
Bagi peminat minuman Thai Tea dan sewaktu dengannya pasti akan teruja dengan pembukaan dengan outlet Mon Chaang Thai Tea by Chapayom berdekatan dengan AEON (Tingkat Bawah) Sunway Piramid. Untuk pegetahuan semua ini merupakan outletnya yang kedua di Malaysia. Untuk yang pertama adalah di Menara Citibank Kuala Lumpur.
Saya difahamkan Mon dalam bahasa Thailand bermaksud 'mendamaikan' (calmness, peace), manakala Chaang adalah simbolik kepada panggilan gajah.
Dijual secara panas, sejuk ataupun 'ice blended'. Terpulang mengikut citarasa masing-masing. Bagi saya jika waktu pagi saya akan lebih suka yang lebih panas, manakala untu tengahri , petang atau malam saya lebih suka yang sejuk. Namun ianya bergantung kepada 'mood' yang ingin kita inginkan ketika menikmati air tersebut.
Penyediaan juga agak pantas, ini kerana staff yang dilantik semuanya telah terlatih menyediakan bancuhan minuman mengikut standard yang telah ditetapkan.
Uniknya air teh di Mon Chaang, ianya menggunakan serbuk teh asli, originaliti dari Thailand. Ini adalah 3 serbuk daun teh yang digunakan dalam pembuatan air minuman di Mon Chang iaitu Red Tea, Green Tea dan Rose Tea.
Secara personal saya amat menyukai rasa Thai Milk Rose Tea. Ianya bukan sahaja hhebat dari segi rasa bahkan baunya juga cukup harum seperti bunga ros. Paling penting ianya dihasilkan dari sumber semulajadi yang asli (bukannya dari bahan tiruan dan sebagainya).
Begitu juga dengan Thai Milk Green Tea yang sememangnya menjadi kesukaan my Yana. Bagi Yana air minuman Green Tea disini antara tersedap yang pernah beliau nikmati.
Ini adalah signature minuman yang paling popular di Mon Chaang ~ Thai Milk Red Tea
Favourite my Ameer Thai Cocoa :-)
Snek ikan perasa seaweed antara yang menjadi kegemaran saya. Dan ianya semua adalah dari Thailand.
My Ameer yang sempat bergambar dengan Adrian Tan selebriti yang hadir bersempena dengan pelancaran outlet terbaru Mon Chaang di Sunway Piramid baru-baru ini.
So, uolls nak cuba minuman Thai Tea yang hebat resepi original dari Thailand bolehlah singgah di Mon Chaang Sunway Piramid ataupun di Menara Citibank KL.
Sekali cuba, pasti nak lagi..gitewwwwwwwwwww
