Annyeonghaseyo!! Yerpp Korean Food Fair kembali lagi. Kali ini ianya berlangsung selama 13 hari yang bermula dari 6 Ogos sehingga18 Ogos 2019. Karnival diadakan di MyTOWN Shopping Centre Cheras menawarkan pelbagai produk Korea seperti makanan dan juga barangan penjagaan diri. Apa yang menarik, untuk edisi Korean Food Fair kali ini telah mempertengahkan makanan yang cukup popular di bandar Gyeonggi-Do.
Untuk pengetahuan semua, Gyeonggi-Do adalah daerah yang cukup popular di Korea Selatan. Bandar ini agak tenang dan kaya dengan keindahan semulajadi. Saya difahamkan pengambaraan drama berantai yang cukup popular di Korea iaitu Descendants of the Sun telah dijalankan di sini. Selain daripada keindahan alam semulajadi, Gyeonggi-Do juga terkenal dengan 'street food' dan juga pelbagai hidangan lokal yang klasik dan masih digemari sehingga kini.
Selain daripada pes gochujang dan kimchi, terdapat beberapa hidangan yang menarik dan unik dari bandar Gyeonggi dibawa ke karnival ini.Antaranya seperti gambar makanan di bawah :-)
Pes dan hidangan 'homemade' yang dijual dalam gram ini sememangnya menjadi tarikan kerana keunikannya dari segi rasa, selain ianya agak sukar untuk kita dapatkan di Malaysia.
Saya paling suka "eomuk" yang juga dikenali sebagai "odeng", ianya adalah kek ikan yang sangat sedap. Di Malaysia kita boleh dapatkan di kedai K-Street, saya cuma tahu salah satu kedainya terdapat di Sunway Piramid.
Selain itu kita boleh dapatkan susu pisang, susu melon dan pelbagai lagi. Ini adalah antara produk Korea yang cukup popular di Malaysia.
Begitu juga dengan Pororo, produk yang cukup diminati oleh kanak-kanak. Paling best bila produk ini di Korean Food Fair, harganya lebih murah jika kita dapatkan di pasaran tempatan.
Versi kudapann yang sihat dari Korea iaitu keropok seaweed. Enak dimakan begitu sahaja :-)
Pepero yang didatangkan dengan pelbagai varian. Dan feveret saya tentulah yang mempunyai kacang badam.
Sesiapa yang mencari beras Korea, boleh dapatkan di sini.
Antara best seller sepanjang KoreaFood Fair tentulah mee ramen segera mereka. Di karnival ini terdapat banyak sangat pilihan samada jenama mahupun rasa. Geram tengok. Rasa nak borong semua, hehehe.
Produk dingin beku seperti rice cake, tofu dan pelbagai lagi makanan istimewa dari Korea ada jual di sini.
Ais krim Korea yang menggunakan ramuan utama buah-buahan asli.
Di Korea Food Fair ini juga korang boleh dapatkan produk penjagaan diri. Dan ke semua jenama yang dibawa ke karnival adalah dari jenama yang cukup popular di negara Korea.
Saya telah mencuba serumnya. Memang best!
Jenama Miseoul antara yang mendapat permintaan tingggi. Saya paling suka dengan produk aloe vera dari jenama ini. Memang menyejukkan jika kita pakai. Tidak hairanlah ianya bagus digunakan jika adalah masalah dengan kulit seperti melecur dan pelbagai lagi.
Seronok bila pergi karnival seperti ini sebab kita boleh melihat sendiri produk dan pada masa yang sama mencubanya sendiri.
Oh ya! Jika korang berbelanja RM100 ke atas (boleh digabungkan 2 resit), jangan lupa untuk sertai peraduan cabutan bertuah. Hanya isi borang yang disediakan, kepil bersama resit dan masukkan dalam kotak yang telah disediakan.

Ada pelbagai hadiah menarik ditawarkan. Korang berpeluang untuk menang TV, fitbit dan juga tiket konsert.
Boleh semak jadual diatas jika korang hendak menyertai pelabagi aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur karnival.
Oh ya! Anak-anak juga boleh menyertai pertandingan mewarna pada 10 Ogos 2019, jam 12.30 tengahari.
Jangan lepaskan peluang korang, untuk datang ke Korea Food Fair di MyTOWN Shopping Centre. Pelbagai produk makanan mahupun penjagaan diri dari Korea boleh didapati di sini. Dan juga aktiviti menarik yang boleh diikuti. Tak singgah, rugi! Hihihi.
Joms!
