Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Malam Penghargaan Du Viet Bersama Media

$
0
0
Du Viet membawa maksud "DO VIETNAMESE" for meal. Perkataan DU disebut mengikut gaya slanga Perancis di Vietnam. Apa yang menarik tentang hidangan yang ditawarkan di restoran ini ialah mereka tidak menggunakan sebarang perasa/msg bagi menghasilkan hidangan terbaik. Bahkan sebenarnya setiap hidangan telah disediakan mengikut teknikdan resepi istimewa tertentu. Ada yang perlu mereneh dari 8 sehingga 12 jam lamanya.

Kehebatan rasa hidangan yang telah dipersembahkan dengan cemerlang bukan sahaja menambat hati setiap pelanggan yang datang. Bahkan Restoran Du Viet juga telah dinobatkan antara 10 Restoran Vietnam Terbaik untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dari TallyPress.com.

Kejayaan membanggakan ini tentunya menjadikan momen yang begitu istimewa terutama kepada founder dan krew-krew yang telah bertungkus-lumus menjadikan Restoran Du Viet ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Bagi meraikan momen istimewa ini, satu makan malam penghargaan bersama media serta kenalan rapat dan pelanggan tetap Du Viet telah diadakan di Du Viet Sunway Piramid. Apa yang lebih mengujakan saya ialah hampir ke semua hidangan istimewa dijamukan kepada kami untuk merasai sendiri masakan popular Vietnam yang telah diperkenalkan di restoran ini.

Antara yang cukup mencuri perhatian pada malam tersebut ialah hidangan Hanoi-Style Mixed Beef Noodles 

Hanoi-Style Mixed Beef Noodles | RM23.90 

Hidangan ini juga dikenali sebagai Pho Bo Dac Biet. Ini merupakan antara 'signature' hidangan yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan mereka. Bagi saya sendiri versi Hanoi-Style Mixed Beef Noodles disini agak berbeza dengan hidangan yang sama di pasaran. Sup yang agak ringgan dari segi rasa, tidak terlalu kuat bau daging dan rempah namun ianya tetap sempurna apabila kita nikmati bersama mee yang didatangkan sekali. Saya difahamkan untuk menyediakan hidangan ini ianya mengambil masa 8 sehingga 12 jam mereneh sup bersama daging segar dan tulang. Tidak hairanlah kualiti dari hidangan ini memang superb. Seriously saya boleh menikmati sehingga 2 mangkuk penuh Hanoi-Style Mixed Beef Noodles  dalam satu-satu masa.

Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles | RM22.90

Jika anda tidak suka jenis yang berkuah, bolehlah mencuba Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles. Untuk menikmati hidangan ini kita perlu menggaul semua sos yang didatangkan sekali bersama lauk ayam/dging dengan rata bersama mee.
Stewed Beef Brisket with White Radish | RM19.90

Pilihan untuk menikmatinya samada bersama nasi putih (panas-panas) atau roti dan sebagainya. Namun bagi saya jika dapat menikmatinya juada ini sahaja sudah cukup membuatkan hidup saya gembira (hiks).
 
Shrimp & Summer Combo Rolls Delite (4 rolls) | RM22.90

Ini  merupakan hidangan vietnam yang cukup popular dikalangan orang melayu. Kami biasa memanggilnya dengan nama hidangan "Popiah Vietnam". Di Du Viet ianya turut ditawarkan dan ianya didatangan dengan cara masakan stim dan goreng. Keduanya enak apatah lagi dapat dicicah bersama sos istimewa (home made).

Steamed Wrapped Rolls (2 rolls) | RM14.90

Semua pastinya cukup mengenali dengan hidangan gaya Vietnam "Chee Cheong Fun" . uniknya ianya dibungkus bersama udang, ayam serta cendawan dan disajikan dengan sos dan sos ikan.
“Ha-Ha” Lou Sang | RM68 (M) & RM88 (L)

Hidangan Pesta Vietnam Du Viet dinamakan cukup istimewa iaitu  "Ha-Ha" Lou Sangyang mengandungi 12 jenis ramuan organik seperti  turnip, radish, nenas (Pineapple), pomelo,  Taugeh (Bean Sprout), timun (Cucumber), lobak merah (Carrot), kobis, salad, glass noodles, udang segar (fresh prawns)  dan herba.

Disertakan juga dengan 4 jenis sos iaitu:-
1. Spring (Fish & Lime)
2. Summer (Plum)
3. Autumn (Peanut)
4. Winter (Dry Roasted Condiments)

Simbolik tentang hidangan ini membawa maksud 12 bulan dan 4 musim untuk kesihatan yang baik dan kemakmuran sempena dengan Tahun Baru. Dinamakan dengan perkataan"Ha-Ha" Lou Sang, ini kerana hidangan ini didatangkan bersama dengan udang segar yang emmbawa maksud keseronokan dan kegembiraan yang dirasai bersama.

Hidangan ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu bermula dari 30 Januari 2018 sehingga 28 Febuari 2018.

Adalah wajib untuk mencuba Kopi Vietnam di Restoran Du Viet ya. Ia menawarkan rasa kopi yang benar-benar kaw dari segi kepekatan rasa dan aroma yang memikat jiwa. Pekena sekali pasti termimpi-mimpi :p
Haruslah kopi Vietnam perlu dijamu kepada semua tetamu yang dijemput. Dan masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.

Hampir semua hidangan hebat di Restoran Du Viet telah saya cuba. Dan pastinya Hanoi-Style Mixed Beef Noodles adalah antara hidangan yang perlu saya cuba sekali lagi apabila saya datang menjamu di sini (soon). 

Rekaan dekorasi di bahagian dalam restoran. Kemas dan terletak cantik.

Dekorasi di bahagian luar cukup indah dengan susun atur dekorasi antik yang kemas tersusun. Ruang yang cukup sesuai bagi mereka yang datang untuk melepak bersama kawan mahupun secara sendirian (me time).

So korang kalau nak rasai sendiri hidangan istimewa Vietnam dari Du Viet, bolehlah singgah di mana-mana outlet yang berdekatan seperti tertera dibawah :-

Suria KLCC
LC 401, Level 4 
(+603-2116 3630)

Sunway Pyramid 
G1.45, Ground Floor 
(+603-7492 0018)

Damansara Uptown
 41A and 43A, 1st Floor, 
Uptown 37 
(+603-7726 8101)

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Website: www.duviet.com.my
Facebook: www.facebook.com/DuVietGroup
Instagram: @DuViet_MY

Psst: terima Du Viet diatas jemputan :-)

#duviet #vietnamese #pho #porkfree #nomsg #glutenfree


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935