Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Sedapnya POKE BOWL Dari Fitlicious

$
0
0
Fitlicious - Gabungan antara perkataan"FIT" dan "DELICIOUS". Bagi mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat haruslah mencuba POKE BOWL daripada Fitlicious. 

Dan sejujurnya ini pertama kali saya mencuba POKE BOWL. Jika sebelum ini saya hanya dapat melihat gambar POKE BOWL hasil perkongsian dari rakan-rakan sahaja dan kini saya dapat merasainya sendiri. Memang teruja giler! Hehehehe.

Untuk pengetahuan semua POKE ini cara penyebutannya ialah “poh-kay” berasal dari Hawaii. Untuk satu hidangan POKE biasanya akan ada satu hidangan karbo (pilihan seperti nasi, ubi kentang dan sebagainya), 1 protein (ikan, ayam dan sebagainya) dan 4 jenis gabungan sayuran dan buahan.


Dan kebiasaannya untuk menarikkan lagi persembahan satu hidangan POKE BOWL, kita akan pilih hidangan yang berwarna-warni. Contoh sayuran berwarna hijau  dan oren serta pelbagai lagi. Cara masakan ramuan POKE BOWL juga menggunakan kaedah yang sihat. 

Sayuran kebanyakan adalah dimasak secara stim, begitu juga dengan ikan yang hanya mentah seperti ikan salmon yang kaya dengan zat Omega-3 dan ikan dory. Ayam juga saya perhatikan dimasak ala-ala dikukus. Ini bagi memastikan hidangan yang dihasilkan tidak hilang khasiat semulajadinya terutama daripada sumber sayuran.


Selain itu menambahkan topping pada hidangan POKE BOWL sangat penting juga. Ini memberi lebih rasa kepada hidangan didalam POKE BOWL.

 Terdapat juga pilihan untuk kita membuat pnambahan kekacang didalam POKE BOWL.. Untuk lebih khasiat zat besi :-)

 Sesi demonstrasi oleh Azukii Beans Azukii cara menyediakan POKE BOWL. Sangat mudah dan nampak sedap giler, hehehe.


TADAAAA!! Hasil POKE  BOWL dari Azukii Beans Azukii , satu menu hidangan yang sangat berkhasiat

Dan nak tengok hasil POKE BOWL saya... HAhahaha...Ok tak... semua ini memang pilihan makanan kegemaran saya tau :p



Nampak sedap tak POKE BOWL yang disediakan oleh saya, ngeh ngeh...

Saya juga dapat mengenali beberapa lagi produk organik dan baik untuk kesihatan seperti kudapan dari Black & White Easy dan air gabungan buahan yang sangat sedap.





Kalau tidak berkesempatan datang ke sini, koranh boleh membuat pesanan dari FoodPanda dari 2 lokasi samada di Fitlicious SS15 ataupun  Fitlicious Damansara. Bagi pesanan dari luar kawasan FoodPanda, sebagai alternatifnya boleh juga membuat pesanan dari laman web :-

Jangan lupa untuk follow social media Fitlicious untuk sebaran informasi terkini yerpp..

Ada berita baik yang hendak saya kongsikan buat semua pembava blog Ayuarjuna. POKE BOWL kini telah megadakan promosi BELI 1 PERCUMA 1 untuk setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Oktober di cawangan Fitlicious Uptown Damansara. 

Dan saya juga mempunyai 5 voucher untuk diberikan kepada 5 pemenang bertuah :-) . Ianya I1 POKE BOWL ayam yang bernilai RM15.80 setiap satu. Dan voucher ini boleh ditebus sehinga akhir Oktober 2019. Rujuk pada posting di IG @ayurafikah yerp!!

Acara yang banyak mengajar tentang pengambilan dan penyediaan makanan yang sihat iaitu POKE BOWL. Sememangnya agak unik, praktikal, sihat dan paling sedap untuk dinikmati pada bila-bila masa dan dimana jua.

Terima kasih Fitlicious, Bang Bang Miko, The Entertainer, Hungry, Lavigato, Sulusso & 8LabsStudio atas  tajaan pelbagai goodies yang ohsem.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933