
Cubic Open 2019 anjuran Beaconhouse 2019 telah berlangsung dengan meriah apabila terdapat ramai pemain 'cubic' yang mahir menyertai pertandingan yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2019 baru-baru ini. Apa yang menarik pertandingan 'Cubic' ini bukan sahaja disertai wakil dari Malaysia bahkan dari seluruh dunia seperti Singapura, Indonesia, Thailand, India, Filipina, Taiwan, Korea dan Amerika Syarikat (US).
Dan Beaconhouse Malaysia menganjurkan pertandingan ini secara bersama dengan World Cube Association. Melalui pertandingan berprestij ini secara tidak langsung dapat menggalakkan peserta untuk merangka strategi dan penyelesaian logik yang memerlukan kesabaran untuk menyelesaikannya.
Menurut Nicki Coombs (Executive Vice Principal Beaconhouse Sri Inai International School);
"Beaconhouse is proud to have hosted this epic cube competition drawing in participation from enthusiasts across the globe. We have always been focused on holistic development and this was a great opportunity to empower children to continue t pursue their passion".
- 2 x 2 x 2 cube
- 3 x 3 x 3 cube
- 3 x 3 x 3 One handed
- 4 x 4 x 4 cube
- 5 x 5 x 5 cube
- Pyraminx
- Skewb
- Megaminx
- Clock
Tiga pemenang utama dari setiap kategori akan membawa balik medal kemenangan dan juga sijil rasmi penyertaan.
Antara penaja bersama 'The Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019" seperti Mission Foods, JPearly, GoodMorning, Global Nature World dan Arristo Italy.
Ini antara gelagat peserta pertandingan yang mengambil bahagian sedang menunggu giliran untuk bertanding Ramai sebenarnya anak muda yang begitu hebat menyelesaikan 'cube' dalam masa yang singkat. Teruja saya melihat sendiri secara 'live' peserta-peserta bertanding.
Syabas Beaconhouse di atas penganjuran pertandingan 'Cubic Open 2019'. Acara sukses yang menghimpunkan ramai pemain 'cubic' bertaraf antarabangsa.
Keterangan lanjut mengenai Kumpulan Sekolah Beaconhouse, boleh layari:-