Mencari produk yang menggunakan ramuan yang selamat dan menyakinkan memang menjadi keutaamaan. Apatah lagi jika penggunaan itu setiap hari dan ianya termasuklah dalam rutin kebersihan diri. Dan antara produk penjagaan diri yang ada pasaran yang sekarang saya sedang gunakan bersama famili ialah SENSENIQUE NATURAL.
Produk dan jenama Sensenique Natural keluaran syarikat Niche Systems Sdn Bhd dimiliki oleh dua orang berjiwa besar iaitu Puan Faith Chong dan Encik Kevin Ooi. Pasangan suami isteri ini sangat optimis dan yakin tentang konsep penawaran produk semula jadi dan berkualiti kepada pengguna. Nah! Sikap ini secara tidak langsung menerbitkan rasa keghairahan dan komitmen mereka yang mahukan gaya hidup lebih hijau dan lebih sihat.
Untuk pengetahuan korang selain daripada NATURAL HOMEMADE SOAP, jenama SENSENIQUE NATURAL turut memperkenalkan 2 jenis varian syampu, perapi dan juga pembersih badan.
Halia Oren - Syampu, Perapi & Pembersih Badan
Untuk pengetahuan semua penghasilan produk ini adalah menggunakan 98% bahan semulajadi yang penuh dengan kebaikan Minyak Argan, Minyak Zaitun, Minyak Biji Jojoba, Minyak Biji Macadamia, Minyak Pati Tulen Halia, Kulit Oren, Limau Nipis dan daun Pudina, jus daun Lidah Buaya organik (Barbadensis Aloe) yang diiktiraf oleh ECOCERT dan ekstrak tumbuhan semula jadi ECOCERT yang menyegarkan, melembapkan dan baik untuk rambut serta kulit.
Sebatian premium ini mengandungi bahan aktif permukaan atau surfaktan yang berasaskan asid lemak, asid amino & glukosa yang selamat, tiada toksin, lembut namun berkesan, menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan setiap hari. Dengan bauan harum daripada haruman minyak pati tulen dan dengan penggunaan yang konsisten, kulit, rambut dan kulit kepala akan menjadi lebih sihat. Ianya juga sesuai untuk semua jenis rambut termasuk rambut yang diwarnakan dan semua jenis kulit, terutamanya kulit yang bermasalah serta sensitif.
Saya difahamkan formula yang digunakan tidak mengandungi sebarang bahan aktif permukaan atau surfaktan sulfat atau surfaktan betaina seperti Kokamidopropil Betaina, Koko Betaina, Sodium Lauret Sulfat (SLS), Sodium Lauril Sulfat (SLES) dan Ammonium Lauret Sulfat (ALS).
Apa yang membanggakan jenama Sensenique Natural: Sensenique Natural merupakan jenama lokal Malaysia yang dihasilkan di bawah piawaian pengilangan ketat GMP & ISO 9001:2015. Produk ini telahpun menerima Sijil HALAL dari Jakim, Malaysia yerpp. Jadi ianya HALAL dan kita perlu ragu-ragu menggunakannya.
Satu kejayaan yang sangat dibanggakan apabila jenama Sensenique Natural telah memenangi Anugerah Kecantikan dari pelapor majalah gaya hidup dan kecantikan yang cukup popular*. Dan antara anugerah tersebut adalah:-
1) Anugerah Kecantikan *Her Beauty pada tahun 2019 – Pilihan Editor –Kategori Perapi Rambut Terbaik Untuk Rambut Kering / Rosak bagi Perapi Rambut Halia Oren dan Pudina Limau Nipis
* Anugerah Kecantikan Her Beauty merangkumi majalah her world, Jelita, Women’s Weekly & Shape.
Review:
SENSENIQUE NATURAL GINGER ORANGE -“Betaine, Sulfate & Silicone FREE”

Seperti yang kita maklum bau buah oren sememangnya sangat wangi dan menyegarkan. Manakala halia baunya agak pedas (strong) namun kaya dengan rahsia membuang angin dalam badan. Bukan saya sahaja yang menggunakannya bahkan anak saya Yara yang berusia 2 tahun juga mencubanya. Ini kerana kombinasi minyak Argan dan Lidah Buaya organik mampu melegakan serta melembutkan kulit badan termasuklah kulit kepala.
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif juga sesuai untuk menggunakan produk ini. Sebabnya ianya adalah produk penjagaan rambut dan badan "BEBAS Betaina, Sulfat dan Silikon" . Bagi anak terutama yang ada masalah kulit, ianya akan membantu memberi kelegaan juga sebenarnya. Seperti Yara,kulit dia agak sensitif terutama waktu jerebu seperti hari ini. Memang saya memberi pelindungan badannya dengan menggunakan produk SENSENIQUE NATURAL GINGER ORANGE.
Tambahan pula Yara memang aktif jadi saya kekalkan kecergasan dia selain daripada memberikan makanan yang seimbang, beliau juga haruslah cukup tidur. Dan tidur perlu betul-betul lena. Jadi setelah saya menggunakan mandian SENSENIQUE NATURAL GINGER ORANGE pada Yara, beliau lebih selesa, tidurnya tidak lagi terganggu (mudah terjaga). Serius "I'm a happy mother".
Paling saya suka dengan rambut Yara yang makin lembut. Senang nak urus! Tidak lagi terlekat pada skala 6 dan sebagainya, hahahaha.
SENSENIQUE NATURAL PEPPERMINT LIME-“Betaine, Sulfate & Silicone FREE”
Sebenarnya saya ada kesan luka akibat menggaru di kepala. Tetapi lepas saya menggunakan Sensenique Natural Peppermint Lime sakit bahagian luka itu hilang. Saya difahamkan antara khasiat daun pudina ialah ianya mempunyai enzim antiseptik. Mungkin sebab itu bahagian luka dialami oleh saya sembuh secara perlahan-lahan.
Cara pembungkusan cukup praktikal dan mudah. Hanya tekan (picit) sahaja untuk gunakannya. Cara ini juga sangat membantu kita mengekalkan 'hygiene' dalam penggunaan produk. Harga yang ditawarkan untuk setiap botol juga sangat berpatutan iaitu RM 39.00 untuk setiap satu botol syampu, perapi dan mandian pada saiz 300ml. Memang jimat dan berbaloi.
Di manakah penjagaan badan dan rambut Sensenique Natural boleh didapati? Yerpp tidak semua tempat kita boleh dapatkan produk Sensenique Natural ini. Ianya dijual secara esklusif di ROBINSONS di The Gardens, Mid Valley City & ROBINSONS Four Seasons Kuala Lumpur, SOGO KL and Central iCity Shah Alam, Farmasi Keluarga Health Lane terpilih, Matahari Organic, pasar raya butik premium terpilih, farmasi, kedai organik dan laman web www.senseniquenatural.com.
Jika korang nak dapatkan maklumat lanjut sila layari:-
