Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Lulu Hypermarket Kini Dibuka Di Amarin Mall Seri Kembangan

Lulu Hypermarket cawangan keempat kini telah dibuka di Amarin Mall Seri Kembangan. Untuk mereka yang berdekatan dengan Amarin Mall terutama yang di tinggal kawasan belakong, Seri Kembangan, Sg Besi bolehlah datang membeli-belah barangan dapur di sini.

Macam biasa setiap kali pembukaan outlet baru pasti ada promosi barangan yang ditawarkan pada harga jauh lebih murah di pasaran. Jadi memang berbaloi jika turun berbelanja di hari pertama pembukaan. Kehadiran maskot seperti mamee monster ini menceriakan suasana di sini. Kebetulan memang ada promosi, apa lagi ramailah yang memborong produk Mamee.

Lulu Hypermarket Amarin Mall menawarkan barangan supermarket daripada produk kering hingga produk barangan basah seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan pelbagai lagi. Ianya terletak di aras Ground Floor.


Pelbagai Barangan Keperluan Asas Rumah Ditawarkan
Apa yang menarik, produk memang tersusun kemas mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Kita boleh nampak signage yang agak besar juga saiznya jadi memang memudahkan kita untuk membuat carian barangan yang diperlukan.

  • Delicatessen
Sekiranya korang mencari kimchi, sambal belacan, keju, acar pelbagai jenis, cili jeruk, barangan kisar seperti bawang, cili dan sebagainya, bolehlah terjah ke kawasan ini. 

Kebetulan sekrang ada promosi bawang putih (dipotong kecil) memang agak berbaloi! Ini terutama buat ibu-ibu yang memang ada menyimpan stok bawang putih untuk masakan.

Keju ada pelbagai jenis dan kita boleh pilih jenis berapa banyak yang dikehendaki mengikut gram.

Produk yang selalu saya dapatkan di Lulu adalah Olive segar :-)
  • Hot Food (Masakan Panas)
Antara port kegemaran saya. Di sini ada ditawrakan nasi ayam mandy, nasi beriani, lasagna, ayam bakar dan pelbagai lagi


Bersempena dengan hari pembukaan, terdapat beberapa hidangan ditawarkan pada harga promosi. Contohnya seperti beli 2 ekor ayam bakar akan diberikan air coke 1.5 litter secara percuma.

  • Bakeri
Selain itu ada juga kek, roti, biskut homemade, manisan di bahagian bakeri.

Untuk roti dan kek tidak hanya menawarkan produk in-house, terdapat juga jenama lain seperti Gardenia dan pelbagai lagi.

  • Salad
Istimewa di Lulu adanya bahagian salad. Di sini juga kita boleh dapatkan air buah segar yang asli tiada langsung tambahan gula. Memang sedap.

  • Roastery
Kekacang dan pelbagai jeneis kurma ditawarkan di bahagian ini.

  • Meat (Daging)
Nak tambah stok barangan basah? Boleh dapatkan ayam dan daging di Lulu Hypermarket. Selain banyak pilihan, jaminan halal juga adalah menjadi keutamaan.

Aussie Beef pun ada ya di Lulu!

  • Fish (Ikan)
Terletak bersebelahan dengan bahagian daging. Servis pemotongan ikan disediakan (untuk ikan yang bersaiz besar sahaja).


9 Produk Pilihan Saya Ketika Bebrlanja di Lulu Hypermarket Amarin Mall Seri Kembangan

Tidak dinafikan terdapat pelbagai barangan yang dijual begitu murah bersempena dengan pembukaan. Korang boleh lihat pada katalog di FB Lulu Hypermarket..

Dan ini adalah 9 produk pilihan saya ketika berbelanja di sini;

Anggur hijau RM6.99 sekotak

Plum RM4.99 sekotak

Jagung manis 99 sen setongkol

3 peket roti prata jenama Fatihah - RM9.99

Fish cake RM1.99

Telur satu papan Gred C, RM7.99

Softlan RM4.99 - murahkan!!!

Keju RM5.99

Sabun TOP RM8.99

Memang best shopping di Lulu Hypermarket. Terutama apabila dapat berbelanja di hari pembukaan memang banyak barangan ditawarkan pada harga cukup murah dari pasaran, 

Buat Lulu, tahniah di atas pembukaan outlet terbaru di Amarin Mall Seri Kembangan!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936