
Saya memang peminat produk tempatan apatah lagi produk makanan. Ini kerana saya percaya produk lokal kita pasati menggunakan segala ramuan yang 100% HALAL dan paling penting sumbernya adalah hasil tanaman, ternakan, perikanan dan perladangan daripada Malaysia.
Tidak dinafikan, kini sudah ada banyak platform pembelian atas talian yang menawarkan pelbagai produk tempatan. Namun begitu bagi mereka yang ingin mendapatkan produk usahawan tempatan dengan membelinya dari kedai bolehlah dapatkannya di Kedai Cookies by Yusa di Sunway Putra Mall.
Bagi saya ini adalah satu usaha yang patut dibanggakan kerana Syarikat Yusa Food mampu mengumpulkan produk-produk makanan tempatan terbaik di bawah satu bumbung. Ianya bukan sahaja memberi banyak pilihan bahkan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan.
Dari bahan masakan seperti rempah, produk masakan segera (instant) sehinggalah makanan yang boleh dinikmati terus ada ditawarkan di sini. Jenama produk adalah seperti Yusa, Awie, Serantau, Freezy Layer Cake, Fatihah, BB'S, Fruitissimo, Softa, Munif Hijjaz, Mosha, Krunchy Karamel, Wansha, Samza, Shweet, Aluyah, Tasnim, Hilies, Lickat, Sambal Bawang & Bilis dan BR Renggunang & SB Sambal Pecal.
Memang banyak sebenarnya produk makanan yang ditawarkan. Dan antara produk yang mencuri perhatian saya seperti:-
Cookies by Yusa. Ada pelbagai jenis biskut yang ditawarkan di bawah jenama Cookies by Yusa. Produk biskut ini adalah dari Yusa Food Products Sdn. Bhd.yang mana pelopornya (founder) adalah Puan Norli Yusop. Dalam variasi pilihan biskut yang ditawarkan, tart nenas antara yang paling popular. Ini kerana biskut tart nenas merupakan keluaran pertama dari Yusa Food Products bermula dari berbelas tahun yang lepas. Pada ketika itu penjualan adalah dari rumah sahaja. Dan siapa sangka hari ini bukan sahaja ditawarkan hanya tart nenas semata bahkan terdapat biskut-biskut lain seperti nestum coklat, biskut suji badam, biskut butter dan pelbagai lagi. Paling dibanggakan biskut keluaran Yusa Food Products sudah menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Tak sabar nak cuba masak sendiri dan sediakan hidangan menggunakan produk dari OmmaSon hasil keluaran Faiza Amer Ent. Disediakan juga resepi di belakang pembungkusan untuk dirujuk dan korang juga boleh layari laman FB OmmaSon untuk idea hidangan korea menggunakan produk mereka.
Nature Potion. Menggunakan ramuan utama iaitu halia bentong yang kita sedia maklum tentang khasiat dan kebaikannya. Ini terutama mereka yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi, sembelit dan pelbagai lagi masalah dalaman haruslah mengambil produk ini secara konsisten. Terdapat dalam bentuk cecair dan juga serbuk tau.
Terdapat juga acar ikan, sambal tomato, bentong serunding halia dan pelbagai lagi.
Aluya Kitchen. Peminat sambal bolehlah mendapatkan sambal dari jenama Aluya Kitchen. Terdapat 4 jenis sambal yang ditawarkan iaitu sambal hitam, acar ikan masin, sambal tomato dan dambal hijau.
Banyak sebenarnya pilihan sambal ada ditawarkan di kedai Cookies by Yusa Sunway Putra Mall. Kita boleh buat pemilihan sendiri jika ke sini dan boleh borong sekali, hehe.
Samada untuk perapan bagi daging bakar atau gril. Dinikmati bersama sos bbq menjadikan juadah ini begitu istimewa.
Ayam bakar juga enak diperap dengan serbuk BBQ ini dan untuk menambah kesedapannya kita campurkan sedikit mayonis. Selain itu serbuk BBQ Hilmie's ini juga boleh dijadikan salah satu ramuan dalam penyediaan sos.
Saya juga memang menyimpan stok roti canai segera di rumah. Memandangkan sudah ada produk lokal yang menawarkan roti canai segera haruslah yang mendapatkannya pada masa akan datang. Saya juga sudah merasai roti canai biasa dan roti canai bawang putih (garlic) dari jenama Royale, ternyata kualitinya setanding jenama yang sudah gah di pasaran. Sedap!!

Coco-V. Sapuan lepaan coklat susu dan juga kacang hazel memang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak. Menikmatinya samada dengan roti mahupun dengan biskut memang enak! Jadi jika sebelum ini saya memilih produk jenama luar, kini saya mempunyai pilihan produk jenama tempatan yang halal dan kualitinya setaraf dengan lepaan coklat yang biasa kami nikmati di rumah.
Pak Chips. Terdapat 2 jenis produk yang ditawarkan iaitu Honey Jackfruit Chips dan Crispy Fried Banana. Kudapan ini saya sudah mencubanya sendiri dan memang sedap. Paling penting ianya berkhasiat kerana tidak menggunakan sebarang perisa.
Banyak lagi sebenarnya produk yang ada ditawarkan di Cookies by Yusa di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur. Korang kena datang sendiri di level LG, berhadapan dengan Restoran Manhattan Fish.
Samada untuk dibeli buat diri sendiri atau dijadikan cenderahati dengan harga yang cukup berpatutan mampu dibeli. Jom sama-sama kita menyokong usahawan tempatan dalam usaha mengembangkan jenama produk mereka bukan hanya di peringkat negara bahkan menembusi pasaran dunia.
Produk kita, kebanggaan kita!
