Karnival Amal Beaconhouse 2019 bertemakan "Little Hands, Big Hearts" telah berlangsung dengan meriah dan sukses pada hari Sabtu 27 April 2019 baru-baru ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Selain itu terdapat juga jualan amal di mana kita boleh sumbangkan melalui pembelian kupon untuk menukarkan kepada makanan, bermain aktiviti di booth dan pelbagai lagi.
Kempen "Little Hands, Big Hearst" ini adalah gabungan daripada 8 buah Pra-Sekolah Beaconhouse di sekitar Lembah Klang Malaysia yang mana hasil kutipannya akan disalurkan kepada rawatan pesakit kanser kanak-kanak UMMC (University Malaya Medical Centre) dan WWF.
Nampak tak! Anak-anak sudah bersedia membuat persembahan pembukaan ketika majlis pelancaran karnival. Memang bersemangat mereka membuat persembahan, antaranya adalah menari mengikut rentak lagu K-Pop Blackpink :-)
Bagi saya sendiri, melihat kepada kesungguhan penglibatan antara guru, ibubapa dan pelajar-pelajar di sini dalam menjayakan karnival memang terbaik. Sepertimana yang dikatakan oleh Mr Mikel Liow (Senior Manager Early Years Education Beaconhouse), karnival ini juga sebenarnya bertujuan mendidik pelajar untuk memberi sumbangan kembali kepada masyarakat dan persekitaran.
Di kawasan kantin dijual pelbagai jenis hidangan antarabangsa yang enak-enak. Kita boleh dapatkan nuggets, nasi lemak, yong tau fu, rojak buah dan pelbagai lagi.
Macam-macam hidangan boleh dicuba. Dan ini adalah salah satu booth feveret anak-anak saya :-)
Bukan hanya bertumpu kepada makanan dan minuman sahaja, terdapat juga booth berunsurkan pendidikan yang mampu menarik minat anak-anak untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru,
Setiap booth ada kelainannya. Dan pastinya anak-anak akan teruja untuk pergi setiap booth untuk membuat aktiviti yang disediakan.
Ada cabutan bertuah juga tau!
Bersungguh-sungguh anak saya menyertai aktiviti di sini. Ada pelbagai booth permainan yang kita boleh pilih dan cuba. Bagi setiap tugasan yang berjaya kita akan mendapat cop dari booth tersebut.
Boleh tebus pelbagai jenis barangan di sini. Semuanya menarik tau!
Moga karnival seperti ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang :-)
