Kebelakangan hari ini memang panas tentang isu kesilapan dalam melontarkan perkataan Bahasa Inggeris. Daripada personaliti pembaca berita, cikgu sehinggalah menteri sendiri. Persoalannya, adakah satu kesalahan yang teruk jika kita silap dalam menyebut perkataan yang bukannya bahasa ibunda sendiri.
Andaipun adakala dalam bahasa ibunda, kita ada lakukan kesilapan dalam menyebut. Adakah ianya satu kesalahan untuk bahasa yang kedua seperti Bahasa Inggeris.
Yerp. Ianya memang salah tapi bukan kesilapan yang besar. Boleh diperbaiki dan jangan malu untuk memperbetulkan semula. Cuma apabila ada yang memperbetulkan dengan cara menghanjing (ketawakan) itu adalah tidak ada adab.
Saya masih ingat lagi dengan bekas Rektor UIA Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan dalam satu ucapannya tentang isu Bahasa Inggeris. Beliau memang menekankan tentang cara berbahasa yang betul. Belajar menyebut dengan betul. Biarpun kita ada gaya dialek masing-masing tapi sebutan kena betul. Jika kita tahu ada silap. Kita perlu perbaiki.
Sama seperti isu, bila kita mendengar gaya Mariam influencer dari DurianKimchi yang melontarkan Bahasa Melayu adakalanya menjadi bahan lawak dikalangan masyarakat kita. Memang kelakar. Namun saya ada baca beberapa komen tentang perkara yang menjadi lawak itu. Salah satu komen yang saya masih ingat."Memang bila Mariam bercakap Bahasa Melayu, kita semua akan gelakkan dia. Tapi tidakkah korang perasaan yang korang sebenarnya sedang gelakkan bahasa ibunda sendiri. Suami Mariam perlu mengambil peranan dalam memperbetulkan sebutan isterinya. Tapi memang ambil masa. Kita faham tentang itu".
Ada poin juga apa yang dikomen. Betul tak?
Saya nak kongsikan lagi satu kisah tentang seorang pelajar saya semasa di UIA. Foreigner, pelajar lelaki dari Myanmar. Cerita beliau masa mula-mula sampai UIA Malaysia, beliau sangat struggle untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Sebab beliau memang lemah dalam berbahasa. Tapi yang memotivasikan beliau adalah diri sendiri untuk terus berani untuk berkomunikasi menggunakan kedua bahasa itu. Walaupun salah penggunaan perkataan, tatabahasa berterabur, sebutan pelik tapi dia cuba berbahasa. Sebab bagi beliau sendiri, tak perlu malu jika silap dalam lontaran menyebut. Ianya bukannya bahasa ibunda negara asal beliau, iaitu Myanmar. Tapi kita perlu berani dan belajar perbaiki. Alasannya kenapa perlu lakukan kesilapan berkali-kali jika memang kita tahu ianya salah.
Ketawakan orang sebab salah gaya berbahasa, berterabur tatabahasa?
Satu jer nak cakap untuk orang spesis macam ini. Ambil cermin. Tengok muka sendiri. Adakah anda betul-betul bagus dalam kehidupan yang anda lalui.
Saya tidak marah bagi mereka yang ingin membantu memperbetulkan kesilapan. Tapi saya agak terkilan orang yang suka merendah-rendahkan orang lain. Sekurangnya orang yang cuba berbahasa selain daripada bahasa ibunda sendiri, mereka berani bertutur dan juga mencuba. Mungkin korang rasa hebat sebab dapat berbahasa Inggeris dengan tatabahasa yang cemerlang. Tapi cuba pula korang bercakap bahasa Arab, bahasa Jepun, mandarin.. Agak-agaknya boleh sama atau tidak dengan gaya dan lontaran bahasa yang betul. Mesti ada silap dan mungkin pelat juga.
Tapi. Kalau kita tahu silap, kita kena belajar dan ubahlah.
Iskh
