Antara kedai feveret yang sentiasa menjadi pilihan saya dan anak-anak ialah Jalan Jalan Japan. Ini kerana begitu banyak pilihan barangan dari Jepun (sama ada yang terpakai ataupun masih baru) dijual pada harga yang cukup murah.
Daripada barangan orang dewasa sehinggalah kanak-kanak. Barangan serbaguna daripada koleksi perhiasan, kasut, pakaian, permainan dan pelbagai lagi semuanya mencuri perhatian. Tetapi baru-baru ini saya memang ke Jalan Jalan Japan One City Mall Subang Selangor untuk mencari barangan buat my Yara.
Oh ya! Untuk pengetahuan semua my Yara telah memasuki usia 1 tahun pada 26 Januari 2018 yang lepas. Memandangkan ini adalah anak yang bongsu dan paling manja jadi saya dan anak-anak yang lain berpakat untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat beliau.
Ada 4 barangan yang kami inginkan hadiah pada Yara, iaitu:-
1. Permainan Interaktif
2. Tiub Mandi (Bath Tube)
3. Basikal kecil
4. Pakaian -Vest!
Seriousla! Di Jalan Jalan Japan terdapat pelbagai pilihan barangan terutama permainan kanak-kanak.
Sesuai dengan umur Yara yang baru menginjak 1 tahun, jadi saya telah memilih permaina ini. Ada terdapat pelbagai jenis dan rupabentuk yang boleh kita pilih.
Ianya juga sangat praktikal untuk di bawa ke mana sahaja kerana bentuk ini boleh dikecilkan apabila kita membuangkan segala angin yang terdapat didalamnya. Harga yang ditawarkan RM15 sahaja, sangat berbaloi dan lebih murah jika kita bandingkan dengan harga 'bath tube' lain di pasaran.
Aktiviti setiap petang kami adalah bersiar-siar di taman permainan. Jadi saya ingin mendapatkan Yara sebuah basikal yang direka khas buat anak-anak kecil seperti beliau. Dengan adanya kerusi lembut serta mempunyai beberapa elemen keselamatan di basikal ini memudahkan saya untuk membawa Yara keluar berjalan-jalan.
Saya begitu rambang mata untuk memilih pakaian buat yara di sini. Ianya ditawarkan pada harga serendah RM1 ya. Memang sangat murah.
Material tidak terlalu panas dan ianya sesuai dengan cuaca negara ini.

Sememangnya terdapat begitu banyak pilihan barangan yang ditawarkan di Jalan Jalan Japan. Dan saya sendiri begitu seronok kerana dapat membeli pelbagai barangan untuk Yara pada kos antara RM100-RM110 sahaja. Semua barangan yang dibeli adalah pada kondisi yang masih elok dan baik, paling penting kita boleh dapatkan pada harga yang memang terbaik!
Keterangan lanjut boleh lawati sosial media Jalan Jalan Japan di:-
Instagram:www.instagram.com/jalanjalanjapanmy
