Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Apa Yang Best Tentang Mandian Shokubutsu Mochi Hada

$
0
0
Masa mula-mula saya diperkenalkan dengan mandian terbaru dari Shokubutsu, agak terkesima sekejap " Wow ada nama mochi di situ, terus teringat kuih mochi, hehehehe". Tapi apa yang menarik apabila melihat dan mencuba sendiri produk Shokubutsu Mochi Hada ini memang saya puas hati. Ini kerana ianyalah adalah satu-satu mandian yang bukan sahaja sesuai untuk digunakan untuk satu badan bahkan boleh digunakan sebagai cucian muka. Serius! Memang berbaloi dan menjimatkan untuk pembelian 1 botol yang kita boleh duna keseluruhan badan :-)


Dan ini adalah rahsia kehebatan mandian Shokubutsu Mochi Hada :-)

⦁ Teknologi Moisture - Lock Jepun Shokubutsu Mochi Hada
Teknologi Moisture - Lock Jepun Shokubutsu Mochi Hada adalah satu formulasi mandian cemerlang daripada LION Corporation Japan yang mengekalkan kelembapan kulit dengan mengurangkan penyejatan air dari permukaan kulit. Cara ini mengunci molekul-molekul air yang sedia ada di dalam kulit, menjadikannya lebih efektif dalam mengekalkan tahap hidrasi kulit.

⦁ Rahsia kulit tanpa cela dengan ramuan asli Jepun
Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil diformulasikan dengan teknologi Moisture-Lock yang menggabungkan secara aktif Minyak Tsubaki Ultra-Pelembap, Ekstrak Tapai Beras dan Minyak Bran Beras yang mengunci kelembapan dari dalam untuk kulit yang kekal terhidrat, lembut, licin dan berseri selepas setiap mandian.

⦁ Minyak Tsubaki (atau Minyak Bunga Camelia Jepun) telah menjadi sebahagian daripada amalan kecantikan yang penting di Jepun sejak berabad lalu. Ia juga merupakan rahsia kecantikan di kalangana Geisha. Wanita Jepun yang terkenal dengan kulit wajah tanpa cela, menggunakan minyak Tsubaki untuk memberi khasiat dan melindungi kulit wajah secara tradisional. Minyak ini mudah diserap, hipoalergenik dan bukan komedogenik. Pada kebiasaannya, minyak tradisional Jepun ini digunakan untuk anti-penuaan, melembut dan melembapkan kulit dengan mendalam, hasil kombinasi kebaikan antioksidan, asid lemak dan vitamin E yang terkandung di dalamnya.

⦁ Minyak Bran Beras adalah satu rahsia anti-penuaan di Jepun. Ia membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapan. Kaya dengan vitamin dan zat-zat galian, minyak bran beras membantu untuk memperolehi kulit lebih cerah, lebih lembut dan licin.

⦁ Extrak Tapai Beras adalah air beras yang diproses secara penapaian. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.

Selain itu Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil adalah terbukti selamat untuk digunakan ke atas kulit dan tidak menyebabkan kerengsaan (iritasi) dan keradangan (reaksi alergi) kepada kulit. Produk ini juga selamat untuk digunakan ke atas kulit wajah dan tidak menyumbat atau menyekat liang pori wajah.


 Ada 3 varian yang korang boleh cuba iaitu:-

Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower Oil Nourishing & Softening

Yang ini memang terasa bau aroma minyak bunga Camelia Jepun. Best juga lepas guna. Rasa kulit badan lebih lembut.

Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion Ultra Moisture

Feveret saya! Sebab saya jenis suka pakai losyen lepas mandi. So lepas ni rasanya tak perlu dah. Sebab badan akan rasa lembap-lembap dan lembut.

Shokubutsu Mochi Hada Shower Lotion Glow Radiance

Ini pun best juga. Lepas bersih muka terasa lebih 'glowing'. Dan saya juga dengan konsep mandian yang mempunyai ciri losyen. Sebab ianya membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Secara personal saya memang menyukai ke semua varian Mandian Shokubutsu Mochi Hada. Sebab 2 dalam 1 boleh digunakan untuk badan dan muka. Selain kaya dengan ramuan yang hebat, baunya memang best dan paling enting dapat membantu menganjalkan kulit wajah dan badan. Wahhh!!!



So korang jangan lupa untuk dapatkan produk di outlet Watsons yang berhampiran ataupun di Watsons online store yerpp!!
#ShokubutsuXWatsons 
#WatsonsExclusive  
#WatsonsMalaysia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933