Bertemu sendiri dengan perunding kewangan yang cukup popular Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman memang antara impian saya. Apatah lagi beliau antara anak melayu yang telah mencapai kejayaan pada usia yang sangat muda. Rentetan daripada kecemerlangan beliau, tidak hairanlah begitu banyak pengiktirafan yang beliau perolehi seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan yang terkini Anugerah The Jewels of Muslim World 2019.
Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bersempena dengan Pameran dan Persidangan Muslim World Biz, saya dan beberapa rakan blogger yang lain berkesempatan bertemu dan menemuramah sendiri Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman.
Oh ya! Untuk pengetahuan semua Pameran dan Persidangan Muslim World Biz ini adalah anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Dan tahun 2019 merupakan edisi ke-9 penganjurannya. Antara fokus utama didalam persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang telah mengangkat tema "Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity" . Selain itu Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 juga merupakan salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu bagi meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa.
Acara yang berlangsung selama 3 hari bermula daripada 4 hingga 6 September 2019 ini telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global.
Dalam acara ini juga, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG) telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung pada 5 September 2019 selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang juga penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dan dalam penyampaiannya telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini. Untuk pengetahuan semua Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui penyertaan dalam acara seperti ini secara tidak langsung dapat membantu FGG memperluaskan lagi pengaruh dan sayap serta dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia.
Kejayaan Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman sebenarnya boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat Malaysia. Bagaimana beliau mula melibatkan diri dalam dunia kewangan ini bermula pada usia 21 tahun. Sebelum ini Dato' pernah berkhidmat di syarikat konvensional seperti CWA dan Manulife, namun disebabkan beliau begitu berminat untuk bekerja sendiri dan mempunyai cita-cita yang tinggi beliau tekad untuk membuka syarikatnya sendiri iaitu FGG,
16 tahun beliau cekal membangunkan perniagaan dengan pelbagai kejayaan dan cabaran. Namun Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman sentiasa bersikap optimis. Figura hebat ini bukan sahaja mempunyai personaliti yang hebat bahkan penampilan dalam berpakaiannya cukup unik. Ini membuatkan beliau cukup dikenali, apatah lagi sumbangannya didalam dunia kewangan islam yang cukup besar dan banyak membantu masyarakat Islam amnya.
Antara penulisan dan pencapaian Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang boleh kita jadikan inspirasi untuk lebih maju terutama pada mereka yang terlibat dalam perniagaan.
Untuk lebih info, boleh layari laman web dan sosial media dibawah :-
www.mahadibz.com
Facebook:
https://www.facebook.com/fgg.financialgeniusgroup/
Instagram:
https://www.instagram.com/FinancialGeniusGroup
Moga lebih ramai anak muda yang berjaya seperti Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman!
