My Ameer sejak berumur 3 tahun, saya dah latih beliau untuk belajar membuang air kecil atau besar didalam bilik air. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan pembelian lampin pakai buang yang diperuntukan setiap bulan bahkan mendidik beliau untuk lebih berdikari.
Dan saya telah memilih Mimosa Travel Potty Trainer. Produk potty ini tidak sama jika dibandingkan dengan potty lain yang terdapat di pasaran. Ini kerana ianya lebih praktikal dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Berbanding potty yang biasa ditawarkan di pasaran ianya lebih bersifat kekal untuk diletakkan didalam bilik air.
Bila dibuka ianya kelihatan seperti ini. Tempat duduknya memang lembut biarpun tebal. Sekaligus dapat memberi lebih keselesaan. Dan paling penting ianya mudah untuk dibersihkan. Hanya lap sahaja dengan wet tisu untuk memastikan ianya kekal kering.
Paling penting produk ini mudah untuk ke mana sahaja. Dan ini sangat membantu Ameer untuk lebih berdisiplin, berdikari dan belajar menguruskan diri sedari kecil lagi.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-
