Jika lihat dari segi bahasa, "Umrah" membawa maksud ziarah. Manakala segi syara’ pula bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat dengan syarat-syarat yang tertentu.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”.
Tidak dinafikan mengerjakan umrah antara impian masyarakat Islam di seluruh dunia. Pernah saya diberitahu yang jika mahu mengembara sebanyak mana negara di luar sana, adalah disarankan untuk pergi menunaikan umrah terlebih dahulu. Ziarah kota suci Mekah dan Madinah, tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW dan para rasul yang lain.
Namun begitu sejak akhir ini, kita sering dimomokkan dengan berita penipuan agensi umrah. Terlalu banyak kes yang menyebabkan pelanggan kerugiian beribuan duit. Memang menyedihkan terutama bagi mereka yang sememangnya menabung semata-mata untuk mengerjakan umrah.
Melihat kepada situasi itu saya menjadi lebih berhati-hati terutama dalam memilih pakej dan agensi umrah yang benar-benar menyakinkan. Ini terutama dari segi prosedur seperti penyediaan dokumen, permohonan visa dan sebagainya.
Di dalam banyak agensi yang memang ramai rekomen kepada saya adalah Umrah De Hearty. Untuk pengetahuan semua Umrah De Heart adalah dibawah MAAD Travel (M) Sdnn Bhd. Ini adalah satu-satunya agensi yang berpusat di Arab Saudi dan telah membuka anak syarikat di Malaysia pada tahun 2012. Syarikat ini juga mempunyai lesen muassaasah di Malaysia dan Arab Saudi.
Jika sebelum ini syarikat ini hanya menumpukan servis penyediaan visa. Namun bermula pada tahun ini Umrah De Hearty melangkah lagi satu tapak dengan menawarkan pakej umrah. Apa yang menarik untuk rombongan biasa maksimum antara 40-45 orang, akan diberikan seorang mutawwif/mutawwifah. Dan mutawwif/mutawwifah adalah orang Malaysia. Jadi sangat membantu didalam komunikasi masa ke semasa. Oh ya! Umrah De Hearty juga menawarkan perkhidmatan esklusif ianya bergantung kepada permintaan dan bajet pelanggan.
Antara kelebihan dan fasiliti yang disediakan didalam pajek Umrah De Hearty seperti:-
- Penerbangan terus - Penerbangan yang disediakan samada menaiki MAS ataupun Saudi Airlines
- Pengangkutan bas disediakan - Memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua ahli rombongan. Saya difahamkan untuk jemaah dari Johor, akan disediakan bas dari Johor terus ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
- PERCUMA Beg Bagasi 20"& 24", Beg Silang dan Uncang Kasut - Pemberian ini sangat membantu jemaah untuk membuat persiapan barangan yang hendak dibawa.
- 2 x Jumaat - Penerbangan juga ditetapkan hanya 2 hari iaitu Rabu dan Khamis sahaja. Ini membolehkan jemaah lelaki dapat menunaikan solat Jumaat.
- PERCUMA Kain Ihram atau Telekung
- PERCUMA Air Zam Zam dan Nasi Unta
- Hotel bertaraf 5 bintang dengan jarak yang agak dekat
- 4 x Bimbingan Umrah dan disediakan juga kelas umrah - Kelas samada dilakukan di masjid terpilih ataupun di rumah, bergantung kepada kumpulan peserta jemaah.
- PERCUMA ke Taif dan Gua Hira'
Saya difahamkan tiada caj tambahan yang bakal dikenalkan. Biarpun kita tahu, harga visa telah dinaikkan namum untuk Umrah De' Hearty buat masa ini tidak akan mengenakan penambahan caj terhadap visa tersebut.
Terdapat 2 jenis pakej yang disediakan iaitu samada 12 hari ataupun 20 hari. Dan lebih menarik kita berpeluang juga menunaikan Umrah bersama Ikon "Umrah De Hearty". Iaitu Ustaz Azadan (penyanyi nasyid) pada 27 November 2019, Noorkhiriah (pelakon) pada 4 Disember 2019 dan Azhan Rani (pelakon) pada 11 Disember 2019.
Boleh rujuk pada pamplet di atas untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej. Atau hubungi terus ke talian 016-2177114 atau 016-5757170, email : umrahdehearty@gmail.com
Keterangan lanjut boleh layari:
"Kami Santuni Dari Hati Ke Hati"
