Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Sambutan Hari Sandwich Sedunia Bersama SKIPPY® PEANUT BUTTER Malaysia

$
0
0
Saya memang membesar dengan produk SKIPPY® PEANUT BUTTER. Lepaan mentega kacang ini bukan sahaja enak bahkan mempunyai tekstur yang sangat lembut. Saya memang seronok menikmati SKIPPY® PEANUT BUTTER ini samada bersama roti ataupun dinikmati begitu sahaja.


Dan baru-baru ini saya saya telah menyertai satu bengkel bersempena dengan Hari Sandwich Sedunia anjuran SKIPPY® PEANUT BUTTER di DIY Bites Studio Setia City Mall. Apa yang menarik selain daripada mendekati dan mempelajari gaya masakan dari chef cilik yang baru berusia sembilan tahun iaitu Chef Leah Choy, saya dan peserta bengkel lain juga didedahkan hidangan gourmet dengan ditambah suai menggunakan salah satunya ramuan kacang Skippy yang lazat.

Antara pencuci mulut yang menggunakan  SKIPPY® PEANUT BUTTER

Memang sedap mewah dengan rasa kacang sebenar! Apa yang penting dengan SKIPPY® PEANUT BUTTER menjadikan kita lebih kreatif untuk menghasilkan makanan yang seimbang. Lebih unik kita boleh gunakan dalam masakan yang berasaskan daging, sayur-sayuran, produk tenusu dan juga buah-buahan. Nah! Tidak hairanlah SKIPPY® PEANUT BUTTER merupakan jenama mentega kacang lepa yang cukup terkenal kerana kualiti, rasa dan nutrisi yang sememangnya dipercayai sejak dulu lagi.


SEJARAH SANDWICH
May Ang (tengah), Pengurus dari SKIPPY® PEANUT BUTTER DKSH Malaysia Sdn Bhd, Chef Leah Choy dan Chef Jie Low merakamkan momen bersama variasi hidangan sandwich yang dihasilkan daripada SKIPPY® PEANUT BUTTER bersempena dengan Hari Sandwich Sedunia..

Sandwich seperti yang kita tahui ianya mula popular di England pada tahun 1762 yang telah diperkenalkan oleh John Montagu, Earl of Sandwich ke-4. Menurut sejarah, Montagu mempunyai masalah perjudian yang besar yang menyebabkan dia menghabiskan berjam-jam lamanya di meja kad perjudian. Dalam satu pesta yang sangat panjang, dia bertanyakan kepada tukang masak untuk membawa sesuatu yang dia boleh makan tanpa bangun dari tempat duduknya, dan saat itulah sandwic diperkenalkan. Ketika itu Montagu menikmati sandwich yang mana daging yang dikepit dua potong roti dijadikan makanan yang boleh dimakan dengan sebelah tangan sambil bermain kad.

Earl of Sandwich IV berasal dari kota Sandwich di England. Dalam bahasa Inggeris kuno, Sandwich bererti "tempat berpasir." Dan Sandwich adalah makanan ringan yang versatil dan merupakan makanan alternatif yang sihat yang tidak semestinya kita menggunakan roti bahkan kita juga boleh menggunakan kek beras.


Pembungkusan SKIPPY® PEANUT BUTTER Yang Versatil dan Praktikal

Sebenarnya saya sangat tertarik dengan pembungkusan terkini SKIPPY® PEANUT BUTTER. Sangat cantik dan paling penting praktikal. Apatah lagi jika ada 3 jenis 'nozzle' yang boleh dipilih mengikut kegemaran kita. Sangat mudah untuk kita buat deko yang meletakkan SKIPPY® PEANUT BUTTER diatas hidangan ataupun untuk anak-anak saya mereka gemar menikmati SKIPPY® PEANUT BUTTER begitu sahaja.

Cabaran Kotak Misteri

Salah satu acara didalam bengkel ini adalah Cabaran Kotak Misteri. Di mana kedua chef iaitu Chef Leah Choy dan Chef Jie Low perlu menyediakan pelbagai jenis sandwich menggunakan bahan-bahan yang disediakan di dalam kotak misteri. Antara bahan di dalam kotak misteri seperti 'hirisan daging lembut', buah pisang, salad, madu dan pelbagai lagi. Dan dalam tempoh tertentu kedua-dua chef ini perlu menyediakan hidangan kreatif sandwich mereka.

Dan ini adalah hasil sandwich yang disediakan oleh Chef Jie Low. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan.

Manakala hidangan sandwich ini semua berjaya disediakan oleh Chef Leah Choy.

Memang saya sangat kagum!

Saya Belajar Membuat Hidangan Pencuci Mulut Menggunakan SKIPPY® PEANUT BUTTER


Bertambah menarik apabila tibanya slot di mana kami perlu menyediakan sendiri satu hidangan pencuci mulut menggunakan produk SKIPPY® PEANUT BUTTER.

Dan kami perlu mengikuti setiap langkah penyediaan resepi mengikut sepertimana yang diberi tunjuk ajar oleh Chef Jie Low. Menurut Chef, hidangan ini agak popular di hotel terutama jika mereka mendapat tempahan di saat akhir (last minute).

Cara penyediaannya sangat mudah tau!

Mula-mula kena gaulkan 'bubble rice' bersama coklat. Gaul rata. Seterusnya jadikan ianya dalam bentuk bulat (seperti bentuk dan saiz ketebalan roti burger). Buat 2 untuk diletakkan di bahagian atas dan bawah.

Seterusnya campurkan coklat bersama whipped cream. Gaul rata sehingga ianya bertukar warna menjadi colat muda.

Lebih kurang seperti warna ini, hehehe.

Letakkan bubble rice bercoklat yang telah dijadikan seperti roti burger di bahagian bawah sekali. Jangan lupa untuk letakkan campuran whipped cream bersama coklat di bahagian tengah. Dan kapitnya bersama lagi satu buble rice bercoklat di bahagian atas.

Di bahagian atas sekali, dekokan dengan SKIPPY® PEANUT BUTTER.


Untuk menambahkan lagi seri hidangan, boleh letakkan buah strawberi si atasnya.

Tada!!!! Saya bersama hasil hidangan pencuci mulut yang menggunakan SKIPPY® PEANUT BUTTER yang enak :-)

Keterujaan dan keriangan tanpa batasan dari peminat no.1 SKIPPY® PEANUT BUTTER!

Keterangan lanjut mengenai produk dan aktiviti terkini boleh layari:-


Apapun SELAMAT HARI SANDWICH SEDUNIA,
Bersama SKIPPY® PEANUT BUTTER Malaysia :-)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936