Lama rasanya tak pergi manjakan diri di mana-mana pusat rawatan spa. Apabila saya menginap di Hotel Grand Bluewave Shah Alam baru-baru ini, saya dapati ada perkhidmatan spa khas untuk golongan wanita sahaja, memanglah saya excited! Terletak di tingkat 4, Bayu Spa dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi sehingga 7 malam.
Terdapat pelbagai rawatan yang ditawarkan disini tau. Rawatan ditawarkan dari top-to-toe seperti Body Massage, Full Body Scrubs, Facial, Bertangas, Mandi Herba, Mandi Bunga Aura dan pelbagai lagi. Dan sebenarnya perkhidmatan spa ini bukan hanya untuk tetamu (yang menginap) hotel sahaja. Ianya juga dibuka kepada pelanggan-pelanggan dari luar.
Terdapat banyak bilik rawatan disediakan. Semuanya bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan yang datang.
Boleh juga buat rawatan rambut di sini ya. Bagi wanita islam tidak perlu risau memang aurat kita akan sentiasa terjaga kerana tiada golongan bukan muhrim berada di dalam spa ini (terutama didalam bilik rawatan).
Saya juga suka kunjungi spa yang menyediakan bilik rawatan yang lengkap. Contohnya jika kita hendak membuatrawatan urut dan mandian. Kita tidak perlu bergerak bilik ke bilik, hanya berada didalam satu bilik rawatan sahaja, kita boleh mendapatkan semua rawatan yang kita inginkan.
Jika kita datang berteman. Contohnya kita bersama rakan perempuan sama-sama ingin mengurut untuk tempoh yang sama. Bolehlah 'request' untuk dapatkan perkhidmatan urutan didalam satu bilik yang sama.
Ini pula bilik untuk melakukan aktiviti tanggas. Terutama mereka (wanita) yang sudah berkahwin atau lepas bersalin memang suka dengan rawatan ini.
Seterusnya bersauna dalam 20 minit. Bagus untuk proses pecahkan lemak-lemak badan. Dan saya juga buat rawatan urutan belakang, bahu dan kepala. Memang best!
So, korang kalau nak manjakan diri di spa, saya syorkan korang datang dan cuba di Spa Bayu yang terletak di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan tau! Ada ditawarkan dalam bentuk pakej & Ala-Carte. Pelanggan hanya perlu memilih rawatan apa yang mereka perlukan dan inginkan. Harga pakej adalah dari serendah RM 88.00 sehingga ke RM300.00
Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi:-
www.wasap.my/60162718444
Bayu Spa
Level 4, Grand Bluewave Hotel
Section 14, Shah Alam
Masa : 09.30pagi - 07.00ptg
