Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

#GUARDIANGAYASQUAD Bersama DR BUDS ORGANICS dan KAREN MURRELL

$
0
0
Kebanyakan barangan di rumah memang saya yang banyak memberi keputusan dalam membeli. Cam nampak queen control lah pulak. hahahaha. Tapi hakikatnya sebab saya adalah seorang yang suka meneliti, mengkaji dan memahami barangan yang digunakan sebelum membeli. Ini termasuklah barangan penjagaan dan penampilan diri.

Apabila berpeluang menyertai dalam kumpulan diskusi #GuardianGayaSquad haruslah saya teruja. Apatah lagi untuk sesi yang dihadiri seramai 6 orang ini lebih esklusif dan kami juga telah diperkenalkan dengan dua produk terbaru di pasaran iaitu set penjagaan rambut DR BUDS ORGANICS dan lipstik KAREN MURRELL.

Majlis diskusiini telah diadakan di sebuah cafe di Petaling Jaya Selangor. Dalam suasana santai dan selesa. Sebelum memulakan sesi pengenalan serta penerangan produk, Puan Fara dari Guardian turut memberikan kata-kata aluan dan ucapan penghargaan ke atas kehadiran kami ke majlis yang diadakan. (Terima kasih daun keladi, lain kali jemput lagi, hihihi)

Rasanya ramai yang sudah mengenali produk Dr. Buds Organics. Saya sendiri salah seorang penggunanya. Tetapi kebanyakan produk Dr Buds yang telah saya cuba adalah semua khas untuk kanak-kanak. Ini adalah kerana produk organik ini memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh dijadikan remedi bagi mereka yang mengalami masalah kulit.

Namun pada hari ini, Dr Buds Organics telah memperkenalkan siri set penjagaan rambut khas untuk golongan dewasa. Ini terutama bagi mereka yang mengalami masalah kelumumur dan keguguran rambut.

Seperti yang diketahui produk Dr Buds memang menggunakan sepenuhnya ramuan daripada bahan organik. Dan saya difahamkan setiap produk yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan akan diperbaharui pengesahan ramuan organik setiap tahun daripada ECOCERT. Memang tida mengandungi paraben, pewarna, dan segala ramuan terlarang yang boleh memberi kesan terhadap kulit/badan samada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Banyak yang saya pelajari semasa sesi ini. Antaranya cara penggunaan produk terutama didalam fasa ketika mula mahu menggunakan produk organik. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat ini bagi memastikan keberkesanannya.


Jenama lipstik Karen Murrell agak baru juga di pasaran di Malaysia. Ianya mula diperkenalkan pada bulan Jun 2018. Walaupun masih baru, namun jenama ini sebenarnya sudah cukup popular di luar negara. Terdapat 19 warna lipstik menarik yang ditawarkan. Dan terdapat juga lip balm ya. Lip balm Karen Murrell memang best! Saya memang menjadi peminat liup balm ini kerana ianya memang menyebabkan bibir kita lebih lembap dan mungil. Hiks.

Karen Murrell ini dihasilkkan dari negara Australia yang menggunakan ramuan natural seperti avocado oil, evening primrose oil, candelilla, carnauba wax, cinnamon dan sweet orange. Apa yang menarik lipstik ini juga sesuai untuk wanita-wanita mengandung kerana ramuannya yang naturel dan mendapat pengiktiran serta kelulusan dari FDA. Pembungkusannya adalah biodegrasi dan boleh di kitar semula. Bestkan :-) hehe.

Antara warna yang menjadi pilihan saya. Cantik!!

Seperti yang kita ketahui Avocado Oil boleh melembapkan dan mencantikkan, manakala cinnamon boleh menjadikan bibir kita lebih mungil. Tidak dilupakan kebaikan Evening Primrose oil yang kaya dengan zat Omega 6, boleh mengelakkan kerengsaan dan kekeringan kulit.

So, cantik dan sihat saper yang tak nak kan :p

Part paling seronok. Bila setiap peserta yang hadir diberi cabaran yang perlu dilakukan dalam tempoh tertentu. Dan ianya perlu dimuat naik ke IG masing-masing :-)


Ni posting saya untuk cabaran bersama Karen Murrell :-) Ucapan bersempena dengan Hari Wanita sedunia tidak lama lagi.





A post shared by Ayu Rafikah (@ayurafikah) on

Dan ini adalah posting saya untuk Dr Buds Organics

Siapa sangka penyertaannya saya dipilih sebagai salah seorang pemenang. Yeay!!


Sejujurnya melalui sesi ekslusif seperti ini dapat membantu saya mengenali lebih mendalam lagi tentang produk yang ditampilkan - Dr Buds Organics dan Karen Murrell. Selain itu saya juga begitu banyak tips yang sangat merguna yang boleh saya aplikasikan dalam kehidupan harian.

Dapat bersantai bersama rakan baru memberi saya peluang untuk lebih mengenali begitu ramai wanita hebat di luar sana. Umur dan profesion bukannya penghalang untuk kami bertukar cerita dan pengalaman sebagai pengguna. Paling seronok, acara dihoskan secara santai, tanpa tekanan dan kita boleh menjadi diri sendiri untuk melontarkan apa sahaja pendapat dan pertanyaan.

Walaupun acara dijalankan pada masa yang singkat namun bagi saya ianya tetap padat dan bermanfaat. Semoga saya dapat menyertai lagi acara seperti ini, dalam meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang produk-produk hebat di pasaran. Terutamanya yang kita boleh dapatkan di Guardian Malaysia.


Terima kasih PR dan Guardian atas jemputan,
#GUARDIANGAYASQUAD  memang ohsem!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935