Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all 2967 articles
Browse latest View live

NESCAFE GOLD Kini Hadir Dengan Wajah dan Konsep Baru

$
0
0
NESCAFE sememangnya sentiasa komited untuk kekal relevan sebagai jenama kopi terkenal dan sentiasa digemari semua penduduk seluruh dunia. Dan kini NESCAFE GOLD telah memperkenalkan wajah dan konsep terbaru bagi menambahkan lagi daya tarikan dan keaslian mutu kopi yang sentiasa menjadi pilihan pengguna.

NESCAFE GOLD kopinya adalah dari biji kopi Arabica yang telah ditanam di pergunungan. Biji kopi ini telah dipilih dengan rapi, menjalani proses pemangangan yang menerbitkan aroma dengan rasa kopi yang terbaik. Proses adunan dan aroma ini lambang kepada simbol keemasan.

 Ketika pelancaran NESCAFE GOLD baru ini turut diperkenalkan kafe kontena "NESCAFE GOLD experiential cafe". Di mana pengunjung boleh merasai kopi unik dan melihat sendiri cara pembuatan kopi ini.
Saya sendiri dapat merasai kopi Nescafe yang disediakan melalui mesin Barista Nescafe Gold terbaru yang kita boleh sediakan coffee latte di rumah. Bestkan. Tengok buih yang terbit juga benar-benar mengujakan saya.

So, korang boleh rasai pengalaman menikmati NESCAFE GOLDyang akan ditempatkan di The Square Publika bermula hari ini sehingga 14 April 2019. Dan seterusnya akan berada di MyTOWN Cheras bermula dari 19 April sehingga 5 Mei 2019.

Jangan lupa singgah tau!!!

HBO Asia Berkolaborasi Bersama The Coffee Bean And Leaf Bersempena Dengan Musim Terakhir Game of Thrones

$
0
0
Peminat siri GAME OF THRONES pasti teruja apabila buat pertama kalinya, HBO Asia bekerjasama dengan The Coffee Bean and Tea Leaf® memperkenalkan Espresso Cream Latte secara eksklusifnya, diinspirasikan dari siri GAME OF THRONES itu sendiri. Apa yang menarik ianya menampilkan seni rekaan latte Viserion.

Bagi meraikan musim kelapan dan terakhir siri TV hit ini,  sebanyak 1600 kopi latte  bertemakan GAME OF THRONES akan diberikan secara  PERCUMA* di The Coffee Bean and Tea Leaf®, Mid Valley Megamall (Unit G-047, East Atrium, Tingkat Concourse) selama lapan (8) hari sepanjang bulan April 2019. Antara tarikh penebusan percuma kopi latte adalah seperti berikut:-

 13- 15 April 2019
 19 - 21 April 2019 
 27 April 2019
 28 April 2019

Turut ditawarkan adalah premium edisi terhad GAME OF THRONES juga tau!
Untuk menebusnya, korang boleh semak/lihat posting yang dimuatnaik secara mingguan di laman Instagram The Coffee Bean and Tea Leaf Malaysia di @coffeebeanmy.


Korang pasti teruja apabila dapat menyaksikan sendiri perhiasan GAME OF THRONES dan melihat karya seni khas dari siri tersebut di cawangan The Coffee Bean and Tea Leaf® di Mid Valley sepanjang kempen ini berlangsung bermula dari 11 sehingga 30 April 2019.

Selain daripada itu, korang juga boleh bergambar secara paling kreatif bersama seni latte naga Viserion dan/atau pengalaman GAME OF THRONES di cawagan The Coffee Bean & Tea Leaf®, Mid Valley. Seterusnya kongsikan di laman sosial instagram dan korang berpeluang untuk memenangi premium eksklusif GAME OF THRONES dan hadiah menarik dari The Coffee Bean & Tea Leaf®**. Untuk maklumat lanjut, sila layari Instagram The Coffee Bean and Tea Leaf® yerppp.



Musim kelapan dan terakhir GAME OF THRONES akan mula ditayangkan di Asia pada masa yang sama dengan tayangan di U.S iaitu pada hari Isnin, 15 April pukul 9 pagi, dengan siaran ulangan pada hari yang sama, pukul 10 malam, secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411 / 431). Siri ini juga turut ditayangkan di HBO On Demand. Manakala untuk episod baru akan ditayangkan setiap hari Isnin waktu yang sama.


Diadaptasi dari siri buku popular “A Song of Ice and Fire,” oleh George R.R. Martin, siri fantasi yang pernah memenangi anugerah Emmy® ini berlatarkan pejuangan dan keperitan epik merebut kuasa dalam kerajaan yang besar dan ganas. Barisan pelakon dari musim ketujuh membuat kemunculan termasuk pemenang Emmy® dan Golden Globe, Peter Dinklage, Nikolaj Coster-Waldau, Lena Headey, Emilia Clarke, Aidan Gillen, Kit Harington, Sophie Turner dan Maisie Williams.

* 200 cawan akan diberikan setiap hari, tersedia untuk siapa yang hadir dahulu, sementara stok masih ada.
** Penyertaan peraduan foto wajib meletakan hashtags 
#HBOAsia 
#ForTheThrone 
#GameOfThronesxCBTL

So korang jangan lupa untuk tonton GAME THRONES di HBO setiap Isnin, 9 pagi dan 10 malam, hokeh!!

Akademi Chefmanship melengkapkan wanita dengan kemahiran keusahawanan

$
0
0

Akademi Chefmanship yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan  modul terbaru iaitu Ke Arah Kelestarian Hijau (‘Go Green) iaitu satu lagi inisiatif untuk memperkasakan keupayaan warga wanita dengan mengikuti trend terkini dalam industri perkhidmatan makanan.

Sejajar dengan pendekatan global Unilever iaitu Pelan Hidup Lestari dalam meningkatkan tabiat kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia, ‘Go Green’ ialah satu titik tumpuan utama dan akan dilancarkan pada Jun 2019 di mana akan diadakan kempen digital Tonton & Menang (‘Watch & Win’) di laman Facebook.

‘Go Green’ juga adalah salah satu lagi inisiatif penting oleh UFS Malaysia ialah memperkuatkan tahap keupayaan warga wanita dalam industry perkhidmatan makanan. Pihak-pihak yamg sama-sama terlibat dengan program inisiatif wanita ini termasuklah MBSA dan Persatuan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Dimana ianya adalah untuk menggalakkan kemahiran keusahawanan wanita di kalangan kumpulan isi rumah B40 dengan menyediakan latihan dan dana untuk potensi memulakan perniagaan mereka sendiri.

Berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia telah membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan. Dan makanan dibazirkan dengan pembuangan hampir 1.1 juta tan setahun.

Sejak Akademi Chefmanship dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi Akademi Chefmanship telah dianjurkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program di Akademi Craftmasnhip juga dikendalikan kolaborasi secara bersama dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam Akademi Chefmanship.

UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. Akademi Chefmanship telah menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.

Keterangan lanjut mengenai kempen boleh layari www.unileverfoodsolutions.com.my.

Jumpa Gambar Anaqi Masa Kecil, Kenangan Mengusik Jiwa

$
0
0
Saya ada sebuah rumah di Bandar Puncak Alam. Ianya merupakan rumah pertama saya dan suami. Sangat sentimental. Ini kerana ianya adalah rumah yang kami beria nak membeli kerana pada zaman itu hanya rumah di kawasan sana yang bertanah mampu dimiliki. Masa tu zaman masing-masing baru bekerja tengah survive untuk hidup selesa bersama anak-anak.

Dan sebabnya lokasinya terlalu jauh dari opis saya jadi kami sepakat untuk pindah berdekatan dengan tempat kerja. Kononnya rumah di Puncak Alam menjadi rumah hujung minggu. Namun akhirnya rumah itu tidak  langsung tidak dijenguk dan seumpama rumah peninggalan yang kami bayar bulanan secara saja-saja di bank.

Genap 10 tahun. Akhirnya pada awal bulan lepas, rumah itu telah disewakan kepada salah seorang kawan suami. Fuhhhh betapa leganya hati saya apabila suami mula terfikir untuk kemaskan rumah itu (buang segala kerusi meja yang tidak diperlukan). Dan pa;ong penting disewakan. Ini bagi memastikan ada orang menjaga rumah tersebut.

Hahahaha. Punyalah panjang mukadimah kannn..

Ok, sebenarnya dalam banyak barang-barang yang kami ambil sebab terlalu berharga adalah gambar-gambar lama. Sedih rasanya bila tengok gambar-gambar anak masa dulu. Zaman sekarang mungkin kita tidak rajin mencetak gambar tapi kalau dulu sebab ianya didalam filem haruslah dicetak.

Contohya gambar Anaqi masa beliau kecil :-)
Sekarang umur Anaqi sudah memasuki 18 tahun. Begitu cepatkan masa berlalu....

Adoihai...sebak lah pulak..

 Zaman play school. Anaqi ketika ini memang nampak chubby sikit. Suka makan. And suka bawa beg kereta warna merah. Dari kecil memang dah berdikari. Selalu kemas beg play school dia sendiri. Contoh masukkan 2 pasang baju dalam beg setiap hari. Tapi ada satu kisah yang memang saya tak dapat lupakan pada zaman umur dia 4 tahun. Balik sekolah, Anaqi berlari memberitahu saya "Mummy esok teacher pesan tak payah bawah spender dedet pegi school"....Hahahahahahahaha.... Dekat sebulan dedet dia tak hantar sampai pintu sekolah, hahahahahahahah.


 Ni zaman Anaqi masa 6 tahun. Rasanya award yang diterima hanya "Best attendance of the year"...Hahahahahah. Kiranya tak pernah ponteng sekolah jer, hahahahaha. Tapi ada juga kisah seram + kelakar masa Anaqi berusia 5 tahun. Pernah satu hari cikgu Anaqi call saya secara mengejut ketika saya sedang mengajar. Cikgu Anaqi memberitahu yang Anaqi telah menyumbat sesuatu dalam lubang hidung dia. So cikgu dia suspek butang baju sekolah. Terus saya ambil Anaqi dari sekolah bawa ke klinik dan telah dirujuk pada bahagian XRay.

Saya tanya Anaqi kenapa sumbat butang dalam hidung. Dia boleh jawab"Nak tahu boleh muat ke tak butang tu dalam lubang hidung"..Haishh Mujur tak ada perkara buruk berlaku. Tapi stress dan kelakar memang ada dalam satu masa. Siap naik ambulan klinik UIA lagi masa tu, hahahaha.

Ini masa Anaqi darjah 1. Selalu jadi model mummy untuk projek peraduan yang disertai oleh mummy. Zaman ni memang Anaqi sangat sporting untuk disuruh berposing. Kalau sekarang ni, haishhh jangan haraplah kan hahahahah

Ini gambar Anaqi masa darjah 5. Dah besar panjang. Masa ni badan Anaqi agak berisi jika dibandingkan sekarang memang jauh besar. Sekarang nampak lebih tegaplah dengan ketinggian dia hehehe. Walaupun dari kecil Anaqi personaliti sangat selamba, ada perangai ikut angin, sangat 'abang' (protective dan agak garang dengan adik2) tapi sebenarnya beliau ni sagat penyayang (hati tu penuh taman). Kalau kena marah, kuat juga merajuk Tapi bila mood dia OK, akan datang kat kita (mak ayah) duduk dan berbual dari hati. Sangat senang berkongsi cerita dengan Anaqi sebab beliau memang pendengar yang setia.


Ok,itu jer. Tiba2 terobek segala kenangan mengusik jiwa hehehe.

Koleksi Deko Marseille dari Avon | Estetika Chic Mewah Nan Bersahaja Ala Gaya Perancis

$
0
0

Rumah itu ibarat syurga diri dan keluarga, saya sentiasa mahukan semua ahli keluarga rasa selamat dan selesa setiap kali berada didalam rumah. Jadi apa yang saya perlu buat bagi menjadikan rumah itu seperti syurga ialah dengan memberi suntikan kekemasan dan kecantikan yang mempunyai nilai estetika yang begitu dekat dengan jiwa :-)

Dan saya sentiasa melihat koleksi terbaru dari Avon terutamanya untuk koleksi deko untuk kempen Hari Raya.  Untuk koleksi deko terbaru kali ini Avon memperkenalkan rangkaian  dekorasi moden-chic ala Perancis iaitu Marseille Home Decor·Collection. Gaya tatarias chic bersahaja Perancis, dengan menampilkan bungaan Eropah ala lukisan cat air yang menawan, dilatari rona biru lambang hamparan laut pesisir pantai kota Marseille.

Dari koleksi langsir dengan hiasan begitu menyejukkan mata, ke set hidangan kaca opal donakrilik, sehinggalah set kamar tidur ternyata setiap barangan dicipta untuk menyempurnakan dominasi putih dalam tatarias.

Jika korang suka rumah mempunyai dekorasi popular ala Scandi? Bolehlah guna palet warna Marseille yang cukup mudah dipadan dengan hampir semua gaya tatarias!


Marseille


Romantisme penuh sofistikasi terserlah pada koleksi langsir, sarung bantal don alas meja Maraseille. Rangkaian ini dihiasi mawar, peoni, lavendar dan bungaan desa. Ianya juga diperbuat dari fabrik poli-jacquard yang tahan lasak. la lembut don selesa, namun tidak mudah terkesan.


DELICIOUX ... Set Kaea Opal & Akrilik Marseille



Sediakan hidangan membangkit selera dengan set hidangan 20-keping dari kaca opal nan mempesona yang dihiasi bungaan Marseille. Kemudian, kita pikat hati tetamu dengan set balang kuih, jug dan juga bekas minuman serta tempat alas kek dari akrilik ala Kristal.


DORMEZ BIEN ... Set Kamar Tidur Bujang, Ratu & Raja Marseille

Jom manjakan diri dalam lena yang indah dengan kemewahan set gebar dan cadar katil Marseille. Diperbuat dari fabrik serat mikro yang sangat selesa. Setiap set menampilkan rekaan unik agar semua kamar tidur kita akan tampil dengan nilai estetik tersendiri.


Jom nuansa musim bunga ala Bourgeois di kediaman kita  bersempena dengan Aidilfitri tahun ini dengan Marseille Home Decor Collection, yang mana telahpun berada di pasaran pada 16 April 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau shop.avon.my. 

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866).

Jom Sertai Peraduan Yeo's Raya Bergaya

$
0
0

Bulan ramadhan setiap tahun sememangnya sangat dinantikan oleh semua masyarakat Islam. Di bulan yang mulia ini, selain daripada kita dapat merebut pahala daripada ibadah puasa, solat terawih dan sebagainya. Bulan ini jugalah adalah waktunya kita sering berkumpul bersama keluarga dan rakan untuk menikmati juadah berbuka mahupun bersahur. 


Dan yang bestnya bila dapat berkumpul bersama untuk berbuka ataupun bersahur dengan pelbagai juadah makanan yang akan dihidangkan. Bagi saya setiap juadah perlulah menjadi kegemaran keluarga dan mampu memberi kebaikan seperti kekenyangan yang berpanjangan serta baik untuk kesihatan. Yerpppp... saya sentiasa tidak lupakan air minuman dari Yeo's. Dengan pelbagai seleksi jenis rasa minuman segera yang ditawarkan memberi banyak pilihan memenuhi citarasa keluarga. Minuman ini juga begitu nikmat sekali jika dinikmati dalam keadaan sejuk. 


Bercerita tentang produk Yeo's yang korang boleh buat stok untuk bulan ramadhan ini, apa kata alang-alang dah membeli sertai sekali Peraduan Yeo's Raya Bergaya. Mana tahu ada rezeki boleh menang duit raya (200 pemenang tau!) ataupun jadi pemenang utama menang kereta raya. Perghhhh Protox X70 tu! Memang bertuah kalau kita dapat memilikinya. Hehehe.

Nak sertainya sangat mudah, caranya seperti berikut:-

Langkah 1:
Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau
Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s)
bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol.
(1 resit = 1 penyertaan peraduan)

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Langkah 2:
Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).

Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.

b) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:
Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873

Peserta Layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam
1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.

Langkah 4:
Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.


Korang perasan tak pembungkusan minuman soya Yeo’s di pasaran kini sudah berwajah baru. Ianya lebih cantik dan sangat praktikal. Untuk pengetahuan semua minuman soya Yeo’s telah didatangkan dalam pek botol yang melalui pemprosesan pengisian sejuk. Dengan teknologi ini ianya dapat mengekalkan kesegaran, tidak mudah tumpah, sangat praktikal kerana mudah alih serta senang untuk penyimpanan. Paling penting ianya botol yang boleh dikitar semula. Jadi pengenalan pembungkusan botol yang terbaru ini sangat menyokong kempen kesejahteraan bumi.



Jom dapatkan produk Yeo's di pasaran terutama minumannya. Dan nikmatinya bersama keluarga mahupun rakan sepanjang bulan ramadhan. Jangan lupa untuk sertai peraduan juga ya!


Peraduan Yeo's Raya Bergaya,
Ada rezeki boleh menang punya!

Starbucks Memperkenalkan Frappucino Terbaru Bersempena Dengan Musim Panas

$
0
0

Yuhuuuuu...seperti biasa setiap kali musim panas, Starbucks Malaysia pasti mengenalkan rangkaian minuman mereka yang terbaru. Dan kebiasannya minuman yang diperkenalkan adalah untuk satu tempoh masa tertentu.

Dan untuk musim panas kali ini 3 jenis minuman Frappucino telah diperkenalkan iaitu:- 

  • Triple Mocha Frappuccino® Blended Beverage
  • Dark Caramel Coffee Frappuccino® Blended Beverage
  • Mixed Berry Frappuccino® Blended Beverage with Pomegranate Pearls


Selain itu Starbucks turut memperkenalkan koleksi barangannya yang diinspirasikan daripada musim panas. Dengan sentuhan warna-warna ceria 'aloha', inspirasi kepulauan dan pokok tropika menjadikan koleksi terhad Starbucks ini begitu esklusif.

 
Starbucks juga mengumumkan kaloborasinya bersama jenama fesyen Vera Bradley untuk mengluarkan koleksi terhad yang cukup istimewa khas untuk pasaran Asia. Koleksi Starbucks® X Vera Bradley ini menawarkan bekas minuman yang dipenuhi warna ceria paisley dan rekaan bunga yang menyerlahkan tentang keyakinan dan bercita tinggi. Ini adalah sinonim dengan jenama Vera Bradley itu sendiri yang mengimbangi antara fungsi dan kecantikan, optimis dan kebahagiaan,  semangat dan ceria, menarik dan feminin. Dan koleksi ini boleh didapati bermula dari 16 April 2019 di Starbucks yang terpilih, terhad sehingga kehabisan stok.

Memang cantik dan menarik. Warna-warna lembut dan terang yang digunakan dalam setiap rekaan koleksi terhad dari Starbucks benar-benar mencuri perhatian saya.

Selain itu turut diperkenalkan adalah NEW Kopelani Blend, dengan rasa karamel dan kisaran biji kopi terbaik. Terdapat 2 varian iaitu:-



• Kati Kati Blend- Ramuan Kati Kati Blend diekstrak daripada citrus Africa. Kopi panggang yang diadun cukup sempurna, lembt dan kaya dengan rasa serta aroma.


• VIA Iced Coffee Blend- Kopi ais denan rasa citrus. Dengan sedikit sentuhan rasa gula tebu menjadikan ianya gabungan yang cukup sempurna. Ianya juga didatangkan dalam saiz VIA yang lebih praktikal dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Koleksi musim pana sini ditawarkan pada harga bermula dari RM52. Manakala untuk koleksi Starbucks® X Vera Bradley bermula dari RM58 ke atas. Kopi  (whole beans) pula ditawarkan pada harga RM40.

Untuk keterangan lanjut boleh layari : www.starbucks.com.my.

Tiga Sebab Utama Kenapa Saya Suka Shopping Barang Basah di Segi Fresh

$
0
0
Antara tempat yang membahagiakan orang perempuan selain daripada kedai emas 916 adalah pasaraya ataupun pasar yang ada menawarkan pelbagai jenis sumber makanan yang segar, halal dan murah. Ini kerana kebanyakan misi hidup wanita yang mempunyai keluarga selain daripada mengemas dan membersih, memasak juga antara hobi yang tiba-tiba wujud dalam diri mereka.

Dan wanita hari ini saya percaya adalah sebahagian komuniti yang berpegang dengan prinsip 'jadilah pengguna yang bijak, manfaatnya yang banyak'...tibehhh masuk kempen kerajaan pulak, haishhh. Jadi saya sebagai wanita kelompok itu sentiasa mencari yang terbaik untuk keluarga saya. Antara pasaraya yang saya kerap kunjungi untuk membeli barangan keperluan rumah adalah Segi Fresh Market. 

Ahah! Antara sebab asbab utama kenapa Segi Fresh Market sentiasa menjadi pilihan saya ialah:-

1. Kesegaran
2. Murah dan berbaloi
3. Keselesaan. Semuanya di bawah satu bumbung

Iyerrr... Meh saya kongsikan pengalaman saya ketika berbelanja di sini. Kenapa best sangat Segi Fresh Market di pandangan mata saya.

  • Kesegaran produk bahan mentah. 
Saya ni memang pantang kalau jumpa bahan masakan yang segar. Memang saya akan teruja nak membelinya. Sebabnya saya memang suka memasak di rumah. Nak bahagiakan perut ahli keluarga gitohh. Selalunya saya akan ke pasar borong. Bayangkan seawal 4 pagi, kami laki bini tinggal anak di rumah hanya untuk membeli barangan dapur yang segar-segar.


Tapi bila saya mula mengenali Segi Fresh Market dan berbelanja di situ, saya bandingkan kesegaran produk adalah sangat sama. Jadi kenapa perlu saya bersengkang mata bangun seawal pagi untuk mendapatkan produk berkualiti dan segar sedangkan d Segi Fresh Market kita boleh datang pada bila-bila masa di sebelah siang ataupun malam.

Saya memang kadang-kadang agak nampak 'over' ketika pilih buah tembikai.

Terdapat sumber makanan seperti sayuran hijau yang segar bugar seperti baru petik dari kebun. Begitu juga dengan buah-buahan yang banyak pilihan jenis. Semuanya seperti baru dikutip dari ladang. Dan juga daging merah dan ayam segar yang di sembelih secara halal dan paling mengujakan hidupan laut. Pilih sahaja ikan jenis apa yang kita mahukan hampir semuanya ada di jual di sini. Paling penting semuanya segar, seperti ikan ditangkap nelayan yang baru naik ke jeti.

Fresh dari kolam, ekeke

Kambing bakar anyone??

Bahagian-bahagian daging yang dijual berasingan, memudahkan kita memilih dan membuat keputusan.

Antara yang saya suka kongsikan dengan korang semua adalah telur dari jenama in house mereka sendiri iaitu Segi Fresh. Jika diamati telur tersebut memang fresh (keadaan telur yang masih ada bulu ayam dan sedikit kotoran) tanpa expired date hokeh! Memang kalau berbelanja biarpun hanya membeli telur, jika dapat yang betul-betul segar seperti baru di kutip dari reban itulah yang pasti menjadi pilihan kita. Betul tak? Agak 'rare' kerana kebanyakan di pasaraya besar tidak menawarkan telur segar seperti ini.


Lepas pilih telur sepapan, pekerja Segi Fresh Market akan tolong bungkuskan telur kita itu. Memang mudah nak kita bawa balik ke rumah nanti.
  • Harga murah dan berbaloi. Boleh tepuk dahi tengok berkali-kali pada harga yang ditawarkan.
Memang tidak dinafikan setengah barangan makanan adalah dibawah harga kawalan. Namun apa yang saya suka di Segi Fresh Market, kebanyakan harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan agak murah. Ini adalah melalui perbandingan harga yang biasa saya lakukan setiap kali berbelanja.

Yer awak, betapa bahagiakan wanita itu bila dapat beli 2 ekor ayam yang sedang-sedang besar pada harga RM14 sahaja...

Contohnya seperti ayam segar, saya boleh dapatkannya pada harga RM4.99 sekilo* . Begitu juga dengan harga telur untuk gred B, tidak melebihi RM10. Sila bandingkan dengan pasaraya lain, serius memang berbeza sangat.

Dan saya perhatikan untuk barangan dari label Segi Fresh harganya memang jauh lebih murah. Contohnya harga buahan yang sempat saya borong baru-baru ini. Untuk buah oren segar dalam RM5.90 untuk seplastik ada dalam (7-8 biji) begitu juga dengan buah epal. Dan ianya memang manis korang!! Biarpun murah, kualiti buahan tetap tip top. 
  • Semuanya di satu bumbung. Sangat selesa dan mudah terutama bagi ibu seperti saya yang setiap kali keluar shopping barangan keperluan rumah kena heret 5 anak. 

"Convenient" is a must! Saya paling pantang nak cari barang dapur kena masuk lebih dua pasaraya. Gilo apo. Gegeh sangat berbelanja menghabiskan duit suami. Jadi bila saya datang Segi Fresh Market ni, memang sangat senang dan pantas dalam mebuat pencarian dan perbelanjaan. Maknanya misi mencari barangan memasak di rumah selesai untuk satu tempoh masa yang tidak lama. Sebab semuanya ada di sini.

Dan susunan serta perletakan barangan dapur agak mudah teratur. Sekali pandang sudah tahu mana tempat ikan, dimananya lokasi jagung mahupun telur ayam. Sebab ianya diletakkan didalam satu ruang yang luas, selesa dan di aras yang sama.

Bawang kat sini, serius murah!!!

Banyak giler pilihan udang kering dan ikan bilis. Rambang mata nak memilihnya :p

Oh ya! Di Segi Fresh Mart juga mempunyai barangan kering, barang penjagaan rumah dan badan juga. Bukannya semata-mata menjual barangan basah sahaja. Jadi, memang senang kita nak buat bajet perbelajaan rumah setiap kali keluar belanja sebab semuanya akan keluar didalam resit yang sama- Segi Fresh Market!

Buat peniaga, memang saya sarankan korang datang berbelanja di sini. Sebab rata-rata produk memang dijual pada harga borong. Memang penjimatan banyak melalui pembelian yang bijak!

Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh layari :-

Website : www.segifresh.com
Facebook : www.facebook.com/segifresh
Instagram : www.instagram.com/segifreshmarket

Dengan 32 cawangan di seluruh Malaysia, memberi kemudahan serta peluang untuk masyarakat Malaysia berkunjung dan berbelanja barangan rumah di Segi Fresh Market. 

Jom "Pilih Segar , Pilih Segi"..Confirm puas hati, datang sekali akan datang repeat berkali-kali. Hehe.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEPADA SEMUA WAKIL JUALAN TERTINGGI MEERACLE

$
0
0
MEERACLE, satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran mengadakan majlis penyerahan kunci kereta Mercedes-Benz kepada semua wakil jualan yang telah mencapai sasaran jualan sepanjang kempen #menjadidenganmeeracle yang telah dilancarkan pada bulan Julai tahun 2018. Majlis eksklusif ini diadakan pada 28 Mac 2019 di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Puan Meera Nordin (Pengasas Meeracle)dan Puan Siti Azlina Md Halil (Master Stokis Meeracle)

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membuktikan bahawa pihak syarikat sangat komited di dalam memperkasakan wakil jualan MEERACLE. Pihak syarikat berharap semua wakil jualan akan lebih bersemangat untuk memajukan diri dan bersama berusaha mencapai misi syarikat pada tahun 2019.


Aksi Puan Siti Azlina Md Halil (Master Stokis Meeracle) mencuba kereta barunya

Majlis ini dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin dan diteruskan dengan majlis penyerahan kunci kepada kesemua wakil jualan yang telah memenangi Mercedes-Benz tersebut.

Puan Meera Nordin (Pengasas Meeracle) dan para Master Stokis Meeracle yang memenangi kempen #menjadidenganmeeracle :-


1. Puan Masdiana Mohamadiah
2. Puan Siti Azlina Md Halil
3. Puan Meera Nordin (Pengasas Meeracle)
4. Puan Nazariah Mohd Shah
5. Puan Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman


Kempen #menjadidenganmeeracle ini telah dijalankan selama 7 bulan bermula dari Julai 2018 ke Januari 2019. Kempen ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan galakkan kepada semua wakil jualan untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

Ketua Unit Pemasaran MEERACLE, Cik Fitrah Ahmad menjelaskan dalam satu temubual bersama media bahawa kempen #menjadidenganmeeracle akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan MEERACLE akan berjaya memenangi kereta mewah yang dianggarkan RM9,000,000 pada tahun 2019 secara keseluruhannya.

Ini bermakna, MEERACLE akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi MEERACLE iaitu untuk memperkasakan para wanita daripada segi sosial dan ekonomi bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain.

MEERACLE juga akan terus menguasai industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik

Lebih 40 Hidangan Hebat di Buffet Ramadhan di Me’nate Steak Hub

$
0
0
Menikmati hidangan Me'nate sememangnya mengingatkan saya terus pada ayat 13 surah Ar-Rahman.."Maka nikmat Tuhanmu manakah yang harus kau dustakan"

Serius! Kesedapan teruk hidangan daging premium di Me'nate Steak Hub itu tiada bandingannya. Apatah cara masakan dan teknik yang betul menjadikan hasil hidangan yang terakhir begitu superb. Tidak hairanlah mengapa dan kenapa jenama Me'nate Hub Steak ini cukup popular di bibir-bibir peminat masakan daging. Kualiti setanding dengan harga yang ditawarkan tau.
Dan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan menawarkan promosi ramadan yang cukup istimewa buat pelanggannya. Untuk tahun 2019 pihak Me'nate masih mahu mengekalkan bufet ramadan untuk berbuka puasa dengan harga yang masih sama pada tahun sebelumnya dengan pilihan lebih 40 menu hidangan dari pelbagai jenis makanan yang begitu menyelerakan. Serius banyak pilihan menu tau korang! Memang rambang mata nak pilih hidangan mana yang hendak dirasai dulu ketika waktu berbuka.

Ayam golek, perghhhh...cantik betul kejadiannya

Dibakar dan dipanggang panas-panas hidangan dagingnya..

Selesa dengan konsep tradisi, Me’nate tetap menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian. Walaubagaimanapun saya tetap rasakan buffet ramadhan Me'nate ini begitu istimewanya kerana adanya Kambing Golek khas untuk para pelanggan yang datang berbuka. Seperti saya memang akan mencari masakan daging shabu yang dihiris nipis, dinikmati begitu sahaja sudah memberi kepuasan di jiwa.

Antara masakan barat yang wajib korang cuba bila berbuka di Me'nate adalah seperti hidanagn berikut:-

Lamb Shabu- feveret!!

Ribs

Beef Meatball in Creamy Pepper Sauce

Fettuchini and Mushroom Carbonara

Penne Creamy Chicken Pesto

Spaghetti Arabiata

Spaghetti Beef Aglio and Olio

BBQ Chicken Wing

Deep Fried Chicken Drummet with Ranch Dressing

Chillean Black Mussel with Tomato Sauce

Potato Salad

Pelbagai jenis pizza dan salad yang menggiurkan :-)

Sememangnya semua hidangan barat yang ditawarkan memang benar-benar menyelerakan!!

Selain menu masakan barat,  Me’nate juga ada menawarkan menu makanan tempatan yang sentiasa diinginkan ketika bulan ramadhan. Antara hidangannya seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow digoreng panas -panas dan pelbagai lagi. Korang kena cuba nasi tomato di Me'nate memang sangat sedap! Dua kali saya menambah ya!!


Nasi tomato

Ayam masak merah

Acar timun

Dalca

Papadom

Gulai Kambing

Masakan panas-panas, mee goreng dan kue teow goreng

Laksa Penang


Tidak dilupakan hidangan pencuci mulut seperti kek, kuih-muih tempatan dan buahan. Memang wajib ada sebagai pelengkap hidangan. Kuih tradisi yang agak sukar didapati kini boleh didapati di Me'nate istimewanya di sepanjang bulan ramadhan ini.


Kek dan kuih-muih tempatan

Buah-buahan segar





Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef profesional yang cukup  berpengalaman. Apa yang penting setiap pilihan menu yang ditawarkan adalah memenuhi gastronomi citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.

Oh ya korang! Pakej Bufet Ramadhan ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran.

Esklusif buat pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me'nate, boleh membuat tempahan hidangan pada jam 8.30 malam ke atas. Ini kerana Restoran Me'nate tetap meneruskan tawaran hidangan ala carte seperti hari biasa.



Antara hidangan ala-carte yang boleh dicuba seperti berikut :-









Kelainan dan keistimewaan RAMADAN 2019 kali ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana 1 set boleh dimakan 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan dan setiap pakej tersebut boleh dinikmati seisi keluarga.

Jangan terkejut sebab terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan pelanggan untuk set hidangan ini akan diberikan akses secara PERCUMA ke hidangan bufet pemanis mulut. Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya tetap mengekalkan kualiti  daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate. Pelanggan yang biasa dan pernah menikmati hidangan di Me'nate pastinya akui tentang kehebatan cara daging dipilih dan dimasak.

Disediakan juga minuman panas dan sejuk untuk pelanggan-pelanggan yang datang berbuka di sini,
Minuman panas seperti kopi 'O' dan teh 'O'

Minuman sejuk seperti air bandung dan air jagung.

ABC tidak pernah dilupakan. Sering menjadi tumpuan sebagai pemanis mulut.

Saya memang sangat rekomenkan untuk pelanggan yang berkeluarga untuk membawa ahli keluarga ke sini dan rasai sendiri pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak. Sekali-sekala kita raikan dengan penuh rasa cinta berbuka puasa dengan masakan terbaik bersama keluarga. Ini sememangnya meninggalkan momen yang cukup bermakna dan istimewa.


Ramadhan tahun ini sebenarnya lebih meriah. Ini kerana Me’nate telah melantik dua selebriti yang terkenal di Malaysia sebagai IKON ME’NATE. Perlantikan ini adalah bertujuan untuk membantu mempromosikan PAKEJ RAMADAN BUFET dan FAMILY PLATTER. Ikone Me'nate 2019 adalah Shukri Sahar atau dikenali sebagai Shuk Raja lawak dan penyanyi serta pengacara Elly Mazlein atau popular dengan gelaran ‘Kak Lina Pompom’. Ramai juga peminat menggelarkan mereka papa dan mama. Cute kan, heheheh.


Untuk pengetahuan semua pemilihan dua selebriti ini adalah disebabkan keserasian mereka apabila bekerja bersama. Oh ya! Saya juga sempat menyaksikan kehebatan Syuk bergandingan Kak Lina Pom Pom menunjukkan skill mereka didalam sesi memasak masakan makanan barat secara live. Memang kelakar dengan aksi sempoi dua Ikon Me'nate ni. Kejang perut duk gelak bila menyaksikan karenah mama dan papa ni.

Nak war-warkan juga sebenarnya Me’nate juga menjemput sekiranya ada syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Me’nate sepanjang bulan ramadhan ini. Contohnya kalau nak diadakan seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya. Ada diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat. Kiranya ini salah satu kerjasama bagi melaksanakan projek CSR, berkongsi dengan rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Kalau korang teringin nak berbuka di Me'nate, korang boleh pilih untuk berbuka samada mana-mana 5 cawangan Restoran Me’nate Steak Hub yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta di selatan negeri iaitu Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Setiap restoran boleh menempatkan sehingga 300 pax untuk satu-satu masa kecuali untuk cawangan Ampang hanyalah muat untuk 150 pax sahaja.

Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa. Jadi kita tidak perlu risau untuk menunaikan kewajipan solat dan pada masa yang sama dapat berbuka puasa bersama orang yang tercinta.

Wajah ceria wanita bahagia,
Bila dapat berbuka di Me'nate,
Pelbagai juadah memikat selera,
Nikmat berpuasa hilang segala letih!

Keterangan lanjut boleh klik pada pautan sosial media Me'nate Steak Hub :-)

EMHub | hab e-dagang pertama di Malaysia

$
0
0
Projek EMHub yang terletak di Selangor Science Park 1 Kota Damansara Selangor telah dibangunkan oleh SCland Developement Sdn Bhd sebuah anak syarikat di bawah Alcom Group Berhad.
Projek bernilai RM600 juta berkeluasan 9.4 ekar dengan 6 tingkat hub perdagangan dijangkakan akan siap pada tahun 2022. Apa yag menarik rekaan inovatif EMHub yang cukup versatil menggabungkan pejabat duplex, bilik pameran duplex dan gudang duplex sesuai untuk pelbagai jenis bisnes yang dijalankan. Ianya terdiri daripada dua blok, Hub 1 dan Hub 2 dengan 247 unit runcit dan pejabat yang akan dibuka untuk jualan. Keluasan setiap unit adalah antara 2,196 kaki persegi dan 4,014 kaki persegi bergantung kepada aras unit tersebut.

 
Dan Projek EMhub telah menerima Sijil Hab E-Dagang Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC). Dan sekaligus menjadikan EMHub sebagai yang menawarkan pusat penyelesaian sehenti yang dilengkapi kemudahan kepada penjual untuk memiliki gudang, bilik pameran dan pejabat di bawah satu bumbung sambil mengendalikan perniagaan mereka secara dalam talian.

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari berkata pengiktirafan yang telah diberikan merupakan langkah penting dalam usaha negeri Selangor ke arah segmen Runcit Baharu dengan Dalam dan Luar Talian (O2O) dan perniagaan Gabungan Dalam dan Luar Talian (OMO) yang semakin hari semakin berkembang.

Selain menyediakan kemudahan infrastruktur dan keupayaan e-penunaian, pihak SITEC turut memberi kemudahan ekosistem ekonomi digital termasuk gerbang pembayaran, perkhidmatan logistik atau pasaran dalam talian serta kapasiti pembangunan tenaga kerja seperti kelas e-dagang, program pemecut (perniagaan), ruang kerja dan pelbagai lagi,

Dengan pembinaan EMHub juga membolehkan perniagaan tradisional terlibat dalam ekosistem perdagangan e-dagang dan mampu merentas sempadan. Selain iti pihak SITEC akan memberi sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.

Pengerusi Alcom Group Bhd Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan bahawa EMHub merupakan ruang terbaik untuk syarikat kecil niaga atau bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berminat untuk menyebarkan perniagaan mereka kepada e-dagang. Apatah lagi EMHub menyediakan segala kemudahan e-dagang contohnya sokongan jalur lebar optik berkelajuan tinggi, memastikan keselamatan sepanjang masa, bekalan tenaga yang stabil dan banyak lagi.

Pengarah Urusan SCland Datuk Tony Lim turut berkongsi mengenai EMHub, menurut Datuk Tony selain bilik mesyuarat pelbagai saiz dan dewan pelbagai fungsi di ruang atas bangunan, EMHub juga ada menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi dan gaya hidup seperti taman, bilik permainan, gimnasium di ruang atas selain gelanggang bola keranjang untuk penyewa untuk berehat dan bersantai.


Dengan terbinanya EMHub ini sekaligus menjadikan Selangor sebagai hab perdagangan global bandar  pintar. Dan tidak dinafikan EMHub ini juga dapat menggalakkan lebih banyak peluang dan kemajuan ekosistem ekonomi digital yang lebih kondusif.

Tak sabar menantikan pembukaan EMHub pada tahun 2022 nanti!

CITARASA DUA SEMPADAN DI BUFET RAMADAN LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

$
0
0

Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam. Seperti tahun-tahun sebelumnya Laman Kayangan turut menawarkan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini.


Saya cukup sukakan konsep terbuka seperti ini. Terutamanya bagi mereka yang datang secara beramai-ramai menikmati hidangan seperti ini memang selesa. Hendak mengambil makanan juga agak mudah, tidak perlu bersedak-sesak.

Terdapat lebih kurang 80 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan 2019. Pastinya hidangan Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.


Juga menampilkan pelbagai menu yang menarik dari Utara semenanjung Malaysia hingga ke Selatan Thailand yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata. 

Hidangan istimewa yang ditawarkan di bufet ramadhan Laman Kayangan Shah Alam seperti:-


Kambing bakar




























 Pilihan minuman banyak juga,,,Fuhhhh

 ABC....feveret semua...


Harga Bufet Ramadan 2019 yang ditawarkan adalah seperti berikut :-


Early Bird ( pembelian awal sehingga 28 April 2019 )
RM 59 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM 69 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak / warga emas


Terdapat juga pakej yang dibuka untuk pihak korporat. Antara pakej yang ditawarkan seperti berikut:-

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)

1. BELI 50 MEJA
PERCUMA :
 5 MEJA
 5 PAX
 5 SETTING MEJA VIP
 500 CENDERAHATI ISTIMEWA
 5 HAMPER
 1 BACKDROP 10’X10’
 PENGGUNAAN PA SYSTEM & PROJECTOR

 DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA.

2. BELI 40 MEJA
PERCUMA :-
 4 MEJA
 5 PAX
 4 SETTING MEJA VIP
 400 CENDERAHATI ISTIMEWA
 4 HAMPER
 1 BACKDROP 10’X10’
 PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
 DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

3. BELI 30 MEJA
PERCUMA :-
 3 MEJA
 5 PAX
 3 SETTING MEJA VIP
 3 HAMPER RAYA
 1 BACKDROP 10’X10’
 PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
 DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

4. BELI 20 MEJA
PERCUMA :-
 2 MEJA
 5 PAX
 2 SETTING MEJA VIP
 PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
 DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

5. BELI 10 MEJA
PERCUMA :-
 1 MEJA
 5 PAX
 DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, korang boleh hubungi:-

En Azahari
019-2331351

Pn Hasmal
019-2503090 / 012-2533973

Facebook: Buffet Ramadhan Malaysia
Instagram: @buffetramadhanmalaysia

#bufetramadan 
#Ramadanbuffet 
#bufetramadanshahalam 
#lamankayanganshahalam
 #ramadan2019

Chriszen Match Matte Serum Foundation | Bedak Asas Dengan Serum

$
0
0

Rasanya semua orang mahu kelihatan menarik dan berseri-seri. Apatah lagi pada masa yang lama kita bukan hanya boleh menjaga bahkan dapat mencantikkan lagi kulit wajah secara semulajadi. Jenama lokal Chriszen yang mula diperkenalkan pada Januari 2014 kini hadir memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Chriszen Match Matte Serum Foundation bagi memenuhi kehendak pengguna produk kecantikan wajah hari ini.

Chriszen Match Matte Serum Foundation diformulasi daripada 11 bahan terbaik seperti ekstrak bearberry, oat, red sea algae, liquorice root, vitamin B3, frangipani, trehalose, fucogel, aloe vera, madu Manuka dan ekstrak witch hazel. Nah! tidak hairanlah dengan 11 kebaikan asas dapat memberikan apa yang kulit wajah perlukan iaitu hidrasi, cerah, anti-oksida dan melindungi serta membebaskan kulit wajah daripada radikal dan juga anti-penuaan (meremajakan kulit).

Sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Chriszen Match Matte Serum Foundation menawarkan pelbagai pilihan ton warna masyarakat Asia.

Antara 5 ton warna yang ditawarkan adalah Natural Ivory, Light Beige, Nude Beige, Natural Beige dan Rich Honey. Memang cantik-cantik semua warnanya. Namun kita pilih perlulah sesuai dengan kulit wajah sebenarnya.

Disebabkan kulit wajah saya agak gelap. Jadi saya telah direkomenkan dengan 2 warna ini iaitu Rich Honey ataupun Natural Beige. Walaupun jika dilihat dari luaran mata kasar  nampak sama tetapi sebenarnya ianya sangat berbeza.

Sapuan Chriszen Match Matte Serum Foundation Rich Honey pada kulit menampakkan sangat semulajadi pada kulit saya.

Manakala Chriszen Match Matte Serum Foundation Naturel Beige nampak lebih sedikit cerah.

Jadi pada mulanya saya merasakan warna Rich Honey adalah paling tepat untuk saya.

Namun setelah dicuba seluruh muka didapati Natural Beige lagi menampakkan wajah saya lebih berseri dan cerah. Saya sendiri telah mencuba produk ini dan memang saya gembira dengan hasilnya. Paling penting sangat mudah untuk meratakan keseluruhan wajah (blend). Kulit juga terasa lembut selepas menggunakannya.

Tadaa!! Ok tak? Heheheh. Hanya sapu Chriszen Match Matte Serum Foundatio bersama lipstik, nah kita sudah bersiap untuk keluardaripada muka. Mudah dan tidak mengambil masa yang lama. So korang boleh dapatkan produk Chriszen Match Matte Serum Foundation di kaunter-kaunter produk kecantikan GUARDIAN di seluruh Malaysia. Harganya adalah RM56.90 (Semenanjung) dan RM65.90 (Sabah dan Sarawak).

Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-
www.chriszen.com
www.facebook.com/chriszenofficial
www.instagram.com/chriszen_official

  Jom cantik bersama Chriszen Match Matte Serum Foundation!!!

N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd Kontraktor Rumah Yang Mampu Realisasikan Rumah Impian Anda!

$
0
0
Memiliki rumah idaman pada bajet yang kita mampu sememangnya menjadi impian semua orang. Apatah lagi rekaan dan senibina rumah adalah hasil idea kita sendiri samada keseluruhan mahupun sebahagian. "Rumahku syurgaku" perumpamaan yang sering diungkapkan betapa keinginan seseorang itu menjadikan tempat tinggal yang didiami sebuah syurga bukan hanya untuk dirinya bahkan untuk ahli keluarganya yang lain.

Ini terutamanya pada mereka yang sedia ada mempunyai tanah sendiri di lokasi tertentu dan ingin sebuah rumah dibangunkan sesuatu. Dan saya memang sangat merekomenkan syarikat kontraktor rumah N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd yang telah diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman. Untuk pengetahuan semua N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd kerupakan kontraktor reka dan bina bagi binaan banglo di sekitar Selangor dan juga sebahagian Negeri Sembilan. Kontraktor ini telah berdaftar dengan CIDB G5 (bagi kerja binaan bawah RM 5 juta) dengan modal dibenarkan RM 500000.00 .


Jika sebelum ini N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd banyak memberi tumpuan kepada projek kerajaan persekutuan dan negeri serta swasta seperti baik pulih sekolah, membina bangunan tambahan sekolah, kerja pembersihan, membina jeti, membina kediaman perumahan, baik pulih bangunan kerajaan dan lain-lain kerja berkaitan. Namun pada tahun 2009, NAS Nuri Construction Sdn Bhd diwujudkan bagi menumpukan pada binaan rumah banglo milik persendirian. Siapa yang teringin nak buat rumah atas tanah sendiri, Nas Nuri Construction boleh membantu.

Pengalaman N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd dalam membina dan juga renovasi rumah cukup banyak. Bermula penghujung 2009 sehingga kini N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd terlah terlibat lebih 100 projek.

Secara spesifiknya, N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd telah berjaya menyiapkan; 90 buah banglo secara keseluruhannya yang mana hanya 15 buah saya untuk setiap tahun. Ini adalah bagi menjaga servis dan kualiti pembinaan sepertimana yang diharapkan oleh pelanggan. Apa yang lebih menarik pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd turut menawarkan 3 tahun waranti bagi struktur rumah yang mereka bina. Dan mereka juga menumpukan hanya 2 kawasan negeri sahaja iaitu Selangor dan Negeri Sembilan. Sangat menarik bukan??

Saya dan suami sendiri mengimpikan sebuah rumah yang selesa dan mengikut rekaan senibina bentuk rumah yang diidamkan. Memandangkan N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd bukan hanya boleh membina rumah bahkan membuat renovasi juga jadi agak mudah sebenernya untuk berurusan bagi mendapatkan rekaan struktur dan renovasi yang kami inginkan. Ini kerana kita hanya perlu "deal" dengan satu kontraktor sahaja tanpa melibatkan banyak pihak. Agak mudah untuk kita membuat pengiraan mengikut bajet mengikut keinginan rekaan yang kita inginkan. Dan biasanya kita perlulah mengikut kemampuan juga, hehehe.

Saya juga difahamkan skop kerja yang diaturkan di N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd sangat kemas dan teratur. Contiohnya untuk segala kerja binaan ditapak akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh 2 pegawai, iaitu pegawai teknikal (struktur binaan rumah) dan juga pegawai kemasan (bagi kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan juga material kemasan tapak). Dan setiap pekerja binaan akan dibahagikan mengikut kemahiran masing-masing dari permulaan kerja hingga selesai (tiada pekerja yang sama akan kekal di tapak hingga akhir). Bagi memastikan kelancaran pembinaan projek, setiap perjalanan kerja akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh pegawai bertanggungjawab. Paling penting segala urusan pembelian barang ditapak diuruskan staff kewangan di pejabat. Ini bagi memastikan rekod pembelian dan pembinaan sentiasa konsisten.

Saya juga sempat melihat contoh-contoh projek yang telah siap dan dikongsikan oleh pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd di laman FB mereka. Antaranya adalah satu projek membina rumah banglo di Bangi. Dengan kos anggarahan sebanyak RM420 ribu, saiz binaan rumah 2800kps (anggaran).

Spesifikasi:

• Kemasan lantai bertile. Bagi bilik air dan dapur adalah tile dinding penuh.
• Bata bagi dinding digunakan jenis bata merah dengan wire mesh.
• Struktur reinforced concrete(ikut structure drawing), Ketinggian dalam rumah (lantai-siling) 10.5Ka
• Kuda-kuda (truss) jenis zincalumn
• Bumbung jenis genting jenama monier dengan double sided aluminium foil
• Siling jenis plaster ceiling dengan cornish (pemasangan oleh specialist ceiling plaster)
• Tingkap jenis aluminium casement NB
• Pintu bilik dan bilik air jenis solid decorative (alatan kunci brand St Guchi/Greset) (pintu dipasang oleh specialist).

Bukan itu sahaja, jika kita sebagai pelanggan tentunya berpuas hati apabila pihak kontraktor rumah dapat menawarkan bukan hanya servis terbaik bahkan secara terperinci menjelaskan kita jenis bahan yang digunakan dalam sepanjang pembinaan rumah tersebut. Contohnya untuk projek ini pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd  telah menggunakan cat luar jenis tahan cuaca dan dalam rumah jenis Nippon Matex dengan sealer istimewa (jenama Nippon dan setara) dan sealer jenama Jotun. Bahkan sebahagian dinding diberikan kemasan skim coating manakala pintu akan di syelek oleh pakar. Wah! Ini bukan kerja biashe-biashe. Memang mereka yang pakar akan melakukannya.

Infrastruktur di bahagian luar juga diambil berat. Ini termasuklah pembinaan longkang dan kaki lima di sekeliling rumah serta tangki air jenis polythene. Selain itu pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd  turut membuat rawatan anai-anai biasa ini bagi memastikan pembinaan rumah kukuh dan tahan lama. Paling best! Waranti kemasan 12 bulan dan struktur binaan rumah 36 bulan akan diberikan oleh pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd.

Dan korang boleh melihat sendiri contoh-contoh pembinaan rumah dan projek renovasi yang telah mereka jalankan di laman FB - https://www.facebook.com/NAS-Nuri-Construction-Sdn-Bhd-298134537338/ . Boleh dapat ilham juga. Dan segala penerangan yang diberikan sangat 'transparent'

Dan bila kilta lihat sendiri respon yang diberikan daripada pelanggan semuanya sangat positif. Antara komen yang sempat saya screenshot dari FB N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd adalah seperti berikut:-



Dan saya dan suami sendiri sudah berkira-kira hendak menambaik rumah sedia ada untuk membuat renovasi rumah di bahagian dapur. Jadi hasil daripada pencarian saya dan suami, syarikat N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd pastinya menjadi pilihan kami. Serius! Kami memang sedang mengumpul bajet ke arah itu. Apatah keazaman untuk memiliki rumah idaman semakin tinggi melihat kepada projek-projek reka dan bina dari syarikat tempatan ini.

Jika korang berminat hendak mendapatkan keterangan lebih lanjut bolehlah hubungi pihak N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd ya!

NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Malaysia




019-348 7372 -Encik Fairul
03 33923478 - pejabat
sales.nasnuri@gmail.com
Boleh juga layari laman web dibawah :-

Laman web: www.nasnuri.com
Blog rasmi: www.dawaibesi.com

Nak kerja dan servis reka dan bina rumah terbaik bolehlah hubungi N.A.S Nuri Construction Sdn Bhd. InsyaAllah, kita akan puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Moga kita semua boleh memiliki rumah seperti syurga dunia untuk diri dan keluarga diami.

Promosi Hebat Bersempena Bulan Ramadhan di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

$
0
0

Bulan ramadhan makin hampir dan saya percaya ramai antara kita yang sibuk menguruskan keperluan untuk berpuasa seterusnya Hari Raya. Saya seperti ibu dan wanita yang lain juga, begitu teruja menantikan bulan ramadhan, bulan yang kita berlumba-lumba mengutip pahala. Dsn pada bulan inilah saya akan bangun lebih awal dari biasa iaitu seawal 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur, seterusnya pada waktu petang juadah berbuka.

Orang kata, tidak meriah rasanya kalau tidak berbaju cantik dan baru di pagi raya. Kalau ada duit lebih juga bolehlah menambah apa yang patut barangan rumah. agar tampil lebih ceria. Al-maklumlah lepas raya pasti ramai yang akan datang ziarah ke rumah kita. Tapi, belanja kenalah berpada-pada. Mengikut bajet yang ada.

Dan bercakap tentang bajet berbelanja, memang Lulu Hypermarket sentiasa menjadi pilihan saya dan keluarga. Korang pun perasan kan, saya memang suka berbelanja di Lulu, hehehe.

Istimewanya untuk ramadhan tahun ini, Lulu Hypermarket Kuala Lumpur telah mengadakan 4 promosi yang sangat menarik. Antaranya ialah:-

1. Jualan Ramadan (1 May – 10 June 2019)
2. Bazar Raya (sehngga 21 May 2019)
3. Peraduan Dream Drive (1 May – 1 September 2019)
4. Promosi Mingguan (hujung minggu)

So korang, jangan lepaskan peluang untuk datang berbelanja di sini tau!

1. Jualan Ramadan(1 May – 10 June 2019) 

Tawaran potongan sehingga 70 untuk produk fesyen, kasut, beg tangan, elektronik/IT, telefon bimbit, barangan rumah, barangan hiasan, permainan kanak-kanak dan bagasi. Banyak pilihan barangan sebenarnya. Memang rambang mata nak memilih. 

Seperti biasa memang saya rekomen mereka yang mencari kain saree. Di Lulu bukan hanya ada banyak pilihan kain saree pelbagai corak dan rekaan. Hargaya sebenarnya juga sangat berpatutan.

Begitu juga dengan pilihan baju kurung. Samada tradisi mahupun moden dengan pelbagai warna dan rekaan menarik memberi kita banyak pilihan.

Di musim bulan ramadhan buah kurma (dates) antara yang menjadi tarikan. Menariknya kurma di Lulu Hypermarket diimport dari pelbagai negara. Antara kurma yang ditawarkan di Lulu seperti Ajwa, Kudhri, Mejdoul dan pelbagai jenama kurma premium yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.


Selain itu, ayam panggang di Lulu Hypermarket jug asangat enak tau! Paling penting harganya murah. Memang jimat banyak kalau kita beli sebagai juadah berbuka puasa.


Oh ya! Saya juga sempat memborong perkakasan membuat biskut dan kek di sini. Dari jenis tembaga sehinggalah yang plastik. Semuanya ada di jual di sini. 

2. Bazar Raya (until 21 May 2019) 

Bazaar Raya Lulu Hypermarket terletak di Aras 2 di Bahagian Promosi yang mana kita boleh dapatkan semua keperluan barangan raya di sini. Terdapat pelbagai barangan berjenama kelengkapan rumah, produk elektrik, bagasi dan kasut dijual harga promosi. Jadi kalau korang mencari peralatan elektrik jenama  Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan sebagainya, ahah jangan lupa datang ke Aras 2 Lulu Hypermarket.






Saya memang tengah mencari pengandun kek. Jumpa di sini terus rembat satu!

3. Dream Drive Contest (1 May – 1 September 2019) 


Setelah kejayaan penganjuran Peraduan “Shop & Win” pada tahun lepas. Untuk tahun ini Lulu Hypermarket sekali lagi menganjurkan peraduan yang sama. Ini adalah bagi menghargai kepada pelanggan-pelanggan seetianya yang datang berbelanja di sini. Apa yang menarik untuk tahun ini, hadiahnya lebih hebat daripada tahun lepas. Sebanyak 2 biji kereta Proton X70 sebagai hadiah utama. Terdapat juga hadiah lain yang tidak kurang juga hebatnya seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan voucher Lulu. 

Caranya mudah sahaja:-
a. Belanja minimum RM75 didalam satu resit Lulu Hypermarket & Department Store (resit mestilah diantara tarikh promosi sedang berlangsung)
b. Dapatkan kupon cabutan bertuah.
c. Isikan maklumat diri di kupon tersebut.
d. Masukkan didalam kotak yang disediakan.

Terdapat 2 sesi cabutan. Iaitu pada 5 Juali 2019 dan 6 September 2019.Keterangan lanjut boleh rujuk kepada FB LULU HYPERMARKET KUALA LUMPUR ya!

4. Promosi Hujung Minggu (di waktu hujung minggu sahaja) 

Yeszaaa!!!! Khas untuk tarikh 26 sehingga 28 April 2019, untuk produk (terpilih) fesyen, kasut, beg  wanita, saree dan churidar akan diberikan poongan rata sebanyak 40%. Memang meriah untuk 3 hari ini di bahagian fesyen.



Alang-alang mencari baju santai untuk dipakai sewaktu kunjungi saudara-mara bolehlah membeli ketika promosi potongan 40% ini.

Saya juga mencari bahan-bahan stok makanan untuk berbuka dan bersahur. Sebab saya suka dengan 'kesegaran' barangan makanan yang ditawarkan, jadi haruslah saya memborong terutama makanan yang memang mudah disediakan dan menjadi feveret keluarga saya.




Banyak sebenarnya stok makanan yang dibeli. Hehehe. Tapi apa yang penting memang saya puas hati. Barangan berkualiti dijual pada harga yang menarik dan terbaik. Ini adalah bersempena dengan promosi ramadhan di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur!


Karnival Amal "Little Hands, Big Hearts" Anjuran Pra Sekolah Beaconhouse 2019

$
0
0
Karnival Amal Beaconhouse 2019 bertemakan "Little Hands, Big Hearts" telah berlangsung dengan meriah dan sukses pada hari Sabtu 27 April 2019 baru-baru ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Selain itu terdapat juga jualan amal di mana kita boleh sumbangkan melalui pembelian kupon untuk menukarkan kepada makanan, bermain aktiviti di booth dan pelbagai lagi.

Kempen "Little Hands, Big Hearst" ini adalah gabungan daripada 8 buah Pra-Sekolah Beaconhouse di sekitar Lembah Klang Malaysia yang mana hasil kutipannya akan disalurkan kepada rawatan pesakit kanser kanak-kanak UMMC (University Malaya Medical Centre) dan WWF.

Nampak tak! Anak-anak sudah bersedia membuat persembahan pembukaan ketika majlis pelancaran karnival. Memang bersemangat mereka membuat persembahan, antaranya adalah menari mengikut rentak lagu K-Pop Blackpink :-)

Bagi saya sendiri, melihat kepada kesungguhan penglibatan antara guru, ibubapa dan pelajar-pelajar di sini dalam menjayakan karnival memang terbaik. Sepertimana yang dikatakan oleh Mr Mikel Liow (Senior Manager Early Years Education Beaconhouse), karnival ini juga sebenarnya bertujuan mendidik pelajar untuk memberi sumbangan kembali kepada masyarakat dan persekitaran.

Di kawasan kantin dijual pelbagai jenis hidangan antarabangsa yang enak-enak. Kita boleh dapatkan nuggets, nasi lemak, yong tau fu, rojak buah dan pelbagai lagi.

Macam-macam hidangan boleh dicuba. Dan ini adalah salah satu booth feveret anak-anak saya :-)

Bukan hanya bertumpu kepada makanan dan minuman sahaja, terdapat juga booth berunsurkan pendidikan yang mampu menarik minat anak-anak untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru,

Setiap booth ada kelainannya. Dan pastinya anak-anak akan teruja untuk pergi setiap booth untuk membuat aktiviti yang disediakan.

Ada cabutan bertuah juga tau!

Bersungguh-sungguh anak saya menyertai aktiviti di sini. Ada pelbagai booth permainan yang kita boleh pilih dan cuba. Bagi setiap tugasan yang berjaya kita akan mendapat cop dari booth tersebut.

See! Cop yang berjaya kami kumpulkan Heheh.

Boleh tebus pelbagai jenis barangan di sini. Semuanya menarik tau!

Tada!!! 3 barangan pilihan anak-anak berjaya ditebus.Hasil kegigihan mereka beraktiviti dan bermain di booth-booth yang ada di karnival.

Syabas dan tahniah Beaconhouse! Terutama kepada guru, ibubapa dan pelajar yang sama-sama berganding bahu menjayakan projek karnival amal untuk tahun 2019. "Little Hands, Big Hearts"perumpamaan yang menggambarkan biarpun usahanya dari tangan yang kecil namun ianya dapat dilaksankan dengan hati yang sangat besar. Ikhlas dan komited dalam usaha membantu mereka yang memerlukan seperti pesakit kanser dan haiwan dibawah pemerhatian WWF.

Moga karnival seperti ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang :-)

Set Buku AR Aliff dan Amani Sememagnya Terbaik Buat Anak-anak Pra Sekolah!

$
0
0
Karektor animasi Aliff dan Amani sebenarnya cukup terkenal di saluran youtube terutama di kalangan kanak-kanak. Ini kerana setiap video Aliff dan Amani banyak berkongsi info dan juga pembelajaran buat anak-anak. Contohnya seperti doa-doa harian yang boleh diamalkan. Dan tidak dinafikan menggunakan karektor animasi Aliff dan Amani sememangnya dapat menarik minat anak kecil untuk menghafaz doa sambil menonton video yang berwarna-warni. 

 Aliff dan Amani telah memperkenalkan Set Buku AR Aliff dan Amani bagi membantu pembelajaran kanak-kanak. Satu majlis pelancaran set buku ini telah diadakan di Space U8 Shah Alam bersempena dengan Pesta Kanak-Kanak Islam.

Didatangkan dalam set yang cukup esklusif yang mengandungi buku, pensil warna, keychain dan button badge yang cukup menarik. Harga yang ditawarkan untu tempoh masa terhad adalah RM129 daripada harga asal iaitu RM199. Memang beza banyak dengan harga promosi ni tau!

Bertambah menarik dengan setiap pembelian Set Buku AR Aliff dan Amani ini juga akan diberikan hadiah yang cukup istimewa. Iaitu pencil case yang sangat cantik dan praktikal. Ada macam-macam jenis rekaan yang boleh dipilih.

Set Buku AR Aliff dan Amani membolehkan anak-anak beraktiviti dengan buku dan juga apps yang telah dimuat turun ke telefon bimbit. Contohnya aktiviti mewarna yang sangat bagus dari segi skil motor fizikal dan juga kreativiti serta bakat seni yang ada dalam diri anak-anak. Dan bertambah menarik anak-anak boleh menggunakan apps Aliff dan Amani untuk melihat objek yang telah diwarna dalam bentuk 3D. 

Ameer yang melihat sendiri bagaimana gambar yang diwarnakan menjadi bentuk 3D, begitu teruja untuk mendapatkan produk ini. Apatah lagi karektor animasi Aliff itu sebenarnya kegemaran Ameer sejak dahulu lagi.

Sempat saya membelek buku Aliff dan Amani ini. Buku ini sangat sesuai terutama untuk anak-anak pra-sekolah. Pengenalan kepada huruf jawi dan beberapa aktiviti disediakan dalam buku ini sebenarnya dapat merangsangkan minda anak-anak 

Spiderman pun rekomen Set Buku AR Aliff dan Amani yerppp!!

Keterangan lanjut boleh layari sosial media Aliff dan Amani seperti dibawah :-)

Facebook : https://www.facebook.com/aliffandamani
Instagram :https://www.instagram.com/aliffdanamani/
Youtube : https://bit.ly/2Ueen8g

Jom Beraya Dengan Shopee!!

$
0
0
Memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang, persediaan raya seperti membersih dan menghias rumah, memastikan kereta dalam keadaan terbaik dan keperluan harian mencukupi, dan sudah tentunya membeli baju Raya dengan fesyen terkini sudahpun bermula. Sesungguhnya Shopee mempunyai segala-galanya dari rumah dengan reka bentuk terkini, kereta dan motosikal baharu, dan barangan runcit mahupun perkakas rumah, telefon pintar, pakaian dengan label fesyen selebriti dan juga tawaran makan malam eksklusif dalam kempennya “Raya Dengan Shopee”.

Sepanjang kempen yang berlangsung dari 25 April hingga 6 Jun 2019, pengguna boleh mendapat tawaran menarik dan diskaun sehingga 80% daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual, menjadikan persiapan Raya lebih menyenangkan, menyeronokkan, dan menjimatkan kos:

● 200% pulangan tunai setiap hari pada Cashback Day dipertingkatkan setiap Isnin apabila baucar dikeluarkan pada waktu tertentu untuk membolehkan bayaran balik.
● Shocking Sale setiap hari dengan tawaran serendah RM1 dengan kekerapan yang dinaikkan kepada lapan kali pada hari Rabu.
● Goyang Shopee memberi ganjaran Shopee Coins, jumlah baucar dan hadiah bernilai sehingga RM5 juta seperti telefon Xiaomi, vakum robotik dan kamera dengan lebih banyak peluang pada hari Jumaat.
● Shopee Live, platform pengaliran langsung untuk menawarkan pengalaman membeli- belah lebih interaktif dan menghiburkan, dan juga untuk membolehkan jenama dan penjual memaparkan produk mereka. Shopee Live berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30pm dan 9.30pm, membawakan tokoh berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea, Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina.
● Shopee Quiz pada hari Isnin hingga Jumaat jam 12pm; menguji pengetahuan anda dengan menjawab lapan soalan. Pemenang akan menerima hadiah daripada habuan sehingga dua juta Shopee Coins setiap sesi.

Shopee Menyediakan Segala Keperluan Anda Dapatkan warna-warna lipstik terbaru daripada L'Oréal, produk rambut daripada Unilever, dan produk penjagaan kulit daripada NIVEA dan Eucerin. Korang juga boleh mendapatkan kasut yang selesa dan bergaya daripada jenama seperti XES Shoes dan B.U.M Equipment sambil membeli stok Enfagrow atau Sustagen serta lampin Drypers untuk anak-anak kecil sebelum perjalanan jauh balik ke kampung. Peralatan dapur boleh dinaik taraf kepada jenama paling laris seperti kuali tidak lekat klasik Tefal, dan rasmikan penggunaannya dengan bahan-bahan daripada Nestle untuk membuat kuih muih Raya yang lazat.

Hadiahkan ahli keluarga tersayang dengan HONOR 20 Lite, telefon pintar terkini eksklusif di Shopee; naik tarafkan komputer ibu bapa korang dengan aksesori daripada TMT supaya mereka dapat berhubung dengan korang sentiasa; atau gantikan mentol lampu datuk nenek anda yang terbakar dengan perkakas dan aksesori MR DIY.

Untuk merayakan pelancaran kedai rasmi Isetan di Shopee, gedung Jepun ini akan membawakan pelbagai produk daripada jenama terkenal kepada pengguna Shopee termasuk Naraya, Note Cosmetics, dan Jean Perry. Seramai 500 pengguna pertama akan mendapat potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mereka menggunakan kod ISETANRY.

Memudahkan Iftar Pada Bulan Puasa ini:
● Coffee Bean & Tea Leaf: Potongan harga sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking Sale dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019. Baucar hanya boleh digunakan di Lembah Klang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
● Kenny Rogers Roasters: Diskaun sehingga 40% untuk Creamy i-Yam set makanan keluarga dari 6 Mei 2019.
● Tawaran Bufet: Diskaun 30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, diskaun 20% di The Boulevard Hotel Kuala Lumpur dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban.

Rumahku Syurgaku
Ceriakan Raya korang dengan rumah baharu yang dibina oleh pemaju hartanah terkenal S P Setia. Dengan harga yang bermula dari RM262,000 ke atas, S P Setia menawarkan pangsapuri, rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami di Shopee. Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM688 untuk rumah kediaman pilihan mereka sebelum mengunjungi galeri jualan untuk menyempurnakan proses pembelian.

Dengan pembayaran yuran tempahan ini, pelanggan dijamin bahawa unit yang ditempah mereka akan diperuntukkan di bawah nama mereka. Lapan pelanggan pertama yang berjaya membeli rumah dari kedai rasmi S P Setia di Shopee berpeluang untuk menerima rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888, dan juga kit rumah bernilai RM5,000.

Shopee Jual Kereta & Motosikal
Tempah sebuah kereta Honda, Toyota, BMW, Ford, Hyundai, Mazda atau Mitsubishi, dan juga motosikal dari Shopee AutoMall. Shopee AutoMall membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal daripada superbike hingga kereta hibrid dan kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk keluarga. Pengguna akan mendapat tawaran eksklusif hanya daripada Shopee, termasuk yuran tempahan serendah RM1, kadar faedah lebih rendah 1.81% setiap tahun, rebat, hadiah percuma dan aksesori tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal apabila membeli kenderaan melalui Shopee AutoMall. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, cari ‘AutoMall’ di Shopee.

Bergaya Dengan Baju Raya Jenama Selebriti
Rasai keseronokan menarik perhatian orang ramai apabila anda mengenakan mekap, memakai baju Raya yang cantik atau memperlihatkan wajah yang berseri dengan keanggunan produk menggunakan label selebriti nama-nama terkenal seperti Datin Hajah Fouziah Gous, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Tyra Kamaruzzaman dan Dayang Areeda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee Celebrity Squad untuk menikmati tawaran promosi Raya yang ditawarkan.


Manfaat Rakan Kerjasama
● Maybank: Pengguna Kad Maybank Visa Signature akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee Coins apabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen
Raya.
● Visa (Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu.
● Muslim Pro: 200 pelanggan yang pertama akan mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 untuk hanya RM1.
● MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Tukar mata wang melalui talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee.
● Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM20 dengan DHL (sekarang hingga 24 Mei) dan J&T Express Malaysia (hari ini hingga 9 Mei).

Kempen “Raya Dengan Shopee” disokong oleh iPay88, penyedia Gerbang Pembayaran
Rasmi.

Program My Celebrity di Rizq Educare | Program Bermanfaat Di hujung Minggu

$
0
0
RIZQ Educare yang terletak di Kajang Selangor cukup popular sebagai salah satu pusat pendidikan yang berteraskan islam dalam pengajaran serta pembentukan sahsiah. Antara aspek yang sangat ditekankan adalan PENGETAHUAN (knowledge), SKIL, KEYAKINAN (confidence) dan TINGKAHLAKU (attitude).

Selain daripada kelas harian yang dijalankan di waktu persekolahan, RIZQ Educare turut memperkenalkan satu program 'enrichment' My Celebrity yang hanya dilaksanakan di waktu hujung minggu. Apa yang menarik program yang disusun didalam My Celebrity ini mencakupi secara holistik perkembangan anak dengan aktiviti-aktiviti menarik serta kemahiran insaniah yang bermanfaat. Kemahiran insaniah (soft skills) ini juga kita merujuk sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain, menerusi kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal.

Menurut Encik Khaled selaku Pengarah Program My Celebrity, program yang telah disusun bukan hanya dapat mencungkil bakat serta potensi didalam diri anak-anak. Bahkan anak-anak bebas untuk mengutarakan pendapat serta berbincang dengan terbuka didalam kelas pengucapan awam (public speaking). Untuk kelas mandarin dan pengucapan awam akan dikendalikan Mr Kevin dari Ebright, manakala kelas muzik dan coding adalah dibawah seliaan RizQ Studio yang diketuai oleh Encik Khaled itu sendiri.

Terdapat LIMA (5) kelas skil yang ditawarkan khas untuk kana-kanak yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun. Antaranya ialah:-

  • Kelas Muzik  
  • Kelas Coding
  • Kelas Animasi
  • Kelas Pembangunan Video
  • Kelas Mandarin

* Bonus : Kelas Pengucapan Awam

Kelas Muzik (2 jam)
Sepertimana yang kita ketahui muzik adalah instrumen yang sangat bagus untuk menjadikan kanak-kanak lebih kreatif. Adakalanya tanpa kita sedari setiap anak juga mempunyai potensi dalam diri tanpa kita sendiri. Selain daripada kelas muzik anak-anak ini juga akan mengikuti kelas pengucapan awam bagi memantapkan skill yang ada didalam diri mereka.


Kelas Coding (2jam)
Salah satu program didalam My Celebrity adalah kelas Coding. Di mana anak-anak akan didedahkan dengan KOD pengaturcaraan komputer yang mudah dan menarik.

Anak-anak juga perlu berfikir secara kritis dan logik bagi menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep pengaturcaraan secara realiti. Memang seronok! Saya sendiri melihat bagaimana anak-anak ini teruja belajar coding dengan bantuan instruktor yang cukup berpengalaman.

Kelas Animasi (2 jam)
Dunia animasi memang cukup dekat dengan anak-anak. Dan kini anak-anak boleh menjadikan sebahagian cerita animasi rekaan mereka sendiri. Mereka akan belajar bagaimana caranya menulis skrip, rekabentuk watak, lampu, sistem bunyi dan pelbagai lagi.


Kelas Pembuatan Video (2 jam)
Kelas ini agak menarik kerana segala tunjuk ajar adalah daripada mereka yang memang terlbiat dalam bidang produksi. Antara ilmu yang bakal diperolehi menerusi kelas ini adalah seperti penulisan skrip, pengarahan. skrip 'board', merakam video dan pelbagai lagi. Modul yang disediakan juga menggalakkan anak-anak untuk bekerja didalam kumpulan.

Kelas Bahasa Mandarin (2 jam)
Dalam dunia penuh cabaran dan persaingan ini, mempunyai pengetahuan pelbagai bahasa memudahkan anak-anak kita untuk lebih maju kehadapan. Apatah lagi bahasa mandarin yang telah dikuasai ramai manusia di dunia. Menerusi kelas ini dapat mendidik anak untuk lebih berani  dan mempertingkatkan kebolehan mereka dari segi skil berkomunkasi.

Fasiliti yang disediakan memang terbaik dan agak 'up-to-date'. Dengan penggunaan teknologi terkini memberi kemudahan yang hebat di sepanjang pembelajaran anak-anak di sini.

Kepelbagaian alatan muzik turut disediakan bagi tujuan pembelajaran.

Suasana yang yang cukup kondusif dan selesa antara ciri-ciri yang ada di RizQ Educare. Sangat sesuai dalam menyokong perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang sedang membesar,

Setiap anak yang telah mendaftar untuk menyertai My Celebriy turut diberikan satu My C Kit yang mengandungi buku latihan dan perkakasan asas yang pelu dibawa dalam kelas yang diikuti. Untuk pengetahuan semua, latihan yang disediakan dapat membantu anak-anak dalam mengulangkaji pelajaran yang mereka pelajari. Turut disediakan juga pautan laman web yang berkaitan dengan pengajaran, ini sekaligus membantu anak-anak ini belajar secara interaktif.

Sempat bergambar kenangan dengan tenaga pengajar My Celebrity dan juga sebahagian murid yang pernah menyertai program ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai program, boleh layari:-


Sebagai ibu saya sebenarnya memang teruja apabila terdapatnya pusat pendidikan yang menawarkan program-program yang bermanfaat di hujung minggu bukan sahaja memberi keseronokan bahkan ianya juga membentuk keperibadian sahsiah dan juga menambahkan ilmu yang baru buat anak. Selain itu, program seperti ini juga dapat mencungkil potensi yang ada dalam diri anak itu sendiri. Kecenderungan, minat, berdaya saing, yakin, berdikari dan boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan kritis antara impak positif yang boleh anak-anak perolehi melalui penyertaan mereka didalam program My Celebrity di RizQ Educare.

Jom daftarkan anak anda di sini!

Kulit Lebih Licin, Gebu dan Lembut Dengan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence

$
0
0
Rasanya semua orang tahu bahawa Pulau Jeju di Korea merupakan salah satu destinasi tercantik di dunia dengan pemandangan yang cukup mengagumkan. Antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai di Pulau Jeju termasuklah air terjun Cheonjiyeon yang terkenal dengan airnya yang bersih dan jernih semestinya memberikan ketenangan kepada minda dan jiwa. 

Selain itu, aktiviti lain seperti mendaki Gunung Hallasan sambil menikmati keindahan panorama di puncaknya juga menjadi daya tarikan pengunjung. Disamping itu, mereka juga berpeluang melihat dengan sendiri hamparan kuning bunga Canola dengan Gunung Sanbangsan yang pastinya membawa makna mendalam bagi mata memandang. Pengunjung juga dapat menyaksikan keajaiban saat matahari terbenam di gunung berapi Jeju-Do Seongsan Ilchulbong di mana mereka tentu berasa teruja dengan pengalaman yang berharga ini.

Bestkan! Kalau dapat ke sini

Di Pulau Jeju juga terdapat pelbagai flora yang menjadi sumber ubatan atau bahan kecantikan yang digunakan oleh orang Korea. Jika diteliti, kebanyakan produk kecantikan di Korea mengandungi ramuan semula jadi yang diilhamkan oleh kaedah kecantikan yang diwarisi sejak turun temurun. Ia menjadi bualan dunia apabila tips-tips kecantikan dari Korea menjadi ikutan ramai termasuk golongan remaja di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika trend K-beauty menjadi begitu popular di sini.


Terkini, trend kecantikan di Korea membuktikan betapa halus dan mulusnya kulit bintang-bintang di Korea dan ianya bukanlah daripada hasil solekan yang tebal, tetapi daripada efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan menjadikan kulit wajah lebih berseri. Untuk pengetahuan korang Trend Glass Skin menjadi semakin tular dan terkenal kerana pastinya semua wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan mereka.


Bagi mendapatkan kulit secantik ini, semestinya regim penjagaan wajah yang betul diperkatakan, maka penggunaan 8 atau 10 produk atau kaedah dalam penjagaan kulit wajah wanita - wanita Korea tidak asing lagi. Oleh itu, penggunaan esen tidak pernah diketepikan kerana mereka mempercayai ia dapat membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap dan licin, serta dapat meratakan tona kulit sehingga bintik hitam makin berkurangan.



Syahirah memahami kehendak wanita Malaysia yang mahukan kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi. Oleh itu, ia memperkenalkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dengan pati Tri-Flower Essence, rahsia kulit cantik persis bintang Korea. Dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuan penting – Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit; Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan kulit; dan Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata. Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence.

Untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan kita semua. Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Bukan itu sahaja, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah. Hasilnya, tampil secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan esen hebat ini. Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju. Esen ini mengandungi intipati bunga Cherry Blossom, yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi. Sementara itu, intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan, manakala intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.


Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.syahirah.com.my atau ikuti laman sosial Instagram dan akaun Facebook rasmi Syahirah Malaysia.

Viewing all 2967 articles
Browse latest View live