
Collins Kitchen Lab yang terletak di Mont Kiara sememangnya cukup terkenal dalam menghasilkan pelbagai jenis kek, pastri dan biskut yang berkualiti dan terbaik. Saya sendiri pernah menikmati kek di Little Collins Cakery Cafe, serius memang sedap!
Dan apabila theAsianParentMY Apps menganjurkan bengkel 'baking' bersama ibu-ibu yang terpilih di Collins Kitchen Lab haruslah saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai sekali. Apatah lagi bengkel kali ini akan turut disertai anak saya, Amani. Sememangnya di antara 7 beradik, Amani antara anak yang paling suka menyertai bengkel terutama melibatkan masakan dan juga seni.
Segala bahan dan perkakasan disediakan oleh pihak penganjur. Btw, saya sangat suka warna tema tema Collins Kitchen Lab - pink 'watermelon'.
Terdapat 2 sesi di sepanjang bengkel berlangsung. Iaitu sesi pertama adalah anak-anak belajar membuat cupcakes dan sesi kedua giliran para ibu mendeko cupcake menggunakan fondant.
Lihat sahaja keceriaan di wajah anak-anak ini. Biarpun masih kecil tapi mereka juga mempunyai jiwa yang besar. Masing-masing begitu teruja dan tekun belajar membuat cupcake dengan Teacher Frances.
Tada!!! Not bad. Ini adalah hasil cupcakes dari anak-anak kecil yang datang ke bengkel.
Ini merupakan kali pertama saya belajar mendeko cupcakes menggunakan fondant. Jika sebelum ini saya hanya didedahkan dengan menggunakan whipped cream. Nampak macam mudah, namun sebenarnya menggunakan fondant memerlukan teknik dan kesabaran yang cukup tinggi.
Ketekunan yang wajib dipuji, hehehe.
Selain daripada Teacher Frances yang memberi tunjuk ajar, sokongan daripada Mummy Ira, Mummy Rodiah dan Mummy Jane sangatlah saya hargai. Hehehehe. Al-maklumlah saya tidak mempunyai bakat seni yang tinggi cuma lebih kepada pandai memotivasi anak untuk sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk diri sendiri.
Amani dan cupcakes yang dideko. Oh ya! Tidak semua ya, hanya 3 daripada cupcakes itu hasil air tangan Amani sendiri, hiks.
Ibu-ibu yang beria belajar mendeko cupcakes bergambar kenangan bersama Teacher Frances :-)
Di musim cuti sekolah ini, Collins Kitchen Lab turut mengadakan bengkel untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Untuk keterangan lanjut boleh layari lawan web ini yerp!
#collinskitchenlab