Produk Afy Haniff Semuanya Menggunakan Ramuan HALAL!- Tidak dinafikan mencari produk yang HALAL adalah wajib bagi umat Islam. Tidak kira samada makanan, penjagaan badan dan muka bahkan dalam semua barangan yang digunakan dalam aktiviti seharian perlulah mengandungi bahan yang halal dan tidak meragukan.
Dan antara produk lokal dan halal yang menjadi kegunaan harian adalah daripada jenama Afy Haniff. Terdapat pelbagai produk keluaran Afy Haniff yang boleh digunakan seisi keluarga. Memang best dan menarik! Apatah lagi harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan lebih menjimatkan serta agak mudah untuk medapatkan produk ini di pasaran.
1. D'menC
D'menC cara sebutan adalah DIMENSI, Ianya adalah"Fabric Freshener" yang didatangkan dengan 4 pilihan varian yang memikat. Antara variannya seperti Calming Lavendar, Breazy Vanilla, Refreshing Lemon dan Romantic Strawberry.
Saya suka menggunakanna di bahagian ruang tamu dan juga bilik tidur. Baunya yang sangat 'fresh' dan paling menarik ianya dapat membunuh bakteria 99.9% bakteria yang menjadi penyebab bau busuk! Paling best ianya dipertingkatkan dengan Malodour Counteractant Technology untuk aroma berpanjangan.
2. 40 days
Jenama 40 days merupakan pencuci pinggan mangkuk keluaran Afy Haniff yang terbaru di pasaran. Ianya dapat membersihkan sehingga 500 cucian! Terdapat 2 jenis varian yang ditawarkan tau.
Saya sangat suka dengan botol produk ini yang didatangkan dengan 'pump'. Jadi sangat mudah untuk mengawal pengunaan kuantiti cecair pencuci setiap kali membersih pinggan mangkuk. Sangat praktikal bukan?
3. plash
Terdapat 2 jenis saiz yerp! Dan saya sangat suka sauz mini yang mengandungi kuantiti sabun sebanyak 200ml. Mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Psstt!! Kalau korang nak jadikan hadiah/goodies pun sesuai juga tau :-)
Saya memang akan sentiasa pastikan anak saya sebelum dan selepas bermain, tangan mereka perlu dibersihkan dengan plash!
Sabun yang mempunyai buih-buih lembut yang sangat sesuai untuk kanak-kanak serta kepada mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif .
Produk SWIPEL ini memang menjadi pilihan aya sejak dulu lagi. Ianya Serai Wangi Insect Repellent yang bukan sahaja boleh membersih bahkan penggunaan utamanya adalah untuk menghalau serangga secara semulajadi tanpa melibatkan sebarang racun.
Memandangkan saya mempunyai anak yang masih kecil, jadi penggunaan produk ini memang selamat dan menyakinkan. Apatah lagi bau serai itu sendiri memang wangi semulajadi, memang saya tidak teragak menggunakannya di dalam rumah
Ada dua jenis pembungkusan iaitu cecair ataupun dalam bentuk lilin. Namun yang jenis lilin ini adalah sesuai untuk kegunaan menghalau lalat. Bestkan! Mewangikan rumah sambil memelihara kebersihan kawasan penginapan orang yang kita sayang.
Membersih dengan haruman yang memberi keselesaan,
Ramuan HALAL semestinya produk lokal menyakinkan,
Tanpa was-was untuk kegunaan kita dan seisi keluarga seharian!
Keterangan lanjut mengenai produk dan aktiviti terkini dari jenama Afy Haniff, boleh layari:-
Boleh dapatkan produk Afy Haniff di pasaraya mahupun paltform membeli-belah atas talian seperti:-
"Kesegaran Menceriakan Kehidupan"!
