Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

‘THE BAD DUEL’, e-sukan Anjuran Watsons Malaysia dan Bad Lab

$
0
0

BAD IS GOOD - Hanyalah dengan BAD LAB!

Sepertimana yang kita ketahui e-sukan di Malaysia semakin diterima baik oleh masyarakat terutana anak-anam muda. Melihat perkembangan tersebut, Bad Lab dan Watsons Malaysia telah bergabung menganjurkan pertandingan e-sukan  The BAD Duel – sebagai signifikasi kerjasama di antara kedua-dua jenama besar ini.

Pelancaran atas usahasama pertandingan The BAD Duel telah diadakan di Vanity Atrium Sunway Velocity. apa yang menarik pertandingan ini bakal menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai di arena gaming dari seluruh Asia untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan. Oh ya ! Untuk pengetahuan korang ini adalah kali pertama jenama penjagaan diri, kesihatan dan kecantikan bekerjasama untuk mengangkat segmen e-sukan di Malaysia. Antara objektif berkolaborasi ini adalah untuk menghangatkan lagi pasaran e-sukan yang semakin berkembang pesat.

Antara produk Bad Lab yang menjadi kegemarana nak lelaki saya!

Dibahagikan kepada dua fasa, di mana para peserta terlebih dahulu dikehendaki untuk mendaftar penyertaan mereka di atas talian dan perlu bermain permainan video yang telahpun dipilih oleh pihak penganjur untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Para peserta yang bermain dengan cemerlang, seterusnya layak ke pusingan kedua dan akan dijemput untuk menghadiri acara ‘on-ground’ yang bakal berlangsung di Sunway Velocity bagi pusingan Separuh Akhir dan sehingga ke Pertandingan Akhir The BAD Duel. Dua jenis permainan atas talian yang perlu dipilih dipilih oleh peserta adalah Tekken 7 dan Dota 2 – Hmm smemenagnya kedua-duanya punyai keunikan dan kesukaran tersendiri dan sangat popular di kalangan ‘gamers’.

Sekarang ada promosi, dengan pembelian RM35 ke atas produk Bad Lab, korang boleh dapatkan beg  Bad Lab seperti gambar diatas secara percuma. 

Pertandingan The BAD Duel akan disiarkan secara langsung di skrin besar lokasi pertandingan diiringi dengan komentari terkini daripada pengulas esukan yang telahpun dipilih. Ini bukan sahaja untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung untuk melawat tapak pertandingan tetapi juga untuk menarik minat pemain-pemain baru, selain menggalakkan interaksi dan perbincangan tentang e-sukan di kalangan umum terutamanya golongan sasaran.


Menurut Lum Chong Heng, Pengarah Komersil bagi jenama Bad Lab, “Bilangan penggiat dan peminat esukan di Asia Tenggara bakal meningkat dua kali ganda ke19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada tahun 2016 menjadikan rantau ini sebagai kawasan dengan peningkatan tertinggi bagi pasaran gaming. Di Asia-Pasifik sahaja terdapat audiens seramai lebih 98.9 juta dan kebanyakannya adalah dari AsiaTenggara. Di penghujung tahun 2019, boleh dikatakan bahawa jumlah audiens ini akan meningkat melebihi 31.9 juta”.

Salah seorang aksi pemain (media) menyertai The Bad Duel game semasa hari pelancaran

Kata Lum lagi, “Statistik juga menunjukkan bahawa lebih 62 peratus dari keseluruhan jumlah audiens adalah dari lingkungan umur 16 ke 45 – iaitu sama dengan lingkungan umur sasaran pelanggan jenama kami”.

Pertandingan persahabatan antara media dan pemain e-sukan 

Kami amat berbangga kerana dapat berkolaborasi bersama Watsons untuk menganjurkan pertandingan The BAD Duel ini justeru menyediakan satu platform yang khas untuk pemain-pemain tempatan kita berinteraksi, belajar dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran mereka untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga begitu penting untuk mengukuhkan lagi wacana kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong pembangunan positif industri esukan di Malaysia”.

Turut bersetuju dengan kenyataan Lum, Caryn Loh, Pengarah Pemasaran bagi jenama Watsons Malaysia berkata, “Kerjasama ini adalah amat penting serta bermakna bagi kami. Dengan penganjuran The BAD Duel bersama Bad Lab, Watsons adalah jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil langkah berani dengan melabur untuk pembangunan segmen esukan di negara ini. Ketika ini, kita sedang menyaksikan kemajuan industri esukan dan gaming dan status pemain-pemain yang bergiat di dalam bidang ini turut meningkat daripada amatur kepada semi-professional dan juga professional. Ini adalah satu situasi yang amat menggalakkan dan kami ingin turut menyumbang untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa di dalam arena esukan di Asia.”

Sedikit info untuk korang, buat pertama kali di dalam sejarah e-sukan telah diiktiraf sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi.

“Seiring dengan perkembangan ini, Bad Lab dan Watsons ingin bekerjasama dan mungkin juga berkolaborasi dengan jenama-jenama relevan lain untuk pembangunan industri gaming ini agar dapat pergi lebih jauh lagi. Pertandingan The BAD Duel ini telah direka dan dianjurkan sebagai pendahuluan bagi acara- acara yang lebih menarik di masa akan datang,” kata Lum menutup perbualan.

So, korang untuk mereka yang berbakat dalam e-sukan terutama permainan atas talian seperti dota dan tekken jangan lupa untuk mendaftar seterusnya menyertai pertangdingan The BAD Duel!

www.watsons.com.my
www.badlabco.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935