Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Pelbagai Hidangan Enak dan Menarik dari Chef Lyn's Pastry & Cafe

$
0
0
Pelbagai Hidangan Enak dan Menarik dari Chef Lyn's Pastry & Cafe- Hidangan yang hebat lagi memikat! Itulah yang saya dapat gambarkan ketika menerima pelbagai jenis juadah daripada Chef Lyn's Pastry & Cafe. Apa yang penting hidangan yang disediakan semuanya adalahh 'homemade' dan menggunakan bahan-bahan premium. Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan juga memang sangat berpatutan.


Kenali Pengasas Chef Lyn's Pastry & Cafe

Pemintaan yang meningkat dan memerlukan ruang yang lebih besar menjadi faktor utama pembukaan Chef Lyn’s Pastry & Cafe pada tahun 2020. Kafe yang dimiliki oleh MH Lyn Enterprise ini terletak di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. 

Tulang belakang untuk kafe ini terletak di bahu Puan Haslin Hasan atau lebih dikenali sebagai
Chef Lyn. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan - Jurusan Sumber Manusia dan berpengalaman luas selama 20 tahun dalam bidang berkaitan.Minat yang mendalam dalam bidang seni kulinari, Chef Lyn tidak menyangka beliau akan meninggalkan dunia pendidikan dan memiliki perniagaan sendiri pada tahun 2020 dengan tertubuhnya Chef Lyn’s Pastry & Cafe.


Pernah berkhidmat sebagai Dekan Fakulti satu masa dulu, tidak hairanlah mengapa beliau begitu mengambil berat serta teliti dalam memastikan setiap hidangan yang disediakan hendaklah menggunakan barang yang berkualiti dan perlu dijual pada harga berpatutan. 


Informasi Mengenai Chef Lyn's Pastry & Cafe


Namun tidak dinafikan pembukaan kafe ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana pada tahun yang sama dunia dan Malaysia secara amnya terkesan dari virus Covid -19. Berbekalkan keazaman dan dorongan keluarga, Chef Lyn tetap meneruskan perniagaan yang baru bermula ini. Matlamat Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah memastikan setiap hidangan yang disediakan hendaklah menepati citarasa setiap pelanggan yang mengunjungi kafe beliau. Berdasarkan prinsip tersebut dan berbekalkan pengalaman yang luas, setiap hidangan yang disediakan hendaklah memenuhi SOP yang tersedia.


Kelebihan utama di Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah dalam penyediaan pastri, kek dan masakan barat yang dibuat sendiri dari dapur. Bagi menjaga kualiti, setiap pastri dan kek yang disediakan hendaklah segar dan lembut. Oh ya! Chef Lyn’s Pastry & Cafe sentiasa menerima tempahan untuk keraian pada bila-bila masa sahaja.

Antara pilihan pastri dan kek adalah 40 jenis cream-puff, burnt cheese cake serta biskut-biskut enak yang sesuai untuk sebarang jenis keraian dan perayaan. Boleh lihat sendiri hidangan dari Chef Lyn's Pastry & Cafe di bawah. Dari hidangan berat sehinggalah ringgan semuanyanya nampak menggiurkan :-)









Selain itu juga, Chef Lyn’s Pastry & Cafe juga menerima pelajar untuk penempatan latihan industri sebagai pekerja. Bagi Chef Lyn, walaupun beliau sudah meninggalkan bidang pendidikan tetapi beliau tetap menyumbang ilmu buat mereka yang memerlukan. Setiap pelajaran diajarkan cara pembuatan makanan dan juga menjalankan perniagaan secara amnya.


Visi dan misi Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah untuk menjadi pusat sehenti bagi bidang kulinari
dan perkhidmatan makanan. Selain menyediakan pelbagai jenis makan yang enak, Chef Lyn’s Pastry & Cafe untuk berhasrat untuk menyediakan kelas masakan yang berkaitan serta penempatan pelajar latihan industri.


Review Saya Tentang Hidangan Yang Telah Dicuba Dari Chef Lyn's Pastry & Cafe

Didatangkan dalam pembungkusan yang cantik dengan dekorasi daripada D Red Studio pastinya memberi keseronokan penerima seperti saya. Sememangnya gaya pembungkusan esklusif seperti ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah korporat ataupun buah tangan buat yang tersayang. 

Pelbagai hidangan hebat yang telah saya cuba dan pastinya juga telah dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Semuanya memang sedap! Ibarat kita menikmati air tangan bonda sendiri yang rasanya begitu dekat di hati.



Antara hidangan yang saya rasa dan rekomen untuk korang mencuba sama adalah:-

Lamb Pasta

Pasta agak pedas tetapi disebabkan ianya digabungkan bersama hirisan kambing bakar yang lembut dan berjus, menjadikan ianya satu hidangan yang hebat. Serius! Memang sedap dan pastinya memenuhi citarasa masyarakat malaysia yang memang sukakan rasa pedas dalam setiap juadah hidangan makanan mereka.


Biscoff Burnt Cheesecake

Peminat Biscoff pasti tahu kehebatan rasa lepaan lemak-lemak berkacang. Ini pertama kali saya merasai Burnt Cheese Cake yang digabungkan bersama Biscoff. Yerp! Kek ini memang menjadi feveret saya dan anak-anak :-)

Almond London

Tart Nenas

Biskut Almond London dan Tart Nenas antara yang menjadi kegemaran terutama di musim-musim perayaan. Memang sedap kedua biskut ini terutamanya tart nenas.

Saya memang sukakan pastri dari Chef Lyn's Pastry & Cafe. Tekstur rotinya yang cukup lembut dan rasanya yang  memang sedap.

Butter Croissant | RM3.00

Apple Strudel | RM5.00

Chicken Curry Puff | RM5.00

Pelbagai pilihan hidangan enak dan menarik dari Chef Lyn's Pastry & Cafe pastinya memikat selera anda! Korang kena cuba sendiri tau. Ke semua hidangan boleh didapati terus dari kafe ataupun dengan cara membuat penempahan daripada kafe itu sendiri. (Boleh WA untuk buat tempahan
https://wa.me/60133500638 ).


Alamat Kafe:
Chef Lyn;s Pastry & Cafe,
Ground Floor, 
Unit 23, Block B, 
Jalan Gerbang Wawasan 1, 
Bangi Gateway, Seksyen 15, 
43650, Bandar Baru Bangi.

Untuk keterangan lanjut tentang produk dan cara pembelian boleh layari:-

https://www.instagram.com/cheflynspastrycafe/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933