Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Review Movie The Bad Guys : Reign of Chaos

$
0
0
Review Movie The Bad Guys : Reign of Chaos- Filem Korea tahun 2019 yang dilakonkan oleh Ma Dong-seok (Park Woong-cheol), Kim Sang-joong  (Oh Gu-tak), Kim Ah-joong (Kwak No-soon), Jang Ki-yong (Ko Yoo-sung), Park Won-sang (Kim Chang-sik) dan ramai lagi pelakon popular.

Kisah mengenai satu pasukan banduan yang ditugaskan untuk membanteras satu kumpulan penjenayah yang memang dikehendaki polis. Ianya dimulakan dengan bagaimana satu kejadian di mana bas yang membawa banduan telah diserang oleh satu kumpulan penjenayah level mafia.

Dan didalam bas tersebut terdapatnya beberapa penjenayah yang merbahaya dan mereka telah terlepas lari. Sebenarnya tujuan serangan tersebut adalah untuk mendapatkan salah seorang banduan yang menyimpan satu buku log rahsia yang sangat dikehendaki oleh ketua mafia.


Didalam kejadian ini juga ramai polis mati ditembak dan juga disebabkan kemalangan. Salah satu banduan Ko Yoo-sung yang merupakan bekas detektif dituduh atas membunuh (biarpun sebenarnya tidak membunuh) cuba menyelamatkan keadaan yang berlaku tetapi beliau juga telah dilanggar.

Melihat keadaan yang kelam kabut, Penolong Suruhanjaya Polis telah meminta pertolongan Oh Gu- Tak untuk membantu menyelesaikan masalah dan mencari kepala/ketua penjenayah . Oh Gu-Tak ni dulu adalah bekas penjenayah juga, pernah jadi banduan dan telah dilepaskan. Sebelum ini memang beliau ada menubuhkan satu pasukan banduan dalam menumpaskan penjenayah. Cuma untuk kali ini, kesihatannya semakin merosot sebab beliau ada kanser. Dan beliau hidup hanyalah untuk bertemu dengan anak perempuannya.

Tapi bila mengenangkan negaranya dan juga kawannya iaitu Park Wong Cheol yang memang sedang mencari orang yang membunuh kawan baik mereka jadi beliau pun bersetuju untuk menubuhkan pasukan bagi mencari ketua penjenayah tersebut.

Masa ini barulah penglibatan Kwak No Soon yang merupakan pesalah wanita yang terlibat dengan kes fraud dan juga Ko Yoo Sung menyertai pasukan mereka. Banyak giler babak aksi yang memang kita akan kagum terutama dalam adengan menumbuk/berlawan. Dalam masa yang sama ada juga babak-babak yang kelakar. Kiranya memang menghiburkan lah.

Kira gabungan strategi, logik, skill menerusi pengalaman menjadi jahat bertahun-tahun mereka akhirnya dapat juga menjejaki banduan merbahaya terlepas lari dan juga kepala ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis.


Ini antara watak orang jahat. Cuma di akhir filem ini kita akan terkejut sebenarnya bila tengok siapa yang paling jahat. Dan siapa sangka polis yang paling kita rasa annoying itu yang akan tag team dengan geng yang baik.

Ini antara filem Korea yang menghiburkan. Tidak perlu meletakkan semua pelakon popular tapi cukup ada nama yang dapat melahirkan satu naskah filem aksi komedi yang tidak mengecewakan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933