Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Kelas Demonstrasi Masakan Berkhasiat Bersama Chef Sidney Kan dan ActiveLife Malaysia

$
0
0
Tidak dinafikan susu soya mengandungi keperlun nutrisi yang hebat bagi memenuhi keperluan badan kita. Selain daripada ianya rendah kolestrol susu soya juga bagus untuk mereka yang mengalami masalah jantung serta dapat mengurangkan risiko menghadapi kanser prostat.

ActiveLife Soymilk adalah produk kesihatan yang diperbuat daripada kacang soya organik yang kaya dengan khasiat prebiotik dan probiotik. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan Gastrointestinal bahkan bagus untuk sistem penghadaman, Buat ibu yang menyusu juga sangat direkomenkan pengambilan ActiveLife Soymilk. Susu soya yang kaya dengan omega , vitamin A, B12 dan D3 ini juga sesuai untuk kanak-kanak dari umur 6 bulan ke atas.

Memahami tentang kebaikan susu soya kepada masyarakat ActiveLife Malaysia telah bekerjasama dengan Chef Sidney Kan melalui beberapa siri jelajah demonstrasi masakan fusion menggunakan ActiveLife Soymilk. Di mana jika selama ini kita hanya menyediakan susu soya sebagai minuman, namun sebenarnya kita boleh jadikannya salah satu daripada ramuan masakan.

Terdapat tiga hidangan mudah disediakan oleh Chef Sidney Kan iaitu AL Soymilk Fish Broth, Healthy Egg with AL Soymilk dan AL Soymilk Chicken Curry.

AL Soymilk Fish Broth

Unik dan sedap. First time saya belajar masak ikan dengan campur dengan serbuk ActiveLife Soymilk.

AL Soymilk Chicken Curry


 Hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Untuk lebih sihat kita gantikan santan dengan ActiveLife Soymilk.


 Healthy Egg with AL Soymilk, AL Soymilk Fish Brothdan AL Soymilk Chicken Curry

Saya tidak pernah buat stim telur. Tapi bila melihat kepada cara Chef Sidney Kan masak memang sangat mudah!

 Banyak yang saya belajar tentang penyediaan makanan yang seimbang dan berkhasiat dari Chef Sidney Kan. Selain daripada penggunaan perkakasan dapur yang tepat, ramuan dalam masakan juga sangat penting bagi menimbangi keperluan nutrisi yang diperlukan dalam badan. Masakan seperti stim adalah lebih baik daripada masakan bergoreng sebenarnya.


Pada mereka yang ingin mencuba sendiri produk AciveLife Soymilk boleh dapatkan di farmasi dan pasaraya yang berdekatan. Boleh jug amendapatkan sampel ActiveLife Soymilk dengan melayari di halaman Facebook ActiveLife Malaysia dan daftarkan untuk produk sampel percuma. 

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web: www.activelife.com.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932