Saya memang suka buah epal. Antara buah yang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan mudah didapati di pasaran. Apatah lagi buah epal itu yang rasanya manis-manis semulajadi. Dan epal "Amboi Ambrosia" adalah antara buah epal yang terbaik diimport khas dari New Zealand kini mula mendapat perhatian masyarakat Malaysia. Dengan tekstur kulitnya yang licin dan berkilat, ranggup diluar berjus didalam, rasa kemanisan madu epal yang cukup memikat antara faktor mengapa jenama ini sangat digemari.
Oh ya! Perkataan"Ambrosia" itu sendiri membawa maksud "food & drinks of the Gods"dalam bahasa Greek.
Bersempena dengan sambutan Hari Raya satu kempen penggunaan buah epal Amboi Ambrosia sebagai salah satu ramuan dalam hidangan masyarakat Malaysia telah diperkenalkan. Antara lain kempen ini bertujuan untuk mewar-warkan kepada peminat epal khasnya tentang dunia kulinari yang boleh menghasilkan hidangan Malaysia menggunakan buah epal dengan cara yang sangat unik dan enak.
Untuk itu satu kaloborasi antara pihak Heartland Group (Amboi Ambrosia) bersama GCH Retail telah berlangsung bagi tujuan pelaksanaan kempen yang dirancangkan.

Lebih menarik semasa pelancaran kempen ini, pihak Amboi Ambrosia telah menjemput Chef Wan selaku chef selebriti yang cukup popular di Malaysia membuat demo masakan menggunakan epal sebagai salah satu ramuan dalam hidangan tempatan.
Ambrosia Grilled Calamari Salad. Seperti kerabu ianya menggabungkan rasa manis masam epal bersama Sotong Calamari. Sedap dinikmati bersama nasi panas.
Tom Yum Pumpkin Soup with Ambrosia Apples. Masakan ini bagi saya rasanya agak unik dan sangat 'rare'. Dan ianya sangat-sangat sedap. Siapa sangka gabungan buah epal bersama labu yang lemak-lemak manis memang enak sangat rasa rupanya.

Ambrosia Apple Chutney. Masakan berempah tetap menyelerakan. Ini terutama jika dinikmati bersama nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.
Buah epal Amboi Ambrosia ini datangnya dari kepulauan di bahagian selatan bandar Nelson yang terletak di New Zealand. Kawasan ini cukup popular dalam penghasilan epal terbaik iaitu sebanyak 40% bermula dari tahun 1913. Epal Amboi Ambrosia ini diletakkan di bawah jenama Luv'ya yang mana ianya datang dari ladangnya sendiri , pembungkusan dan pemasaran dari syarikat tertentu. Selain daripada Amboi Ambrosia, epal Royal Gala, Fuji dan Breburn juga dibawah siri Luv'ya.
Feveret saya dulu, kini dan selamanya iaitu jus buah epal.
Epal Ambrosia kini boleh didapati di Giant Hypermarket, Cold Storage dan Jason's Food Hall serta pasaraya-pasaraya besar yang lain di Malaysia.
Amboi Ambrosia memang best!
