Puan Maedah Zainal atau lebih dikenali sebagai Mae Zainal, empunya nama ini cukup luar biasa. Bermula sebagai surirumah sepenuh masa kini beliau sudah berjaya membina empayar perniagaannya sendiri. Menurut Puan Mae, tercetusnya idea membuka perniagaannya sendiri atas motivasi dan nekad di atas desakan ekonomi, selain daripada keinginan menjana pendapatan untuk membantu keluarga. Bermula dengan jualan secara kecil-kecilan di rumah kini, jenama B'White bukan sahaja sudah tersohor di negara Sabah bahkan juga sudah memasuki pasaran di Semenanjung Malaysia.
Syarikat Mae Beauty Shoppe ditubuhkan pada 26 November 2014 di Lahad Datu Sabah. Sehingga kini, seramai lebih 1000 ejen di Sabah manakala di Semenanjung masih baru lebih kurang hanpir 30 ejen dan pihak syarikat masih membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai bagi menambah pendapatan. Untuk mejadi ejen apa yang perlu hanyalah membeli sekurangnya 4 kotak B'White Skincare 3 in 1.
Sarang Burung Walit Sebagai Ramuan Utama
B'White menggunakan Sarang Burung Walit sebagai ramuan utamanya. Ini kerana kebaikan Sarang Burung Walit ini sememangnya tidak boleh dipertikaikan dengan segala kebaikan khasiat, namun dari aspek kecantikan ianya dapat menjadikan kulit licin, anjal dan berkilat serta mengurangkan kedutan.
Antara produk yang cukup popular adalah B'White Skincare 3 in 1 yang mengandungi Sabun Aura B'White, B'White Day Cream dan B'White Night Cream. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit muka, kegunaan untuk lelaki dan perempuan, serta saya difahamkan produk ini juga dapat membantu mengatasi masalah muka mereka yang berjerawat. Cream siang juga boleh digunakan sebagai foundation. Pada awal pengenalan pada tahun 2017, sebanyak 100 unit dikeluarkan dan terjual di Lahad Datu serta Tawau Sabah. Hasil daripada respon pengguna semuanya berpuas hati dan gembira selepas penggunaannya.
Selain itu terdapat juag produk lain seperti Shining Glow Advance, Mud Scrub, Whitening Lotion, Beauty Toner dan Serum 24 Gold. Dan semuanya mendapat permintaan tinggi daripada pengguna setia B'White.
Serum 24 Gold
Mud Scrub, B'White Skincare 3 in 1 dan Beauty Toner
Pinkish Blusher
Dan yang terbaru adalah lipstik matte dengan warna-warna yang cukup menarik dan cantik!