Dewan yang cantik, lengkap dengan fasiliti dan paling penting lokasi yang strategik antara faktor penting sebelum pemilihan tempat keraian dilakukan. Dan antara dewan yang memang sangat saya syorkan terutama untuk mengadakan majlis samada secara kecilan atau besar-besaran adalah MAGICA Events. Untuk pengetahuan semua, syarikat MAGICA Events Sdn Bhd ini berpengkalan di negara Utara tanahair. Ianya merupakan pusat sehenti perkahwinan samada masyarakat melayu mahupun cina sejak tahun 1965 lagi. Setelah berada didalam industri ini selama 50 tahun, kini MAGICA Events memperkenalkan dewan MAGICA di kawasan Lembah Klang. Dengan keluasan 36,000 kaki persegi, mampu memuatkan sehingga 7000 tetamu dalam satu-satu masa. Selain itu tarikan utama tentulah fasiliti dan dekorasi yang menakjubkan menjadikan majlis yang dirai lebih meriah dan diingati oleh semua tetamu yang hadir.
Terdapat 3 jenis dewan yang ditawarkan iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall.
Magical Hall
Dewan utama yang menampilkan rekaan dalaman yang extravaganza dengan kerlipan cahaya lampu chandelier yang memukau. Terutama pada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal.
Di bahagian tengah dewan pula terdapat laluan peragaan yang diperbuat daripada lantai kaca sepanjang 22 meter yang menyambung terus pada pentas utama yang penuh dengan hiasan bunga cantik.
Umpama di alam magikal dekorasi ini bertambah cantik dengan kehadiran sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk mengikut alunan muzik. Untuk dewan ini boleh dimuatkan sehingga 3000 tetamu untuk makan secara buffet. Manakala seramai 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dan fasiliti untuk gaya makan yang dihidangkan.

Pelamin esklusif begitu gah untuk raja sehari.
Garden Hall

Bagi yang gemarkan majlis berkonsepkan didalam taman, pasti menyukai dekorasi didalam Garden Hall. Selesa untuk tetamu seramai 250 orang dengan susunan meja terhidang dan 700 tetamu untuk makan dinikmati secara buffet.
Dengan menampilkan warna hijau sebagai warna tema utama dengan suasana alam hutan yang begitu mengasyikkan pastinya memberi kelainan didalam suasana majlis yang dijalankan.
Apa yang menarik dewan ini turut dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatarbelakang bunyian alam semulajadi seperti kicauan burung dan deruan air terjun. Umpama taman magikal untuk bidadari.
Dekorasi pelamin yang sangat cantik dan sangat praktikal.
Classic Hall
Dewan ini terletak bersebelahan dengan Magical Hall yang berkeluasan 12,000 kaki persegi. Antara fasiliti yang terdapat didalam dewan ini termasuklah pentas, pintu masuk yang sudah ditatahias, bunga-bungaan dan karpet merah.
Selain itu dewan ini juga dilengkapi dengan sistem pentaan cahaya dan AV yang mampu memberi kesan yang lebih dramatik menjadikan suasana majlis yang dirai kelihatan lebih berprestij. Kapasiti yang ditawarkan sama seperti Magical Hall. Dan sebenarnya dewan ini juga boleh digabungkan bersama Magicall Hall untuk majlis keraian yang lebih gah dan besar.
VIP Suite Rooms
Untuk majlis yang lebih kecil jumlah tetamunya bolehlah menggunakan VIP Suite Room. Untuk bilk ini, untuk satu-satu masa boleh memuatkan sehingga 40-80 orang. Terdapat 2 bilik suite room ditawarkan. Dan ianya sesuai untuk majlis bertunang, mesyuarat dan sebagainya.
Terdapat juga vendor-vendor yang menawarkan kelengkapan untuk majlis yang bakal diadakan. Seperti sewa baju pengantin, tempahan kad undangan, katering, jurugambar dan banyak lagi. Antara vendor yang hadir ke majis pengenalan Magica Hall seperti dibawah;
Kita boleh pilih mengikut harga pakej yang sesuai dengan bajet yang kita peruntukan.
Untuk tempahan boleh hubungi:-
MAGICA Events Sdn Bhd
Level 4 Star Avenue Lifestyle Mall
No 3 Jalan Zuhal US/179,
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5,
40150 Shah Alam Selangor
Tel; 012-6787795
Facebook: Magica at Subang
Instagram: @magicaatsubang
