
Dah macam fenomena sekarang ini apabila kumpulan k-pop mula mendapat tempat di industri Asia termasuklah Malaysia. Antara kumpulan k-pop yang memang mendapat tempat di hati anak-anak muda ialah kumpulan BTS. Ini termasuklah anak saya si Yana, iskhhh 😂😏
Antara faktor kumpulan k-pop BTS menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang adalah genre lagu mereka yang rancak dan juga tarian kareografi yang cukup menarik dan bertenaga. Dan juga faktor rupa juga, hahahaha. Hmmm...sangat memainkan peranan yerrppp..
Dan baru-baru ini bersempena dengan pelancaran dan pra-jualan barangan esklusif BTS ini, Mattel telah menganjurkan satu acara khas terutama buat BTS ARMY (peminat hardcore kumpulan BTS) yang mana kempen bergerak ini bermula di Pavilion 15 Sepetember 2019.
Peminat BTS berpeluang mengambil gambar bersama kumpulan idol mereka iaitu BTS secara "real-time" dan gambar mereka akan dipaparkan di skrin interaktif.
Lebih menarik gambar ini juga akan dicetak dan diberikan secara percuma.
So, korang boleh dapatkan figurin khas yang berwajah dan karektor ahli kumpulan BTS seperti RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook. Harga untuk setiap satu figurin ini adalah RM104.90 ya!
Untuk UNO BTS ini pula yang mengandungi gambar ahli-ahli kumpulan BTS ditawarkan pada harga RM25.90 :-) Cara bermain seperti UNO klasik yang emmbezakan adalah gambar sahaja yang menggunakan wajah ahli BTS. Sangat cute hokeh!! ahahah.
Jangan lupa dapatkan figurin dan kad UNO BTS esklusif di Toy "R" U , hiks
