Di waktu cuti sekolah yang panjang ini memang saya mengambil peluang untuk membuat persediaan persiapan barangan kelengkapan ke sekolah. Antara senarai keperluan sekolah yang WAJIB disediakan awal seperti:-
1. Kasut sekolah
2. Uniform
3. Stokin
4. Beg sekolah
5. Alatan tulis
6. Buku latihan
Dan barangan kelengkapan sekolah pertama yang telah saya sediakan awal adalah kasut sekolah. Bagi saya sendiri jika kita dapat menyiapkan kelengkapan sekolah lebih awal sekaligus dapat mengelakkan rasa kelam-kabut di saat akhir. Selain itu ianya juga bagus dalam membuat perancangan perbelanjaan sekolah anak-anak.
Saya memang memilih jenama PALLAS. Bagi saya ianya jenama cukup 'legend', begitu terkenal dari zaman persekolahan saya lagi. Dengan adanya pelbagai pilihan rekaan menarik juga menjadi antara faktor mengapa saya dan anak-anak memilih jenama PALLAS sebagai kasut sekolah setiap tahun.
Kasut PALLAS di atas ini direka khas untuk memberikan keselesaan kepada kaki anak. Diperbuat daripada kain kanvas yang berkualiti tinggi dan dibahagian dalam sangat lembut. Paling penting kasut ini sangat ringan jadi ianya tidak memberi beban kepada pelajar yang kita sedia maklum harus membawa begitu banyak buku setiap hari.
Kasut bagi anak kedua ialah dengan kasut kanvas yang bertali. Ciri-ciri yang didatangkan di dalam rekaan kasut PALLAS JAZZ STAR ialah ianya mempunyai 'rubber insole' (pelapik getah yang sangat selesa). Seperti yang kita maklum Insole daripada getah adalah yang terbaik berbanding yang lain kerana ianya memberi lebih keselesaan. Dengan keunikan ciri 'rubber insole' ini juga boleh memberi lantunan lebih baik. Apatah lagi dengan rekaan “Fitting” terbaru yang lebih lebar sekaligus memberi keselesaan maksima. Sekaligus ianya dapat memelihara kesihatan kaki anak. Ini terutamanya jika mereka perlu memakai kasut sekolah untuk satu tempoh persekolahan setiap hari dari pagi sehingga petang.
Terdapat banyak saiz kasut yang ditawarkan untuk setiap rekaan. Dan saya dapat lihat biarpun berbeza dari segi rekaan, namun konsep rekaan PALLAS tetap mementingkan keselesaan dan kesihatan kaki anak.
Korang boleh dapatkan kasut PALLAS sempena Promosi Kembali Ke Sekolah di pasaraya besar seperti Tesco, AEON, Mydin dan banyak lagi. Banyak promosi menarik dengan harga begitu berpatutan ditawarkan sepanjang promosi ini. Cepat dapatkan sebelum kehabisan!
PALLAS sentiasa menjadi pilihan,
Rekaan terbaik memberi keselesaan!
Untuk keterangan lanjut mengenai produk kasut PALLAS, korang boleh layari:-
