Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Keterujaan Anak-Anak Beraktiviti Di DIsney Junior Play Town

$
0
0
 Peminat Mickey dan Minnie Mouse mesti teruja bila dapat berjumpa dan bertentangan mata. Bahkan bila berpeluang bergambar sama, itulah momen yang mereka nantikan. Bagi saya sendiri ianya satu kenangan peribadi buat anak-anak terutama Ameer dan Yara kerana mereka peminat no.1 untuk dua karektor ini.

Dan baru-baru ini, saya berpeluang membawa anak-anak ke Disney Junior Play Town untuk sesi beramah mesra bersama dua karektor Disney ini. Terima kasih kepada pemberi (hadiah contest yang dimenangi) yang baik hati, hehehehehe.

Kali ini Disney Junior Play Town diadakan di MyTown Cheras Kuala Lumpur. Seperti biasa bila acara melibatkan kanak-kanak akan disediakan pelbagai aktivti menarik yang boleh disertai mereka. Untuk acara kali ini ianya adalah kolaborasi Disney Junior dan juga Petrosains Malaysia. Jadi selain daripada anak-anak dapat bergembira beraktiviti, secara tidak langsung mereka juga boleh belajar perkara mengenai sains dan teknologi.

Booth pertama yang diterjah adalah "Fancy Nancy Clancy". Terdapat dua aktiviti yang boleh disertai oleh kanak-kanak. Samada 'strawlet' ataupun/dan 'rama-rama lutsinar'.

Kebetulan ketika sesi ini ialah belajar membuat 'strawlet'. Jadi anak-anak saya memang beria membuatnya sambil diberi tunjuk ajar oleh petugas di booth tersebut.

Tadaaa!!!! Tiga gelang cantik hasil seni 3 beradik ini. Tapi rasanya my Yara, si kakak Amani yang tolong buatkan. Tapi Yara dia punya teruja macam buat sendiri gelang tersebut yerrr.

 Rasanya aktiviti ini antara yang ramai orang nantikan. Beratur agak panjang juga. Ianya terbuka untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Setiap kanak-kanak hanya diberikan peluang bermain sebanyak 2 pusingan sahaja.


 Selesai sahaja pemanduan. Dapat lesen kereta :-)

 Sebenarnya memang terdapat banyak booth pendidikan yang menarik. Tedapat juga racing car (untuk dewasa) dan sebagainya. Tapi biasalah, kalau bawa anak-anak kecil dengan tempat yang agak ramai orang jadi saya perlu memilih aktiviti yang menarik dan sesuai untuk mereka.


Yara pula sangat suka bergambar. Jadi banyaklah gambar yang dirakamkan oleh adik beradiknya. Bukan main berposing hokeh.

Paling best diberikan goodies ini! Memang bergandalah rasa seronok anak-anak.

Terutama Yaralah. Memang dikeleknya patung Minnie ke mana sahaja. Comelnya berduakan, hahaha.

Apapun memang seronok bila di hujung minggu dapat membawa anak ke acara sebegini. Sekurang-kurangnya mereka dapat melakukan aktiviti menarik yang disediakan selain belajar berkawan.

Harap-harap dapat menyertai aktiviti seperti ini lagi pada masa akan datang := )


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935