Masa bulan merdeka baru-baru ini, saya tergerak hati untuk mendapatkan tanjak untuk Ameer. Ini kerana saya berkenan betul melihat anak-anak kecil comel bertanjak. Sebenarnya dari bulan puasa lagi, saya dah nampak trend memakai tanjak dikalangan masyarakat Malaysia. Namun rata-rata penjual menawarkan harga tanjak ada yang cecah RM100 dan ada juga lebih dari harga itu.
Agak mahal juga...
Jadi saya pendamkan sahaja niat saya. Memandangkan ketika itu kalau nak beli tanjak, kena beli 4 sebab saya ada 4 anak lelaki, hehehe.
Tapi bulan lepas saya terpandang promosi tanjak medeka yang dijual sendiri oleh kawan saya masa di CFS dulu. aljoofre kids. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan berbaloi (RM20 sahaja).
Ada 3 jenis rekaan tetapi saya memilih patern yang ini. Menariknya tanjak ini menggunakan velcro tape dekat bahagian belakang. Jadi mudah sahaja, kalau kita nak adjust mengikut kesesuaian dan keselesaan bila memakainya.
Oh ya! Tanjak ini bukan hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak bahkan untuk orang dewasa juga. So, boleh kongsi pakai satu keluarga, hehehe.
Ameer dan gaya posing kegemarannya. Oh ya! Ameer telah memenangi hadiah 'costume terbaik' sempena bulan kemerdekaan anjuran tadikanya pada bulan lepas. Dapatlah hadiah hamper makanan yang dikongsi bersama ahli keluarganya yang lain, hiks.

Ameer dan kawan rapatnya Rayyan. Memang rapat betul. Ke mana berdua sahaja.
Suka saya nak kongsikan sedikit info mengenai tanjak ini.
Tanjak atau nama lainnya ialah tengkolok. Ianya dikatakan mula dicipta seawal-awalnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu semua rakyat jelata perlu menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.*sumber: wikipedia
Kalau korang nak cari tanjak untuk kegunaan acara tertentu ataupun tudung kanak2 (promote sekali heheh), boleh pergi ke IG bisnes kawan saya ini ya! https://www.instagram.com/aljoofre.kids/