Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Jom Dapatkan YAMAZEN Kipas Elektrik Pintar Di AEON

$
0
0
Bagi saya antara peralatan elektrik yang perlu ada di rumah adalah kipas. Ini memandangkan dengan cuaca di Malaysia yang juga adakalanya panas dan lembap, jadi kita perlukan sokongan angin atau pengudaraan yang boleh memberi lebih keselesaan.

Untuk pengetahuan korang, AEON Co (M) Bhd telah memperkenalkan satu jenama inovasi kipas yang cukup menarik -YAMAZEN Touch Stop Electric Fan! Dan sebenarnya jenama YAMAZEN ini sememangnya sudah cukup popular di negara Jepun. Ianya kipas elektrik pintar yang sangat praktikal dan juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Saya juga sempat melihat demonstrasi penggunaan kipas daripada Encik Ichiro Komai, Ketua Bahagaian 'Hardline'. Dan memang saya kagum giler! Semudah ABC bagaimana kita boleh mengawal kelajuan pengaliran udara yang mampu memberi keselesaan dan lebih rasa nyaman. Terdapat 3 kuasa pengudaraan yang diawarkan iaitu -low, medium dan strong. Paling menyeronokkan kita boleh mengawalnya melalui penggunaan 'remote controller'. Sangat praktikalkan!

Ada 3 warna  yang korang boleh pilih iaitu samada warna cerah (clear), biru dan juga 'sand gold'. Bilah kipas ini adalah daripada plastik dan terdapatnya 5 bilah. Dan disebabkan itu apabila kita 'on' sahaja kipas ini, memang sangat tenang bunyinya (vibration) tanpa mengeluarkan sebarang bunyi yang kuat.

Seperti saya tentulah keutamaan lebih kepada keselesaan keluarga. Memandangkan saya mempunyai anak-anak yang masih kecil, jadi saya perlu memastikan perkakasan elektrik di rumah sentiasa selamat digunakan. Ternyata YAMAZEN  Touch Stop Electric Fan memang memenuhi kriteria tersebut :-)

Bayangkan kipas ini akan secara automatk berhenti berpusing, apabila kita menyentuh samada di bahagian depan atau kipas tersebut. Ini kerana kipas YAMAZEN ini mempunyai ciri-ciri 'child lock safety sensor'. Jadi kita tidak perlu risau jika secara tiba-tiba anak kecil datang berdekatan kipas tersebut. Dan kipas ini akan bergerak semula setelah 15 saat ianya berhenti. Memang best! Antara ciri-ciri kipas yang sememangnya ibu-bapa moden hari ini inginkan.

Dengan angin jenis berirama (natural rhythm style wind) yang ditawarkan dapat memberikan lebih lebih keselesaan dan penyejukkan sekaligus menjadikan waktu tidur anak lebih berkualiti. Pastinya anak akan tidur lebih nyenyak dan tenang.

YAMAZEN Touch Stop Electric Fan juga menyokong penjimatan elektrik. Dengan adanya ciri 8-jam auto-shutoff, kita boleh menetapkan penggunaan elektrik yang diperlukan dan ianya juga sebenarnya sangat praktikal terutama bagi mereka yang sering lupa untuk menutup kipas ketika keluar daripada rumah.


Serius korang kipas YAMAZEN Touch Stop Electric Fan ini memang best dan terbaik. Produk pertama YAMAZEN yang dibawa masuk ke Malaysia ini boleh didapatkan secara esklusif di AEON dan AEON Big seluruh Malaysia. Peralatan elektrik yang mampu milik, memberi lebih keselesaan dan paling penting dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan sememangnya perlu dimiliki setiap keluarga di Malaysia :-)

#YAMAZENONESTOP

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935