Saya sudah menjadi pengguna jenama Summerie sejak awal tahun lagi. Jujurnya saya memang jatuh cinta dengan produk jenama ini. Untuk produk mandian saya telah mencuba dari varian grapefruit, manakala syampu dan perapi saya menggunakan dari siri dandruff (kelumumur). Memandangkan saya ada masalah dengan rambut berkelumumur beberapa tahun kebelakangan ini.
Apa yang saya suka tentang produk ini adalah ramuannya! Ianya dihasilkan secara saintifik dari ekstrak botani yang sememangnya kaya dengan khasiatnya sendiri dan mampu memlihara dan memberi perlindungan secara luaran. Bauan dari setiap siri juga sangat best! Bagi saya sendiri bila kita menggunakan produk yang sedap baunya ianya bukan sahaja menjadi terapi tapi boleh boost untuk menjadikan mood kita lebih 'happy' setiap hari. Lagipun harga dia memang mampu milik. Untuk kualiti premium seperti ini memang sangat berbaloi!
Produk Summerie Yang Cukup Istimewa
Summerie adalah simbolik daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'summer' dan 'reverie'. Sesuai dengan keadaan cuaca di negara kita di Malaysia panas dan lembap, produk ini mampu memberikan perlindungan dan memlihara kecantikan badan. Dan yang paling seronok kita boleh manfaatkannya dalam setiap rutin mandian setiap hari.
Pembungkusan memang esklusif tapi siapa sangka ianya adalah produk yang dihasilkan di Malaysia yang istimewa direka untuk masyarakat tempatan. Antara bahan utama yang digunakan adalah biji bunga matahari organik yang sememangnya kita sedia maklum khasiatnya. Dan produk ini memang mesra terhadap kulit dan rambut.
Produk ini juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E, mineral seperti besi, potassium dan kalsium serta Omega-6. Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi. Paling penting semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.
Rangkaian Summerie yang kini terdapat di pasaran seperti:-
- Grapefruit Purifying Body Wash
- Chamomile Purifying Body Wash
- Passionfruit Refreshing Body Wash
- Ginger Refreshing Body Wash
- Shampoo for Normal Hair
- Shampoo for Oily Hair
- Shampoo for Dry Hair
- Shampoo for Dandruff Care
- Conditioner for All Hair Types
- Instant Moisturising Hand Sanitiser
- Power Action spray Sanitiser
Shampoo for Oily Hair dan Shampoo for Dandruff Care
Shampoo for Normal Hair
Grapefruit Purifying Body Wash dan Chamomile Purifying Body Wash
Produk Summerie merangkumi pembersih badan (body wash), syampu dan pembersih tangan boleh didapatkan di ke semua oulet Guardian di seluruh Malaysia. Harga runcit yang ditawarkan adalah diantara RM4.90 sehinggan RM17.90. Untuk keterangan lanjut boleh layari http://summerie.my , FB dan IG : Summerie.
Memang best! Saya rekomen korang untuk mencuba sendiri tau!
