Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Jom Makan Nasi Campur Di Sime Darby Convention Centre

$
0
0
Restoran Halia di Sime Darby Convention Centre memang feveret saya dan keluarga terutama untuk buffet ramadhan mereka. Memang ohsem pilihan lauk pauk yang disediakan. Tapi baru-baru ini saya telah ke sini lagi pada waktu makan tengahari kerana ingin menikmati nasi campur yang ditawarkan.

Siapa sangka biasanya nasi campur kita boleh nikmati di restoran biasa mahupun mamak kini boleh nikmatinya secara esklusif di Restoran Halia Sime Darby Convention Centre. Banyak pulak tu pilihan lauk pauk! Ada lebih 60 jenis semuanya. Dan harga yang ditawarkan adalah serendah RM3 sahaja tau.

Sebab keterujaan melihat pada lauk pauk, saya hampir terlupa mengambil banyak gambar. Tapi sempatlah saya rakamkan gambar lauk pauk yang saya nikmati kerana itu memang sudah berkenan di hati.

 Kebanyakan lauk campur yang ditawarkan adalah masakan melayu. Darpada gulai, sup, masak lemak dan pelbagai lagi. Apa yang menarik semua lauk akan tertera dengan jumlah kalori dan harga yang ditawarkan. Jadi pengunjung boleh memilih jenis lauk pauk yang mereka inginkan.

 Saya juga sangat sukakan konsep yang dipertengahkan iaitu meletak lauk pauk didalam kuali. Nampak sangat autentik dan agak unik.

 Selain itu antara tarikan utama tentulah ikan bakar. Ada terdapat pelbagai jenis ikan yang ditawarkan.Dan ianya didatangkan bersama dengan sambal kicap dan juga air asam. Memang sedap giler!

 Terdapat juga sayur goreng, masak lemak dan pelbagai lagi. Tetapi saya sangat sukakan kerabu. Biasanya hidangan kerabu banyak ditawarkan di hotel-hotel. Tetapi di Restoran Halia tidak terkecuali memang ada banyak pilihan,sedap-sedap pulak tu.

 Berkonsepkan hidangan melayu, memang tidak akan terlepas dengan ikan masin goreng, telur asin dan pelbagai lagi. Ini memang antara penyebab selera makan semakin bertambah tau!


Begitu juga dengan ulam-ulaman. Nikmatinya dengan sambal belacan memang terbaik!

Untuk air minuman sejuk seperti kordial memang free flow. Cuma jika korang inginkan air panas bole juga order di kaunter. Ada juga ABC yerpp.

 Hidangan humble tengahari saya. Memang puas hati bila dapat nikmati ikan keli bakar bersama sayur pucuk paku masak lemak.

Sup daging yang ohsem, cicah dengan roti :-)


So, korang promosi ini bermula dari  1 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019. Hanya dari hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 12 tengahari - 2.30 petang.

Lokasi:
Restoran Halia
Sime Darby Convention Centre
1A, Jalan Bukit Kiara 1,
60000 Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Email : halia.sdcc@simedarbyproperty.com
Tel : 03 - 2089 3799

Sekali sekala pekena nasi campur murah,
Dengan kawan-kawan pasti meriah!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935