Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Body Wash Lucky King Wood Diformulasi Dari Kayu Raja Yang Kaya Dengan Manfaat Semulajadi

$
0
0
Body Wash Lucky King Wood  Diformulasi Dari Kayu Raja Yang Kaya Dengan Manfaat Semulajadi- Body Wash Lucky King Wood merupakan produk mandian keluaran Bare Miracle Sdn Bhd yang telah mula dipasarkan sejak 3 tahun lepas lagi. Ianya adalah salah satu produk di bawah Bare Miracle Collection by Edutify.  Apa yang menarik produk ini diformulasikan daripada sumber semulajadi iaitu Kayu Raja (Agathis borneensis Warb) sebagai bahan utama, Kayu Kemuning, tumbuhan dan herba organik.

Gambar dari Google

Ini adalah pokok Kayu Raja. Pokok ini kebanyakannya ditemui di negari Sarawak, kawasan Borneo dan Sumatera. Ianya digelar sebagai raja segala kayu, mempunyai khasiat dan manfaatnya yang tersendiri. Disebabkan kehebatannya tiada tumbuhan lain yang mampu tumbuh di sekeliling pokok ini.

Gambar dari Google

Bagaimana untuk ketahui ketulenan Kayu Raja?
Jika kita suluhkan cahaya kepada Kayu Raja, cahaya merah akan muncul. 

Kaya Raja dikatakan banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Ianya dapat membantu mengatasi masalah sakit kepala, sakit sendi, melancarkan peredaran darah, demam, diabetis, darah tinggi dan cirit birit. Kayu Raja juga bagus untuk kegunaan luaran dan mempunyai manfaat seperti mencantikkan kulit. Contohnya jika dapat mengalami luka atau digigit serangga boleh balut bersama dengan serbuk kayu raja. Selain itu Kayu Raja juga dapat memberi kekuatan dalaman. Ada sumber yang menyatakan orang asli suka membawa Kayu Raja jika mereka masuk hutan bagi mengelakkan serangan haiwan dan juga sihir atau benda-benda halus.

Teksturnya seperti cecair agak likat dan jernih. Ianya tidak mempunyai bau. Untuk menghasilkan Body Wash Lucky King Wood sememangnya melalui pelbagai prosedur yang sangat terperinci. Bayangkan daripada kayu, menjadi serbuk seterusnya diformulasi menjadi salah satu produk penjagaan diri.

Body Wash Lucky King Wood boleh digunakan dalam dua cara mandian. Samada melalui Dry Clean (cucian kering) ataupun Normal Wash (mandian biasa)

Dry Clean -Hanya letakkan amaun Body Wash Lucky King Wood yang dikehendaki di atas kain basah atau span. Seterusnya gosokkan ke seluruh badan. Semua manfaat dan kebaikan akan serap terus ke dalam badan

Normal Wash- Gunakan Body Wash Lucky King Wood sebagai gel mandian seperti biasa. Sapu dan bersihkan badan seperti biasa. Biarkan seketika. Seterusnya bilas sahaja dengan air.


Review Dari Saya Sebagai Pengguna
Saya telah menggunakan produk Body Wash Lucky King Wood beberapa kali. Memang rasa kulit lembut dan lebih selesa. Biasanya kalau kita menggunakan gel mandian biasa, kita memerlukan pembilasan banyak kali untuk menghilangkan rasa melekit. Tetapi dengan Body Wash Lucky King Wood kita tidak akan rasa melekit. Untuk mandian biasa, hanya bila sekali sahaja.

Kulit badan juga rasa lebih licin dan lembut. Produk Body Wash Lucky King Wood  ini  juga sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari 3 tahun dan ke atas. Sangat disyorkan terutama bagi mereka yang sering mengalami masalah sendi atau lenguh-lenguh badan sebab ianya sangat membantu peredaran darah.

Untuk pembelian dan lebih infomasi mengenai produk, boleh layari:-

Boleh buat pembelian di https://shop.edutify.co/ayu
* Jangan lupa masukkan KOD AYU0247 untuk diskaun sebanyak 10% (tawaran sehingga 18.2.2021)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936