Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Jom Berbuka Puasa Bersama Hidangan Dari Hotel Maya KL

$
0
0
Rindu sebenar dengan masakan dari chef hotel. Pada kebiasaan pada tahun sebelum ini, saya dan keluarga berpeluang juga berbuka di hotel sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi pada tahun ini, di bulan ramadhan kita terikat dengan tempoh PKP, pergerakan menjadi terbatas dan hanya dibenarkan berbuka di rumah sahaja.

Mujurlah Hotel Maya Kuala Lumpur ada menyediakan pakej berbuka puasa yang boleh dipek dan dibawa pulang. Lebih menarik lagi untuk tahun ini, Hotel Maya menyediakan pelbagai hidangan tradisi kegemaran Malaysia. Sajian enak melayu ini adalah hasil daripada air tangan Chef Hasbullah dan pasukannya yang pastinya dapat memberi kepuasan dan seterusnya menggamit kenangan kita terhadap kampung halaman.

Menurut Pengurus besar Hotel Maya KL;

It has been unfortunate year for all of us and to add to the misery the tradition of breaking fast in big groups with family and friends are restricted. Hence we wanted to offer a menu that is familiar, reminding them of home, especially for those who are not able to travel back to their hometown this year.

Chef Hasbullah sememangnya cukup dikenali dengan dengan kemahiran beliau menyediakan hidangan melayu yang autentik. Untuk tahun ini ianya lebih istimewa kerana semua hidangan Warisan Malaysia yang ditawarkan merupakan kegemarannya secara peribadi. Antaranya seperti Nasi Kerabu, Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Soto Ayam dan pelbagai lagi.

Terdapat 4 set ditawarkan di dalam hidangan Warisan Malaysia;

Set A (RM18) : NASI TOMATO

Set nasi tomato ini mengandungi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Jelatah  dan papadom. Menikmatinya memang mengingatkan saya pada ibu yang cukup gemarkan hidangan ini.

Set B (RM18) : NASI KERABU

Nasi Kerabu, keropok dan sambal budu (gambar sambal budu lupa nak ambil, huhu). Hidangan ini memang superb sedap!! Saya suka dengan sambal budu istimewa dari Chef Hasbullah. Dengan ayam 2 ketul, memang puas hati!


Set C (RM20) : NASI PUTIH, KARI IKAN TENGGIRI DAN SUP SOTO AYAM

Nasi putih bersama kari ikan tenggiri ini didatangkan juga bersama sambal belacan. Memang padu rasanya! 

Untuk hidangan Set C dan Set D akan diberikan juga dengan Soto Ayam.

Set D (RM20) : NASI PUTIH, KARI AYAM NONYA DAN SOTO AYAM

Tiada gambar kerana saya tidak memesan hidangan ini. Namun pastinya bagi meraka yang menyukai kari ayam nyonya bolehlah menempah set hidangan ini.

Hotel Maya sememangnya cukup terkenal dengan kehebatan rasa sajian Jepun dan Barat. Sepanjang bulan puasa ini turut ditawarkan kedua jenis hidangan ini dan kita boleh menempah secara ala carte.
Antara 'signature dish' seperti Salmon Teriyaki, 'Cantonese Ying & Yong Noodles' dan banyak lagi. Terdapat juga hidangan yang penuh khasiat seperti salad, hidangan yang bebas gluten dan sebagainya.

Antara pesanan hidangan Jepun yang telah saya tempah atas pilihan anak-anak seperti:-
Grilled Unagi With Steamed Japanese Rice

Salmon Teriyaki with Meschun Salad and Steamed Japanese Rice

Chicken Teriyaki with Meschun Salad and Steamed Japanese Rice

Miso Shiro Soup

Selain itu saya ada juga menambah hidangan ala-carte yang lain seperti Sweet and Sour Chicken Thigh Cube with Steamed White RiceCream of Muhsroom with Garlic Bread dan pelbagai lagi.

Sweet and Sour Chicken Thigh Cube with Steamed White Rice

Cream of Muhsroom with Garlic Bread 

Untuk pencuci mulut, Waffle dan juga bubur pulut hitam menjadi pilihan. Selain 2 pilihan pencuci mulut ini, Hotel Maya KL juga ada menawarkan Chinese Pancake with Lotus Paste dan juga Boiled Old Ginger Tea with Glutinous Black Sesame Balls.

Homemade Waffle Served with  Maple Syrup

Bubur Pulut Hitam


Tidak dilupakan minuman dari jus buahan sebenar  Minute-Maid Pulpy!

Memang licin semua hidangan yang kami tempah dari Hotel Maya KL. Sedap dan berbaloi. Paling penting banyak pilihan hidangan yang ditawarkan sekligus dapat memenuhi citarasa setiap ahli keluarga. Saya memang puas hati :-)

Promosi Berbuka Puasa untuk penghantaran ini ditawarkan bermula dari 5 sehingga 23 Mei 2020. Manakala menu ala-carte ditawarkan bermula 5 Mei 2020 dan seterusnya.

Tempahan boleh dibuat melalui Storehub ataupun hotelmayakl.beepit.com. *Sebanyak 10% store cashback diberikan untuk tempahan seterusnya (next order). 

Penghantaran adalah PERCUMA bagi setiap pembelian :-
Minimun RM60 pada jarak kawasan 5KM dari hotel;
Minimum RM80 pada jarak kawasan 10KM dari hotel

*Hanya tempahan hidangan dari Hotel Maya KL

Keterangan lanjut:-

Tel: 012-2828187
Email: info@hotelmaya.com.my

Jom! Kita berbuka puasa bersama hidangan dari Hotel Maya KL! 
Pasti puas hati :-)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933