
ISKARNIVAL 2018 dengan bertemakan Main Main bakal berlangsung bermula 8 Disember sehingga 9 Disember 2018 di Iskandar Puteri Johor Bahru. Tema Main Main dipilih inspirasi daripada perkataan asas 'MAIN', iaitu yang boleh melibatkan pembangunan dan pembentukan sosial, intelektual, kreativiti, meneyelesaikan masalah dan kesihatan emosi.
Lebih menarik lagi, festival yang berlangsung selama dua hari ini akan membawa bakat-bakat seni tanahair baru dan lama didalam satu platform yang mana mereka boleh bertemu dengan segenap lapisan masyarakat yang menghadiri ke festival ini. Dan ISKARNIVAL Main Main 2018 ini juga dianjurkan bersempena dengan Ulangtahun yang pertama bandar Iskandar Puteri Johor Bahru.
Turut hadir ke majlis sidang media ISKARNIVAL 2018 ialah Mr. Kenny Wong Koon Keng Ketua Pegawai Pemasaran, UEM Sunrise yang turut menzahirkan rasa keterujaan beliau tentang aktiviti dan acara yang bakal berlangsung sepanjang festival ini. Menurut Mr. Kenny ISKARNIVAL 2018 adalah festival yang boleh melahirkan pelbagai idea inovatif daripada pelbagai pihak dalam mewujudkan industri kreatif sebagai pemacu ekonomi negara pada masa hadapan.
Ekonomi kreatif termasuklah rekabentuk, kraft, seni, pemainan video atas talian, fesyen filem, persembahan seni, R&D, penerbitan dan penerbitan perisian. Dan UEM Sunrise merupakan pemaju utama bandar Iskandar Puteri, pihak yang bertanggungjawab merangka pembangunan insfrastruktur fizikal serta memperkenalkan ekosistem industri kreatif.
Antara tarikan utama ISKARNIVAL Main Main 2018 adalah Moscow Circus dan Dinosaur Kingdom. Bagi peminat pertunjukan sarkas pastinya sangat menantikan persembahan hebat dari 40 pemain elit sarkas yang didatangkan khas dari dua syarikat sarkas terkenal iaitu Bolshoi dan Nikulin. Dan persembahan sarkas ini adalah antara yang terbesar pernah dijayakan di Malaysia.
Dinosaur Kingdom pasti menjadi pilihan ibubapa untuk membawa anak-anak mereka melihat sendiri 25 animatronik dinasour. Terdapat pertunjukan secara langsung, aktiviti, interaktif 'rides' dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat banyak booth yang dibuka menawarkan pelbagai aktiviti kraf, anyaman bakul, seni buluh dan sebagainya, bazaar yang menjual pelbagai barangan dan semua ini akan dibuka bermula dari 12 tengahari sehingga 12 tengah malam. Masuk adalah percuma tau!
Pihak penganjur juga telah merancang lebih 50 persembahan hebat daripada selebriti tanahair yang berbakat. Antaranya seperti Zee Avi, kumpulan indie Hujan dan juga penyanyi Zamaera seorang penyanyi rap dan R&B.
Kehadiran penyanyi yang cukup 'legend' Man Bai dan Rahim Maarof pastinya akan memeriahkan lagi festival.
Penerima World Music Artist of the year 2018, Lyia Meta turut hadir membuat persembahan. Bagi mereka yang ingin melihat dan mendengar sendiri suara lunak penyanyi Lyia Meta secara 'live' bolehlah datang ke festival pada hari Sabtu, 8 Disember 2018.
Antara artis lain yang akan hadir seperti Joe Flizzow, Yung Raja, Fariz Jabba, Sonaone, Alif dan ramai lagi. Memang meriah! Dengan barisan artis baru dan lama bakal menyampaikan lagu-lagu terbaik mereka.
Tidak dilupakan Sanrio Hello Kitty Town dengan tema pada musim ini "Come Out & Dance in Oz" yang membawakan elemen muzikal 'The Wizard of OZ' ke dalam dunia Hello Kitty. Keterangan lanjut mengenai aktiviti dan acara boleh layari https://www.facebook.com/SanrioHelloKittyTown/
Oh ya! Korang jangan lupa untuk bergambar ketika berada di ISKARNIVAL Main Main 2018, seterusnya muat naik gambar di sosial media dengan meletakkan caption menarik bersama hashtag #iskarnival2018 dan #mainmain2018. Dan korang berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1500.
Permainan tradisi (indor), menaiki bot, permainan di luar (outdoor), The Moscow Circus, Street Circus, Dinosaur Kingdom, booth seni, workshop, persembahan artis dan pelbagai lagi menanti pengunjung-pengunjing ISKARNIVAL Main Main 2018 hujung minggu ini.
