Karektor animasi Aliff dan Amani sebenarnya cukup terkenal di saluran youtube terutama di kalangan kanak-kanak. Ini kerana setiap video Aliff dan Amani banyak berkongsi info dan juga pembelajaran buat anak-anak. Contohnya seperti doa-doa harian yang boleh diamalkan. Dan tidak dinafikan menggunakan karektor animasi Aliff dan Amani sememangnya dapat menarik minat anak kecil untuk menghafaz doa sambil menonton video yang berwarna-warni.
Didatangkan dalam set yang cukup esklusif yang mengandungi buku, pensil warna, keychain dan button badge yang cukup menarik. Harga yang ditawarkan untu tempoh masa terhad adalah RM129 daripada harga asal iaitu RM199. Memang beza banyak dengan harga promosi ni tau!
Set Buku AR Aliff dan Amani membolehkan anak-anak beraktiviti dengan buku dan juga apps yang telah dimuat turun ke telefon bimbit. Contohnya aktiviti mewarna yang sangat bagus dari segi skil motor fizikal dan juga kreativiti serta bakat seni yang ada dalam diri anak-anak. Dan bertambah menarik anak-anak boleh menggunakan apps Aliff dan Amani untuk melihat objek yang telah diwarna dalam bentuk 3D.
Sempat saya membelek buku Aliff dan Amani ini. Buku ini sangat sesuai terutama untuk anak-anak pra-sekolah. Pengenalan kepada huruf jawi dan beberapa aktiviti disediakan dalam buku ini sebenarnya dapat merangsangkan minda anak-anak
Spiderman pun rekomen Set Buku AR Aliff dan Amani yerppp!!
Keterangan lanjut boleh layari sosial media Aliff dan Amani seperti dibawah :-)
Facebook : https://www.facebook.com/aliffandamani
Instagram :https://www.instagram.com/aliffdanamani/
Youtube : https://bit.ly/2Ueen8g