Hai korang! Apa khabar semua :-)
Harap-harap semuanya berkeadaan sihat dan ceria bersama keluarag tercinta. Pastinya dalam tempoh PKP ini banyak kita habiskan masa bersama keluarga. Ini terutamanya anak-anak. Saya percaya ramai diantar akita yang menyediakan pelbagai aktivti di rumah khas untuk anak bagi mengelakkan diri mereka rasa kebosanan.
Ahah! Jangan lupa untuk rakamkan semua aktiviti mereka. Boleh dijadikan kenangan manis dalam hidup.
Bercerita tentang kenangan, baru-baru ini saya telah menghadiahkan satu Kids Fun Book bertemakan Frozen kepada Yara. Didalam buku bergambar ini semuanya gambar-gambar Yara samada sendiri mahupun bersama adik beradiknya. Rupanya banyak betul aktiviti Yara yang lakukan di rumah bersama keluarga.
Antaranya berkebun, memasak, main lego, menonton filem Frozen 44 kali banyaknya dan pelbagai lagi. Jadi apabila pertama kali Yara menerima buku itu di tangannya. Terus beliau menjerit kesukaan.
It's frojennnn mummyyy...
Hahaha..
Sooo kiyottt tau this girl!
Kids Fun Book
Korang boleh juga dapatkan Kids Fun Book ini di aplikasi Photobook. Ada pelbagai template dari animasi Disney yang sangat cantik dan esklusif.
Selain Frozen terdapat juga Frozen II, The Cars, Mickey Mouse dan pelbagai lagi. Libatkan anak korang dalam aktiviti pemilihan template dan juga gambar mereka yang paling gemari. Secara tidak langsung ini menjadikan satu aktiviti hebat, 'bonding' antara ibu dan anak.
Sangat mudah. Ini kerana aplikasi photobook memang mesra pengguna. Biarpun pertama kali mencuba, korang pasti tidak akan ada masalah memahami bagaimana nak hasilkan satu photobook pilihan korang di sana.
Anak Teruja Ibu Bahagia
Sempat saya rakamkan momen Yara apabila melihat wajahnya sendiri di Kids Fun Book Frozen miliknya itu. Hampir setiap hari, beliau akan membelek buku ini dan saya percaya Kids Fun Book Frozen miliknya ini antara menjadi barangan kesayangannya :-)
Kualiti kertas Kids Fun Book Frozen ini memang best! Dan tahan lama :-) Gambar template pun sangat terang dan cantik. Memang sangat puas hati.
So, korang untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh juga layari :-
Atau muat turun applikasi Photobook samada dari IOS ataupun Google Play yerp :-)
Entri ini ditulis bersempena dengan koloborasi penulis bersama TheAsianParentMY
XOXO,
