried Udon Jepun dengan Shitake Mushroom,  Chinatown Yong Tau Foo, Penang Char Kuey Teow dan Pemilihan Dim Sum, murtabak durian antara menu lain yang boleh kita nikmati sepanjang hi-tea merdeka berlangsung.

Akhir sekali, kita pasti ingin menikmati pelbagai keenakan pencuci mulut seperti Cream Caramel, Fruit Jelly, Keju Tart, Cream Brulee lazat, Hot Vanilla Pudding, Bubur Cha Cha, Caramel Pop Corn dan banyak lagi. Tidak lupa juga,  Minuman Cordial, Teh Tarik, Teh dan kopi.

Berkesempatan menikmati hi-tea merdeka bersama orang tersayang di sini ternyata menjadikan sambutan Hari Merdeka tahun ini sesuatu yang manis dalam ingatan dan pastinya tidak boleh dilupakan.

Antara chef yang terlibat dalam sajian bersempena 'Merdeka Hi-tea'. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi Restoran Royale Songket di talian 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613.

Semua tawaran adalah tertakluk hanya kepada 6% GST.

Harga: RM 68.00+ (Adult) tahun ke atas;
RM 45.00+ (Warga Emas) 60 tahun ke atas;
RM 35.00+ (Kanak-Kanak) 4 - 11 tahun

Tarikh / Hari: 31 Ogos 2016 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari - 4.00 petang


Sedikit info mengenai Restoran Royale Songket 

Restoran Royale Songket merupakan restoran utama yang terletak di tingkat bawah, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan tradisional dan tempatan serta hidangan gaya Barat. Hiasan yang diilhamkan berunsur sentuhan Malaysia dengan suasana cukup kontemporari dan santai. Restoran ini mampu menampung seramai 150 pengunjung pada satu-satu masa. Ianya juga  telah memperolehi pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM. Untuk pengetahuan semua restoran ini beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, ada 7 hari seminggu.

Info terkini tentang promosi boleh layari:
https://www.facebook.com/grandbluewave

Outlet Obermain Terbaru di Mid Valley : Jom Sertai Peraduan Untuk Bertemu Dengan Penyanyi Afgan!

$
0
0
Obermain, jenama warisan Jerman yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1974, hari ini telah melancarkan pembukaan gedung teraju utamanya yang berkonsep baru di Malaysia. Kedai yang terletak di F-057, tingkat satu Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, di hias dengan kombinasi konsep “retro”& “modern industrial” dan inspirasi gaya ini pasti menggamit perhatian pelanggan untuk menikmati pengalaman membeli belah penuh bergaya di situ.  Untuk menjayakan tema retro kontemporari ini, kedai seluas 1227 kaki persegi itu mendalami sepenuh hati konsep gabungan elemen yang kontras dari pelbagai sudut, termasuklah kombinasi maskulin dan feminin, kontras warna, dan kontras dari segi tekstur bahan.

Gedung teraju utama Obermain yang berkonsep segar ini dilengkapi dengan pelbagai produk menarik. Selain dari koleksi kasut yang terbaru dan mantap buat lelaki dan wanita, ia juga mempamerkan koleksi tas tangan wanita dan aksesori kulit kecil buat lelaki. Paling menarik sekali, pelancaran kedai konsep baru ini juga menjadi titik lahirnya koleksi pakaian lelaki Obermain. Koleksi pakaian ini diinspirasikan oleh gaya maskulin yang “timeless,” dan buat masa ini terdiri dari koleksi kemeja formal dan kasual yang memang suai gaya dengan kehendak lelaki urban.



“Obermain memastikan produk jenamanya sentiasa berkualiti tinggi, dan jenama ini terus giat untuk mencipta produk harian yang terbaik dengan menggunakan bahan asas yang bagus, dan dibuat dengan teliti dengan “finishing” yang mantap. Koleksi pakaian sulung Obermain ini memang suai gaya dengan lelaki urban berkerjaya pelbagai umur, tidak kira sama ada masih 20an atau sudah menjangkau 50an. Selagi dia seorang lelaki yang menjaga penampilan, dan punyai kalendar hidup yang aktif, pakaian Obermain pasti menepati citarasanya, apa lagi dengan harga yang berpatutatan diantara RM89 ke RM229 sahaja” 

Menurut Encik Chong King Foon, Ketua Pengurus Operasi Transmarco Lifestyle Sdn Bhd.

Kasut lelaki pertama Obermain telah berada dipasaran Malaysia pada tahun 1974, dan semenjak itu Obermain telah mantap bertapak sebagai jenama yang dikenali dengan barangan yang bergaya, selesa dan direka bentuk dengan teknologi Jerman. Kasut wanita nya pula telah diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2012 dengan konsep berteknologi “reflex-zone-bed” dimana alas kaki nya memberi stimulasi lembut pada tapak kaki pemakainya. Teknologi ini telah direka dengan bahan asas semulajadi yang lembut, dan membuat pemakai menjadi lebih selesa sepanjang hari dengan menggalakkan pengaliran darah sempurna yang memantau kesihatan seluruh badan.

Selain dari itu, beberapa koleksi terpilih kasut Obermain direka untuk mengandungi teknologi“Active Flex” yang memberikan kasut itu sifat kebolehlenturan yang hebat. Teknologi ini membenarkan kaki pemakai untuk melentur langkah kaki dengan sempurna di setiap arah gerakan, terutamanya di bahagian depan kaki.


Pelbagai koleksi menarik ada dipamerkan di kedai konsep terbaru ini, dan buat peminat kasut lelaki, ada empat koleksi yang amat bersesuaian.  Untuk yang  bergaya “rugged” kasut but Rainor sangat sesuai, terutamanya bila dipadankan dengan kemeja flannel dan jeans. Untuk lelaki yang lebih sukakan gaya sartorial yang kemas & klasik, kasut bertali Clement sangat cocok dengan kemeja berkolar “button down” & denim “slim” berwarna biru tua. Kalau “preppy” adalah gaya pilihan pemakai, Andrew,kasut loafer yang  dibuat dari kulit lembut lembu muda, sangat ranggi bila digayakan.  Untuk situasi semi formal, kasut loafer berhias rumba seperti Cale juga amat bersesuaian.

Buat wanita pula, koleksi Blute I dan Blute II, kasut bertapak flatform wedges yang direka dengan cetakan corak “floral” yang indah, memang sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih feminin. Buat mereka yang mencintai gaya romantik ala “hippy” 70an, Jude II adalah kasut platform pilihan. Untuk mereka yang merancang untuk bercuti musim panas, kasut sandal kulit Livana III and Livana IV sememangnya yang paling sesuai gaya dan ianya wujud dalam variasi terus sarung atau berikat “ankle strap”dan pelbagai warna menarik seperti merah, biru dan lain lain lagi. 

Memang rambang mata apabila berada di sini. Apatah koleksi yang ditawarkan memang menampilkan beberapa koleksi esklusif dan menarik.

Lebih menguntungkan bersempena dengan bulan Merdeka, Obermain juga menawarkan harga diskaun yang benar-benar berbaloi untuk kita berbelanja.

Rekaan santai dan feminin. Memang sangat selesa. Sesuai digaya ketika berjalan bersama keluarga, membel-belah mahupun menghadiri majlis keraian bersama teman istimewa.

 Padanan tas tangan yang cantik-cantik. Pelbagai warna dan rekaan!

 Saya suka dengan tas warna keemasan ini. Sesuai di suai padankan dengan pelbagai jenis busana. Dengan saiznya yang cukup sederhana sangat praktikal buat saya yang suka denga gaya yang sederhana.

Selain daripada kasut dan tas tangan. Turut ditawarkan dompet kulit yang tidak kurang hebat rekaannya. Dan pada bukan ini terdapat beberapa promosi istimewa dengan potongan diskaun sebanyak 50%.

Yerpppp...buat jejaka maskulin di luar sana :p

Saya telah memohon untuk menjadi ahli Obermain, dengan caj tahunan sebanyak RM12 sahaja. Yang menariknya untuk ahli terdapat pelbagai harga diskaun menarik diberikan. dan untuk ahli baru turut diberikan voucher RM50 (2 keping) dan boleh digunakan untuk berbelanja barangan RM250 keatas. Dan banyak lagi sebenarnya tawaran menarik jika menjadi ahli ya!

kredit pic: Cik Lily Putih

Pelancaran pembukaan gedung baru-baru ini juga diserikan dengan penampilan, penyanyi popular Indonesia, Afgan yang akan mengadakan konsertnya pada tarikh 3 September yang juga dibawakan  oleh Obermain.  

Majlis ini juga turut dihadiri beberapa selebriti “new faces” seperti Daler Yusuf, Puteri Aishah, Daniel Woodroof dan Amelia Henderson yang sama-sama memeriahkan pelancaran outlet Obermain di Mid Valley.


kredit pic: Cik Lily Putih

Majlis ini diakhiri dengan satu peragaan koleksi terbaru Obermain yang merangkumi semua kategori produk digedung tersebut, yang melambangkan keseriusan jenama tersebut melangkan ke arah baru. 

Oh ya ada berita baik untuk semua peminat Afgan. Jika ada yang ingin memenangi tiket menyaksikan Afgan secara 'live' membuat persembahan boleh menyertainya dengan mengikuti seperti langkah dibawah :-

Untuk Peraduan Melalui Pembelian :
1. Beli mana-mana produk Obermain Footwear atau beg dari outlet Obermain
2. Email ke ob.social@transmarco.org dan terangkan "WHY YOU ARE A HUGE OF AFGAN"(tidak lebih 50 patah perkataan)
3. Sertakan sekali gambar resit pembelian. (Tarikh dan tempat pembelian haruslah jelas)

Hadiah
Hadiah Utama - 3 Diamond VIP Tickets (meet & greet)
Hadiah Kedua - 2 Diamond VIP Tickets (meet & greet)
Hadiah Ketiga (3 pemenang) - 2 Diamond Tickets (berharga RM688 setiap satu)
Hadiah Saguhati (3 pemenang) - 2 Silver Tickets (berharga RM288 setiap satu)

Untuk Peraduan Melalui Media Sosial
1. Follow Instagram dan Facebook @obermain.my
2. Hantarkan Insta/FB Video (kurang dari 1 minit) menerangkan/menunjukkan kenapa anda begitu meminati penyanyi Afgan
3. Dan kongsikan link FB penyertaan anda di FB page @Obermain.my

Hadiah
6 Pemenang Dipilih - 2 Silver Tickets (berharga RM288 setiap satu)

Tarikh pengumuman pemenang adalah pada 30 Ogos 2016 dan tiket kemenangan haruslah diambil sendiri di outlet Obermain Mid Valley pada 1 atau 2 September 2016.

Jom sertai!!!

Mujur Ada ABS Powerbank Penyelamat Keadaan!

$
0
0
Perkara yang paling ditakuti. Di saat-saat 'emergency' bateri handphone tinggal nyawa-nyawa ikan, banyak lagi perkara dan urusan yang perlu diuruskan dengan berkomunikasi di talian. Apatah lagi kesibukan kita yang perlu ke sana-sini pastinya kita perlukan ''gadget"yang praktikal dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja.

Mujur saya telah diperkenalkan ABS Powerbank. Yang sememangnya nampak begitu kompak dan trendy. Memang memenuhi citarasa orang seperti saya yang sukakan sesuatu yang unik dan comel :-)


Jom lihat dalam satu pek ABS Powerbank -unboxing!


 Sedikit informasi mengenai ABS Powerbank yang saya guna ini :-

Model: Y304
Harga : RM139
Input: 5V - 2A 
Output 1: 5V - 2.1A 
Output 2: 5V - 2.1A 


 Waranti agak lama ya uollls iaitu 2 tahun (1 to 1 Exchange Guarantee whole Malaysia). Selain itu AB Powerbank ini memiliki kapasiti power 12000mAh. Perghhhhhhh, secara tidak langsung uolls bolehlah cas handphone banyak kali, sehingga 10 kali banyaknya tau!
Didatangkan bersama LED Capacity Light . Alang-alang nak buat ala lampu suluh bergerak pun boleh. Macam 2 dalam 1 gitew!!!!

 Kecil berkuasa,
Tampil bergaya,
Penyelamatku di mana sahaja,
Bila-bila masa!

Saiznya memang cun masuk dalam hand bag saya yang tidak terlu besar dan kecil. Jasi saya tak perlu risau untuk dibawa ke mana sahaja memandangkan ianya mengambil saiz yang sangat minima dalam beg dan agak ringan.

Masukkan dalam poket seluar pun muat uolls. Jadi kita boleh juga caj handphone kita dengan ABS Powerbank sambil membawanya ke sana-sini didalam poket seluar! Memang mudah bukan :-)

Pastikan uolls beli ABS Powerbank yang original ya, dan perlu diingatkan C Two Gadget merupakan satu-satunya pengedar (distributor) ABS Powerbank. So, kalau uolls berminat dengan ABS Powerbank, bolehlah dapatkan info mengenai agen jualannya di sini ya ...

Sekarang tengah diadakan promosi ABS Powerbank di portal membeli-belah 11 street bersempena dengan Jualan Merdeka. Dengan diskaun sebanyak 20%-30% diskaun, dan promosi adalah sehingga 31 Ogos 2016. Untuk pembelian boleh klik http://bit.ly/ABS_11Street

Keterangan lain uolls boleh layari :

ABS : 

Website Rasmi: 

Instagram : 

Berpiknik Dengan Anak-Anak di Mini Mini Cafe

$
0
0
Kebetulan hari tu, ada hal sikit kat Mid Valley. terus ai seret satu famili kat sini - Mini Mini Cafe. Dengan tujuan nak gunakan voucher Picnic Hi-Tea set yang sepatutnya bulan 7 hari tu langsaikan. Tapi biasalah, ai kan always bz...buat-buat bz pun selalu. So ada peluang jer nak pergi tebus segala mak nenek hadiah. Haruslah disegerakan kennnnn.

Mula-mula set ni sampai. memang saya teruja giler. Sebabnya siapa ada padang rumput bagai. Memang nampak esklusif dan unik.

Dan bertambah menarik. Ada kepelbagaian menu yang boleh dicuba. Dari manis-manisan sehinggalah hidangan ringkas-berat seperti berger turut disertakan dalam set ini.

Selain dari munchies yang berbentuk mini. Turut didalams et ini adalah satu set teko air green tea. Cawan dan teko ni giler cumelll wehhh...Cam permainan jer ai tengok, huhu.

Ai paling suka yang pduing tu. Rasa tidak terlalu manis dan ianya didatangkan dengan suhu yang sejuk-sejuk. Nikmat giler makan sorang2, hahahahah.

My Ameer memang bajet cam semua makanan kecik edisi khas untuk dier sorang. So, memang kebanyakan kek dan pastri kat situ my Ameer yang mentadarah secara individu, huhu.

Cam biasa berada di sini, paling terexcited melihat kepada susunan dan hiasan. Cantik dan unik. Memandangkan ini merupakan kali kedua saya ke sini, so perasaan saya biasa-biasa sahaja. Tetapi tidak buat Dedet yang terover excited melebihi anak-anak apabila melihat dekorasi kedai mini Mini cafe ini.


Di setiap meja kaca, terdapat hiasan figurin seperti ini. Comelkan...........

Peminat karektor Sailor Venus, hehehehe

Harga untuk satu set Picni Hi-Tea ini aalah RM79.90 tidak termasuk GST.

Happy me with familiy at Mini Mini Cafe!!!

Apa yang menarik di cafe ini, boleh throw back entri lama di sini---> http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/08/mini-mini-cafe-di-mid-valley.html

:)

Jom Sertai "Be My Reason Shower Run"

$
0
0
Aktiviti seharian memang sibuk!
Kita masih muda!
Sejarah keluarga tiada yang menghadapi kanser payu dara..
Takut nak terima kenyataan :(
......
......

Dan banyak lagi sebenarnya alasan-alasan untuk kita dari terus menerus mengambil sikap sambil lewa tentang perlunya membuat pemeriksaan payudara. Dan biasanya kita mula sedar apabila keadaan sudah menjadi teruk iaitu pada peringkat terakhir. Ianya memang menyedihkan.

Dan setiap kali tibanya bulan Oktober, kita pastinya dihujani dengan pelbagai kempen kesedaran kanser payudara. Tetapi, adakah kita benar-benar memberi perhatian kepada kempen ini? Apakah yang akan anda lakukan sekiranya individu yang anda sayangi atau sesiapa sahaja yang anda kenali kini sedang berjuang melawan kanser payudara? Atau apakah yang telah anda lakukan terhadap diri sendiri untuk meningkatkan peluang untuk hidup sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka ini?

Siri jelajah yang diadakan oleh Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Ramai di antara mereka tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan malahan tidak komited dalam pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang yang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan yang mencurigakan pada payudara mereka, menunjukkan tanda-tanda lazim kanser payudara.

Situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu, jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka dan orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Sekali lagi, disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), kempen pada tahun ini bakal menjadi lebih besar dan lebih berani. Untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi, Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run, larian bertemakan mandi, pertama di Malaysia.

Be My Reason Shower Run merupakan anjuran Shokubutsu untuk terus meningkatkan kesedaran tentang perlunya pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Apa yang menarik Be My Reason Shower Run bakal menjadi satu larian yang berbeza di mana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik penyebab mereka melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.

Be My Reason Shower Run akan diadakan pada 9 Oktober 2016 di The Arc, Bandar Rimbayu Shah Alam bermula jam 7 pagi. Kuala Lumpur,

Pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy, akan turut menyertai larian untuk memeriahkan lagi kempen ini. Beto akan menyertai Be My Reason Shower Run yang bakal diadakan pada 9 Oktober 2016 ini, bersama isterinya, Tisha Shahar – sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman menakutkan apabila ketulan dikesan di payudara beliau tidak lama dulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.
Beto Kusyairi dan isterinya merupakan pasangan terbaik yang layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya semasa melakukan pemeriksaan sendiri, dia telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup, termasuklah terapi dan mungkin juga pembedahan.

Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

"Shokubutsu secara aktif telah mempromosikan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi kerana ia penting untuk pengesanan awal. Pemeriksaan sendiri payudara adalah mudah dan ringkas untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, kami menggalakkan para wanita untuk melakukannya semasa mandi kerana ia merupakan aktiviti harian dan waktu yang senang untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, " 

"Kami telah diberi peluang untuk mengadakan kempen ini pada tahun yang kedua dan kami ingin meningkatkan kesedaran dengan cara yang lebih luas dan besar. Be My Reason Shower Run dianjurkan dengan harapan ia mampu menggalakkan semangat memperkasa dengan memberikan komitmen bertindak sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga demi orang yang kita sayangi. Kami juga berharap agar larian ini akan menjadi satu landasan untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap orang yang mereka sayangi yang menghidap kanser payudara dan kami amat menggalakkan para peserta untuk menyertai larian ini bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan!

Kami turut berbesar hati kerana Beto Kusyairy dan isterinya, Tisha Shahar turut sudi menyertai kempen ini dan bersama-sama mereka, kami berharap lebih ramai wanita dan juga lelaki sedar tentang kepentingan pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara dengan lebih kerap semasa mandi," 

Jackie Low, Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, 
Southern Lion Sdn. Bhd, syarikat bagi jenama Shokubutsu.

LARIAN BERSAMA YANG TERSAYANG SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA

Butiran Be My Reason Shower Run:

Tarikh : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan

Pendaftaran : Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason.

Senarai kategori larian Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016

Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
A
 
B
On-Line
Men Open     (Individual)
Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
 
 
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee

 
5KM
D
Corporate Registration
 
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration fee
Use form attached and send to by Sep 10, 2016
 
5KM
*     RM 10 dari setiap pernyertaan (per pax) akan disumbangkan ke National Cancer Society Malaysia
**   Keterangan lanjut boleh klik pada link yang disertakan di atas.
Pengambilan Race Kit:

Tarikh : 7th & 8th October 2016 ( Jumaat & Sabtu)
Masa : 11.00 a.m. - 5.00 p.m
Lokasi:  The Arc @ Bandar Rimbayu (BersebelahanKota Kemuning , Shah Alam)


Semua peserta yang menyertai Be My Reason Shower Run akan menerima sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara/

Selain daripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah booth pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. Bekas pensakit kanser payudara akan turut mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para peserta yang lain berpeluang untuk mendengar pengalaman mereka melawan kanser payudara degnan bantuan dan sokongan orang tersayang. 

Untuk informasi lanjut, sila layari laman Facebook Shokubutsu Malaysia di


Oh ya, ADA BERITA BAIK UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG AYUARJUNA :=)

Jika anda ingin memenangi race kit secara PERCUMA ( T-shirt, Finisher Medal, Goodies Bag yang mengandungi produk Southern Lion) dan seterusnya menyertai acara larian diadakan. Apa yang perlu anda lakukan..

2. Muat naik gambar di instagram yang menerangkan gaya aktif hidup anda/ atau gambar bersama ahli keluarga lain (contoh gambar bersenam, bersiar-siar, shopping dll).
3. Bersama caption simple tetapi menarik..Contoh : Saya dan Shokubutsu sama-sama menyahut cabaran Be My Reason Shower Run atas kesedaran setiap wanita perlukan sokongan! (contoh ya, anda boleh berikan caption yang lebih baik).
4. Letakkan hashtag #BeMyReasonShowerRun2016
5. Jangan lupa tag saya --> https://www.instagram.com/ayurafikah dan juga Shokubutsu Malaysia https://www.instagram.com/shokubutsumalaysia

Jom sertai segera, mana tahu anda menjadi salah seorang pemenang yang bakal berlari dengan Beto Khusyairi!!! Hehehehehe

Jom "Be My Reason Shower Run"!!

L.E.G.O

$
0
0
 Yang best part bila join peraduan yang hanya bermodalkan sangat ciput dan memang jenis kita membeli barangan tersebut (so tak mungkin ada kerugian) memang menyeronokkan. Apatah lagi hadiah ditawarkan tu memang agak mahal (kalau nak beli sendiri memang taklah-kan, hahahaha). Dipendekkan cerita saya pun menyertai dengan mempertaruhkan 3 nama.

Alhamdulillah sebab pemenangnya ramai so saya berpeluanglah memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan. Ahem dapat 3 hadiah atas 3 nama:=)

So dapatah 2 set untuk permainan kanak-kanak lelaki (nama dedet dan anaqi) dan set permainan perempuan (nama saya)
 Bukan mudah juga ya nak memasangkan setiap komponen. Ambil masa juga. jenuh saya tengok Anaqi yang bersungguh-sungguh memasangnya dengan tekun. Alangkah bagusnya kalau study subjek sekolah setekun ini, kihkih.

 Tadaaaaaaaaaaaaaa....
Baru siap satu, hahahahahhaha

Lagi 2 kotak belum bukak. Tunggu ada masa senang sikit baru gigih buat yang lain.
Seronok tengok cara anak-anak pasang lego. memang kena komited nak mempunyai kesabaran yang tinggi. Selain itu dengan merujuk kepada manual yang diberikan mengajar anak untuk lebih berdikari dan boleh ikut arahan yang diberikan.

Dapat si kenit memang lenjan dimainnya..

Peminat kereta lah katan :=)

Apapun TQ eskrem Mat Kool...Harap dapat buat lagi peraduan yang ohsem seperti ini ya!

Fabulous 4 | Menu Terbaru dari Dominos

$
0
0

Domino's Pizza dikatakan memiliki 12,600 cawangan dari lebih 80 negara (untuk rekod sehingga pertengahan tahun 2016). Dan bagi di Malaysia sendiri sehingga kini telah memiliki sebanyak 164 outlet di seluruh negara. Untuk pengetahuan semua outlet Domino's Pizza pertama di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1997 di USJ 9 Subang Jaya.

Apa yang menarik tentang pizza Domino's, pelanggan boleh memilih 28 jenis pilihan topping pizza (samada vege, ayam dan daging) dan crust mengikut kesukaan masing-masing.

Diadun secara segar setiap hari dengan kualiti paling terbaik. Selain itu, terdapat 25 jenis hidangan sampingan yang boleh dinikmati dan dicuba oleh pelanggan bagi melengkapkan sajian hidangan mereka.


Terdapat juga di sesetengah outlet Domino's yang terbuka di bahagian dapurnya membolehkan pelanggan melihat sendiri penghasillan pizza yang ditawarkan di Domino's.

Oh ya! Domino's telah memperkenalkan set menu yang terbaru didatangkan dalam satu kotak~FABULOUS FOUR. Menghimpunkan 4 hidangan sampingan yang sentiasa menjadi pelanggan iaitu 'roasted chicken drummets', cheesy mozarella stick, mini cinnadoots dan juga garlic cheese onion rings.


Semuanya enak-enak belaka. Promosi set FABULOUS FOUR ini sememangnya menarik membolehkan pelanggan memilih set ini sebagai set hidangan sampingan selain daripada tempahan pizza yang dibuat. Dan harga pengenalan yang ditawarkan untuk set FABULOUS FOUR ini adalah RM19.90

Murah dan berbaloi bukan?

Wajah-wajah gembira blogger bersama ahli keluarga mereka bersempena dengan pengenalan FABULOUS FOUR di Domino's baru-baru ini.

Keterangan lanjut boleh layari : http://www.dominos.com.my

Viewing all 2935 articles
Browse latest View live