Cantiknya Tanjung Sedili Johor- Sebenarnya perjalanan saya ke Tanjung Sedili tidak dirancang. Asalnya nak hantar Anaqi untuk pergi exam, singgah rumah makcik terusnya diajak ke sini - Tanjung Sedili. Siapa sangka pekan kecil di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia ini sangat tenang.
Saya ada baca tentang asal usul nama Tanjung Sedili ini. Walaupun tidak pasti mana satu kesahihannya, namun sejarahnya agak unik.
Katanya Tanjung Sedili ditemui pada tahun 1973 dan katanya bersempena nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal daripada Siam.
Pada tahun 1997, pucuk pimpinan Tanjung Sedili telah diketuai oleh Tuan.Ibrahim bin Yahya dan beliau adalah anak jati Tanjung Sedili yang pulang ke kampung halaman untuk menabur bakti selepas bertahun-tahun berada dalam Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah sekarang.
Katanya Tanjung Sedili ditemui pada tahun 1973 dan katanya bersempena nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal daripada Siam.
Pada masa yang sama seorang Cina bernama Pongsai menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi ‘Tak tengok Deli ke?’ dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.Â
Hahahaha. Comelkan sejarahnya..
Adapun, desas-desus katanya asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik beradik yag berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil.Â
Adapun, desas-desus katanya asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik beradik yag berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil.Â
Mengikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil telah berpindah ke Sedili Kechil. Maka disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kechil.
Pada tahun 1997, pucuk pimpinan Tanjung Sedili telah diketuai oleh Tuan.Ibrahim bin Yahya dan beliau adalah anak jati Tanjung Sedili yang pulang ke kampung halaman untuk menabur bakti selepas bertahun-tahun berada dalam Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah sekarang.
Dan untuk pengetahuan semua, Tanjung Sedili terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota Tinggi
Saya tidur di rumah kakak kepada pakcik saudara saya. Beliau merupakan nelayan kampung yang rutin harian menangkap ikan dan membaiki bot.
Saya tidur di rumah kakak kepada pakcik saudara saya. Beliau merupakan nelayan kampung yang rutin harian menangkap ikan dan membaiki bot.
Gambar di bawah semuanya adalah bidikan dari telefon dari beranda rumah sahaja.
Sempat juga kami menjala ikan dan memasang pukat. Walaupun tidaklah lama menjalanya tapi hasilnya cukup lumayan. Kalau untuk keluarga saya memang cukup stok makanan untuk seminggu.
Satu malam jer. Tapi seronoknya lebih dari itu. Bayangkan dapat merasai kehidupan di tepi laut yang tenang dan damai. Nak makan hanya turun menjala. Sayur pun hanya petik di depan rumah sahaja.
Ada belangkas juga. Saya tidak pernah makan belangkas dan kat sini pertama kali saya mencubanya.
Ada ikan, udang dan ketam. Semua tangkapan fresh!
Sempat masak asam pedas :-)
Dan adanya ikan digoreng garing :-)
Bakar pun sedap juga. Tak perlu letak garam kunyit. Isinya dia manis dan lembut sungguh.